Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

  http://addeans.blogspot.com/

 

Bermula 1 Mac ini kerajaan menaikkan beberapa kadar tol di kawasan Klang. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah kerajaan itu tidak munasabah di kala rakyat sedang dibebani dengan masalah kewangan berikutan kemelesetan ekonomi ketika ini. Beliau berkata juga perkiraan kos dari segi perjanjian lebuhraya juga tidak munasabah kerana beberapa syarikat konsesi sebelum ini terpaksa membayar kos tinggi untuk memberikan habuan kepada pemimpin politik tertentu. “Kalau terpaksa dibayar kepada orang-orang politik pada ketika itu maka bebannya kepada rakyat, ini menindas namanya” [1]

tol-lah

Jika dilihat fenomena sekarang ini malah dari semenjak permulaan pembinaan sesebuah lebuhraya di Malaysia, bayaran tol akan dikenakan dengan kadar jangka masa yang panjang malah rakyat masih samar dan tidak mengetahui jangka masa sebenar tol itu dikenakan. Perkara ini seperti tidak jelas apakah kerajaan mahu menolong rakyat atau membeban lagi rakyat. Kerajaan sepatutnya jadi pemeliharaan rakyat bukannya menghisap darah rakyat. Jika hendak dikatakan tol ini dikutip oleh syarikat swasta tetapi bukankah ianya dikutip daripada hasil persetujuan dari negara juga?

Kezaliman ini menyebabkan ramai orang akan menderita dan sengsara. Tugas negara sepatutnya menghilangkan kemudaratan rakyat bukan membebankan. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh

“Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh dimudharatkan” [2]

Jadi kewajipan negara adalah menghilangkan kemudaratan kaum Muslimin bukannya memudharatkan lagi kaum Muslimin.

Diriwayatkan oleh Ma'qil bin Yasar salah seorang sahabat Nabi. Ketika dia sedang menderita sakit keras, didatangi oleh Abdullah bin Ziad --salah seorang gabenor dinasti Umaiyah-- untuk menjenguknya. Waktu itu Abdullah bertanya kepada Ma'qil: Hai Ma'qil: Apakah kamu menduga, bahawa aku ini seorang yang memeras darah haram? Ia menjawab: Tidak. Ia bertanya lagi: Apakah kamu pernah melihat aku ikut campur dalam masalah harga orang-orang Islam? Ia menjawab: Saya tidak pernah melihat. Kemudian Ma'qil berkata: Dudukkan aku! Mereka pun kemudian mendudukkannya, lantas ia berkata: Dengarkanlah, hai Abdullah! Saya akan menceriterakan kepadamu tentang sesuatu yang pernah saya dengar dari Rasulullah s.a.w., bukan sekali dua kali.

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda demikian:

"Barangsiapa ikut campur tentang harga-harga orang-orang Islam supaya menaikkannya sehingga mereka keberatan, maka adalah menjadi ketentuan Allah untuk mendudukkan dia itu pada api yang sangat besar nanti di hari kiamat." Kemudian Abdullah bertanya: "Engkau benar-benar mendengar hal itu dari Rasulullah s.a.w.?!" Ma'qil menjawab: "Bukan sekali dua kali." (Riwayat Ahmad dan Thabarani)

Dari nas-nas hadis tersebut dan mafhumnya, para ulama beristimbat (menetapkan suatu hukum), bahawa diharamkannya menimbun adalah dengan dua syarat:

  1. Dilakukan di suatu negara di mana penduduk negara itu akan menderita sebab adanya penimbunan.
  2. Dengan maksud untuk menaikkan harga sehingga orang-orang merasa payah, supaya dia beroleh keuntungan yang berlipat-ganda. [3]

2176897085_946b7b66b8 

Malah jika dilIhat juga ianya tidak lari seperti memakan harta orang muslim secara batil. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. [4]

Bayaran tol ini sepatutnya dijelaskan dan dimaklumkan kepada masyarakat secara  benar, tulus  amanah dan tidak menzalimi rakyat supaya mereka  tidak terkeliru dan samar.

Ini kerana apabila kesamaran yang ada unsur-unsur kejahatan yang memungkinkan dapat membawa permusuhan dan pertentangan atau memakan harta orang lain dengan cara batil maka perkara ini dilarang.[5]

Kerajaan juga sepatutnya menjaga kemaslahtan ummah tetapi sebaliknya yang berlaku. Ini kerana setiap dasar yang digubal harusnya bermatlamat mencapai segala kemaslahatan ummah.

Usaha untuk memelihara kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan terhadap agama, jiwa , keturunan, akal, maruah dan harta adalah wajib. Atas dasar kewajipan ini, mewujudkan satu cara atau sistem agar pemeliharaan terhadap al-Daruriyyat adalah wajib juga.[6]

Penulis tidak menyalahkan kerajaan sepenuhnya. Tetapi sebagai rakyat kami mahukan keadilan .dan tidak mahu lagi ada unsur penindasan. Ini hanya pandangan peribadi penulis sahaja.Sebarang kritikan dan maklumbalas sangat dialu-alukan.

Wallahua'lam

 

Rujukan:

  1. Sinar Harian 27 Februari 2009
  2. Lihat Fiqh Minoriti Muslim Dr Yusuf al-Qardhawi m/s 287
  3. Halal dan Haram dalam Islam Dr Yusuf al-Qardhawi bab “Penimbun dilaknat”
  4. Surah [an-Nisa’ :29].
  5. Halal dan Haram dalam Islam Dr Yusuf al-Qardhawi bab “Menjual Barang yang Masih Samar, Terlarang”.
  6. Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah oleh Hafiz Firdaus Abdullah m/s 269

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

Oleh

Maulana Asri Yusof

 

maulena

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah.
(Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.

Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal”
(Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475).

Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini
(Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari 2 of 3 Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

  • Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.
  • Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.
  • Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb.Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
  • Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori
    Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.

    Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:

  • Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H
  • Dalam bulan Rabiul Awwal
  • Antara 1hb. Hingga 12hb.
  • Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)
  • Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
  • Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

    Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:

  • 1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
  • 2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

    Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

    Jumlah hari bagi bulan______________Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30)______________1 8 15
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30)______________7 14 21
    Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29)______________7 14 21
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30)______________7 14 21

    Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan
    Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis. Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain.

    Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi.
    (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579).

    Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

    Dipetik dari :

    http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=687&Itemid=65

  •  

    Yang dimaksud dengan "Pemikiran Salafi" di sini ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah Al-Qur'an dan tuntunan Nabi SAW.

     

    Kriteria Manhaj Salafi yang Benar

    Iaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :

    1. Berpegang pada nash-nash yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
    2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
    3. Memahami kasus-kasus furu' (kecil) dan juz'i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
    4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
    5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
    6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
    7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
    8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
    9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitasnya.
    10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreasi dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.

    Inilah inti "manhaj salafi" yang merupakan khas mereka. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktik. Sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadits-Hadits Nabi serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil mentransfer Al-Qur'an kepada generasi sesudah mereka. Menghafaz Sunnah. Mempelopori berbagai kemenangan (futuh). Menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan "negara ilmu dan Iman". Membangun peradaban robbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.

    Citra "Salafiah" Dirosak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

    QARDAWI1-jam

    Istilah "Salafiah" telah dirosak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan kontroversi saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahawa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.

    Sedangkan pihak yang kontra-salafiah menuduh faham ini "terbelakang", senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah menatap ke depan. Faham Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatis terhadap pendapat sendiri, tidak mahu mendengar suara orang lain. Salafiah identik dengan anti pembaruan, mematikan kreatifitas dan daya cipta. Serta tidak mengenal moderat dan pertengahan.

    Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merosak citra salafiah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam mendakwahkan "salafiah" dan membelanya mati-matian pda masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. Mereka inilah orang yang paling pantas mewakili gerakan "pembaruan Islam" pada masa mereka. Kerana pembaharuan yang mereka lakukan benar-benar mencakup seluruh disiplin ilmu Islam.

    Mereka telah menumpas faham "taqlid", "fanatik mazhab" fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam membasmi "ashobiyah mazhabiyah" ini, mereka tetap menghargai para Imam Mazhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah "Raf'l - malaam 'anil - A'immatil A'lam" karya Ibnu Taimiyah.

    Demikian gencar serangan mereka terhadap "tasawuf" karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab "Al-Hulul Wal-Ittihad" (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan "tasawuf" untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyadari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertuang dalam dua jilid dari "Majmu' Fatawa" karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah "Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in", dalam tiga jilid.

    Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekedar Ucapan Mereka

    Yang perlu saya tekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah bererti sekadar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal y ang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz'i (kecil), namun pada hakikatnya anda meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sebagaimana juga mungkin, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.

    Inilah sikap saya pribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak berarti bahwa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu berarti saya telah terperangkap dalam "taqlid" yang baru. Dan berarti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa kerananya. Iaitu manhaj "nalar" dan "mengikuti dalil". Melihat setiap pendapat secara objektif, bukan memandang orangnya. Apa ertinya anda protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim.

    Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak kalah penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".

    Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".

    Beliau adalah seorang laki-laki robbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.

    Namun, orang seringkali melupakan, sisi "dakwah" dan "jihad" dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbaharui Islam. Dimasukkan ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna "Salafiah" yang sesungguhnya.

    Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol mendakwahkan "salafiah", dan paling gigih mempertahankannya lewat artikel, kitab karangan dan majalah pembawa missi "salafiah", ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Pem-red majalah "Al-Manar' yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa "bendera" salafiah ini, menulis Tafsir "Al-Manar" dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.

    Rasyid Ridha adalah seorang "pembaharu" (mujaddid) Islam pada masanya. Barangsiapa membaca "tafsir"nya, seperti : "Al-Wahyu Al-Muhammadi", "Yusrul-Islam", "Nida' Lil-Jins Al-Lathief", "Al-Khilafah", "Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid" dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahwa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan "Manar" (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa modern. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran "salafiah"nya.

    Beliaulah yang merumuskan sebuah kaidah "emas" yang terkenal dan belakangan dilanjutkan Imam Hasan Al-Banna. Iaitu kaedah :

    "Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."

    Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai "pengikut Salaf".

    Sumber:

    Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah - Dr.Yusuf Al Qordhowi

    Oleh

    Muhammad Fakhruddin Ismail

    http://www.addeans.blogspot.com/

     

     

    Berkata sebahagian kaum Muslimin : "Biarkanlah keragaman pendapat yang ada di tubuh kaum Muslimin tentang agama mereka tumbuh subur dan berkembang, asalkan setiap perselisihan dibawa ketempat yang sejuk." Alasan mereka didasarkan pada sebuah hadis yang selalu mereka ulang-ulang dalam setiap kesempatan, iaitu hadis:

     "Perbezaan pendapat pada umatku adalah rahmat"

    Benarkah ungkapan ini? benarkah Rasulullah mengucapkan hadis tersebut?

    2252782206_228eac4238

    Syeikh al-Albani telah mengklasifikasikan hadis ini sebagai tidak ada asal. Beliau berkata para ulamak hadis telah berusaha untuk mencari sanadnya, malangnya mereka tidak menjumpai sehingga al-Suyuthi berkata dalam Al-Jamik al-Saghir “ kemungkinan hadis ini terdapat di dalam kitab-kitab huffaz (ulamak hadis) yang tidak sampai kepada kita. “ Syeikh al-Albani berkata “ Pendapat ini (al-suyuthi) tidak tepat padaku, sekiranya terdapat hadis-hadis Rasulullah yang hilang iaitu tidak sampai kepada umat ini, maka tidak berhak seorang muslimin beri’tiqad (berpegang) dengannya.”

    Kemudian beliau menukilkan pendapat para ulamak dalam menghukum hadis ini:-

    Al-Munawi menukilkan daripada al-Subki bahawasanya beliau berkata:

    “Hadis ini tidak diketahui oleh para ulamak hadis dan aku tidak menjumpainya dalam sanad yang sahih juga dha’if (lemah) dan tidak juga maudu’ (palsu)”

    Kenyataan ini disokong oleh Syeikh Zakaria al-Ansori di dalam ta’liq (komentar) terhadap tafsir al-Baidhawi.

    Kemudian makna hadis ini diingkari oleh para ulamak muhaqqiqin (peneliti). Imam Ibn Hazm di dalam kitabnya al-Ihkam fi Usuli al-ahkam, selepas beliau menyatakan bahawa hadis ini bukanlah sebuah hadis nabi lalu berkata: “perkataan ini (ikhtilaful ummati rahmah) merupakan seburuk-buruk perkataan, ini kerana sekiranya ikhtilaf atau perselisihan itu rahmat maka sudah tidak ittifaq atau perselisihan itu rahmat maka sudah tentu ittifaq (penyatuan) itu rahmat maka sudah tidak akan diucap oleh seorang muslim.

    Kalau saja mereka itu mahu benar-benar mengkaji dan mempelajari Al-Qur'an serta menghayati firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 82, yang ertinya:

    "... Kalau sekiranya Al-Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. " (an-Nisa':82)

    Ayat tersebut menerangkan dengan tegas bahwa perselisihan dan perbezaan bukanlah dari Allah. Kalau demikian, bagaimana mungkin perselisihan itu merupakan sarana atau syariat yang wajib diikuti apalagi merupakan suatu rahmat yang diturunkan Allah La haula wala quwwata illa billah!

    Kerana adanya ucapan itulah, banyak umat Islam setelah masa para imam khususnya dewasai ini terus berselisih dan berbeza pendapat dalam banyak hal yang menyangkut segi akidah dan amaliah.

    598885132_16d8c095c1

    Kesannya terhadap umat islam

     

    1. Mengekalkan perpecahan dalam Islam

    Tidak ragu lagi bahawa hadis tersebut adalah tikaman para pembawanya bagi persatuan Islam yang haqiqi. Ketika para pembawa panji-panji sunnah menyeru umat kepada persatuan Aqidah dan Manhaj (jalan/metode) yang shahih. Tiba-tiba muncul orang-orang yang mengaku mengajak kepada persatuan Islam dengan berkata: "Biarkanlah kaum muslimin dengan keyakinannya masing-masing , biarkanlah kaum muslimin dengan metodenya masing-masing dalam berjalan menuju Allah, janganlah memaksakan perselisihan yang ada harus seragam dengan keyakinan dan pola fikir orang-orang arab padang pasir 15 abad yang lalu. Kerena Rasulullah shallallahu’alihi wasallam bersabda: " perselisihan pendapat pada umatku adalah rahmat."

    Allahu Akbar…!! Alangkah kejinya ungkapan tersebut dan banyak lagi perkataan yang semisalnya yang mengakibatkan kaum muslimin abadi di dalam aqidah dan manhaj yang berbeza. Padahal ayat-ayat dalam Al-Qur’an melarang berselisih pendapat dalam urusan agama dan menyuruh bersatu. Seperti Firman Allah dalam:

    Ø Surah Al-Anfal ayat 46 yang ertinya; "Jangan kamu berselisih, kerana kamu akan menjadi lemah dan hilang kewibawaan kamu."

    Ø Surah Ar-Rum ayat 31-32: " Jangan kamu seperti orang-orang yang musyrik, iaitu mereka mencerai-beraikan agamanya dan bergolong-golongan. Dan setiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."

    Ø Surah Hud ayat: 118-119: " Mereka terus-menerus berselisih kecuali orang yang mendapatkan rahmat dari Tuhanmu."

    Dan kita diperintah oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk bersatu dalam Aqidah dan manhaj diatas Aqidah dan Manhajnya Rasulullah dan para sahabatnya. Sebagaimana Firman Allah Subhhanahu wata’ala dalam surat Al-An’am ayat: 153 yang artinya: "Dan bahwa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa." Dan kita diperintahkan Allah untuk merujuk bersama kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah ketika terjadi perselisihan, bukannya membiarkan perselisihan aqidah dan hal-hal yang pokok dalam agama meradang di tengah ummat dengan dalil sepotong hadit palsu. Firman-Nya dalan surat An-Nisa’ ayat 59 yang artinya: " Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya."

     

    2. Kaum muslimin tidak lagi menjadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai sandaran kebenaran dan hakim

    Syaikh Al-Albani berkata: "Diantara kesan buruk hadits ini adalah banyak kaum muslimin yang mengakui terjadinya perselisihan sengit yang terjadi diantara 4 mazhab dan tidak pernah sama sekali berupaya untuk mengembalikannya kepada Al-Qu’an dan Al-Hadits." [Adh-Dha’ifah: I/76]

    Allah berfirman menceritakan Nabi-Nya Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam ketika mengadu kepada-Nya: "Berkatalah rasul: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini suatu yang tidak diacuhkan." [QS. Al-Furqan:30]. Sungguh perkara ini berulang kembali di zaman ini kerana hadis palsu yang tersebar kepada ummat islam.

     

    3. Umat islam tidak lagi menjadi umat terbaik yang berjaya di atas umat yang lainnya.

    ini kerana hadis palsu tersebut menjadi dinding bagi seorang muslim untuk beramar ma’ruf nahi mungkar, seorang muslim tidak lagi menegur saudaranya yang berbuat salah dalam syirik, kekufuran, dan bid’ah serta maksiat disebabkan meyakini hadis palsu tersebut. Kerana mereka menganggap semua itu sebagai suatu perbezaan yang hakikatnya adalah rahmat, sehingga tidak perlu untuk ber-nahi mungkar. Akibatnya, ummat terbaik tidak lagi disandang oleh umat islam, kerana telah meninggalkan syaratnya yakni Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-’Imran ayat:110 yang ertinya: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

     

    4. Ancaman dan kecaman yang keras dari Nabi, kerana menyandarkan nama Rasulullah secara dusta.

    Rasulullah bersabda : "Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia siapkan tempat duduknya dari api neraka" [Riwayat Bukhari-Muslim]. Hendaklah anda menjahui dan takut daripada mengada-adakan perkataan dusta atas nama Rasulullah, demikian pula orang-orang yang menyebarkan dan mendongengkan kisah-kisah palsu dan lemah yang hanya muncul dari prasangka belaka yang padahal prasangka itu adalah seburuk-buruk perkataan.

     

    5. Meninggalkan perintah Allah

    Ini adalah kesan daripada hadis palsu tesebut, kerana apabila berlakunya perselisihan aqidah, halal dan haram, serta segala sesuatu yang telah tegas digariskan oleh dua wahyu, maka secara tidak langsung telah meninggalkan perintah Allah disebabkan bagi mereka perselisihan ini adalah rahmat. Sebagaimana Allah berfiman : "Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya" [An-Nisa:59]

     

    6. Melemahkan kekuatan kaum Muslimin serta membuka jalan bagi orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam dari dalam

    Syaikh Ali Hasan dalam kitabnya "ushul bida" mengisyaratkan kesan buruk hadis tersebut yang dapat melemahkan kaum muslimin dan menjatuhkan kewibawaannya, kerana jelas hadis palsu tersebut menebarkan benih-benih perpecahan di tubuh kaum Muslimin, sedangkan Allah berfirman :"Jangan kamu berselisih, kerana kamu akan menjadi lemah dan hilang kewibawaan kamu." [Al-Anfal: 46]

    . . . . kepada mereka ! ! !

    Tukang mengada-ada

    Semaklah firman Allah kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut :

    "Seandainya dia [Muhammad] mengada-adakan sebahagian perkataan atas nama Kami [Allah],nescaya benar-benar Kami pegang ia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya"[QS. Al-Haqqah : 44 - 46]

    Mereka. . .!!!

    Tukang mengada-ada atas nama Allah dan Rasul-Nya.Para pembuat hadis palsu yang telah mendahului Allah dalam Syari’at.Para penebar hadis-hadis dusta yang telah mengotori Sunnah yang suci.

    Tidakkah mereka takut akan ayat di atas ? ?

    Mereka bukan Rasul sebagaimana Allah telah mengangkat Muhammad sebagai Rasul. Mereka bukan kekasih Allah sebagaimana Ia telah menjadikan Muhammad sebagai kekasih-Nya. Bukan pula mereka orang-orang yang disucikan oleh Allah sebagaimana Allah telah mensucikan Muhammad dari dosa.

    Sungguh Allah telah mengancam keras Kekasih-Nya dalam ayat tersebut dengan berfirman: "Kami potongan tali urat jantungnya"

    Lalu apakah MEREKA merasa aman ???

    Al-Hafidz Abul Khathab bin Dihyah berkata : "Jagalah dirimu wahai hamba-hamba Allah dari kebohongan orang yang meriwayatkan kepadamu hadis yang dikemukakan untuk memaparkan kebaikan. Sebab melakukan kebaikan harus berdasarkan syari’at dari Rasululah Shallallahu’alaihi wa sallam. Jika ternyata dia bohong maka dia keluar dari yang disyari’atkan dan berkhidmat kepada Syaitan kerana dia menggunakan hadis atas nama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak berdasarkan keterangan dari Allah." [Ma jaa fi Syahri Sya’ban, dinukil darinya oleh Abu Syamah dalam "Al-Baits :127"].

     

    Rujukan:

    • Ebook Majelis Ta’lim  "ANSHORUSSUNNAH"
    • Amalan Berzikir “Antara Sunnah & Rekaan Manusia” oleh Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latif
    • Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah, no: 57 jil. 1 m.s. 141-144

     

     

    Muhammad Fakhruddin Ismail

     

    Terapi Solat

    Written by sknar

    solatasas KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

    terapi1

    SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
    Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

    Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
    Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
    Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

    terapi2

    Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

    Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
    Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
    Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
    Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

    terapi3 SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

    “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
    Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
    Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
    Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
    Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
    Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
    Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
    Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
    “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
    Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
    Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
    Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

    Sumber: Institut-al-Qayyim

    Muhammad Fakhruddin Ismail

    boycottisrael1

    Khairol Amin (kamin)

    Senarai penuh bahan yang di boikot - http://www.kate3.com/what/list_full.jsp

    Disana merupakan Jihad Ekonomi, dan kita mengeluarkan fatwa terhadapnya bersama sama beberapa ulama'-ulama' melarang pengunaan barangan Israel dan Amerika, memboikot barangan Israel dan Amerika. Ini adalah KEWAJIBAN Ummah, Semua ini menunjukkan kemegahan Amerika.

    capt-2499a9ee14f54379a3a5a1f66ecd12b7-lebanon-mideast-fighting-f_580x435    

    KLIK DISINI.

    Ia merupakan petunjuk walaupun sebagai rakyat, COLA bermakna AMERIKA, Hamburger, MAC DONALD, PIZZA - SEMUA ini adalah AMERIKA. Rahmati kami, Diri saya apabila melihat alamat ini - bagaikan RIBUT dan bagaikan GUNUNG BERAPI meletup di dadaku! Kita mahu umat semua memulaukan barangan-barangan ini. Dari botol PEPSI kepada kereta, kepada Kapal Terbang. Kita menuntut Kerajaan dan Umat Islam menganjurkan Jawatan kuasa untuk melaksanakan pemulauan dan hendaklah diberi keutamaan.

    "Semua alternatif yg ada padanya mestilah di pulaukan. Apa yang membuat saya menaiki kereta Amerika, dimana kita boleh membeli kereta Jepun atau Jerman? "SAYA TIDAK RUGI APA-APA PUN? Pemulauan! PEMULAUAN ini adalah satu KEWAJIBAN keatas SEMUA, Baik tua atau muda. Kita dipermulaan Kebangkitan (Intifadah), lihatlah keajaiban Tuhan. Kami melihat kanak-kanak berkata kepada orang tuanya : "Tidak Bapaku, Tidak Ibuku, Ini Semua barangan Amerika yg diharamkan".

    Kita melihat saudara-saudara di Kirala India yg berkumpul di hari Jumaat contohnya, "Ini COLA dan setiap tangan memegang botol COLA dan menunjukkan pemulauan dengan memecahkannya! APA YANG MEMBUAT UMMAH ISLAM BERIHAT-RIHAT? Kita mahu dari Umat semua, baik lelaki, wanita, dari ibu-ibu dirumah agar mereka tidak membeli barangan Amerika! Kemungkinan wujudnya barangan Israel yg menyorok dibawah nama dan tandanya. Siapa yang tahu bahawa barangannya pulaukan! Haramkan mana-mana barang yang diharamkan! Adalah merupakan suatu DOSA dari DOSA-DOSA YG BESAR BARANG SIAPA YG MEMBELI BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA PADA MASA INI! Ini merupakan salah satu jenis perjuangan JIHAD! Satu perlepasan yg kita lakukan dan menasihatkan antara satu sama yg lain.

    (Khutbah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, April 2002 )

    http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6742&version=1&template_id=230&parent_id=17

    Dipetik dari:

    http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=671&Itemid=65

    Oleh

    Muhammad Fakhruddin Ismail

    http://www.addeans.blogspot.com/

    Artikel sahabat saya alifazman “ kenapa wanita suka mempromosi diri? ” membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut.Ini kerana kunci untuk menutup pintu fitnah berada ditangan wanita. Disini saya akan cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.

    boyAllah berfirman:

    Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)

    Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.

    Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling berat dan paling berbahaya. [Risalah untuk Wanita Mu’minah – Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy m/s 6 ]

    Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:

    Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari para wanita [Bukhari dan Muslim]

    Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah wanita merupakan aset utama  dalam menentukan jatuh bangunnya satu bangsa.

    Seperti mana yang dikatakan oleh seorang tokoh aliran (free masonary)"..sebotol arak seorang binuanita dapat menghancurkan umat muhammad melebihi kekuatan seribu tank baja , peluru kendali dan senjata kimia yg canggih ..Oleh kerana itu buatlah mereka tenggelam dalam cinta dan syahwat terutama syahwat seks.. "

    Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy dalam "Risalah untuk Wanita Mu’minah" menyatakan:

    Barat tahu mencari kelemahan umat islam Kita bertanya, apa senjata utama orang Barat dalam menghancurkan kebudayaan Islam dan memalingkan arah akhlak Islam dari tujuannya yang utama?

    Sesungguhnya senjata utama yang digunakan orang Barat untuk merealisasikan tujuannya itu ialah kaum wanita. Mereka tahu, seperti halnya kita juga tahu, bahawa fikiran kaum muslimin lebih dari 10% seperti yang mungkin dihasilkan dengan mengobarkan nafsu seksual pada mereka.


    Kalau harus melakukan upaya fikiran pada mereka, maka haruslah dibangkitkan rangsangan-rangsangan nafsu berahi disekeliling mereka, dengan menggunakan kaum wanita sebagai pasukannya.

     
    Kerana itulah invasi pemikiran terhadap kaum muslimin bagaimanapun bentuk dan rupanya selalu didasarkan pada unsur penting tiada lain iaitu wanita dengan segala yang mungkin untuk dieksploitasi padanya dari segi daya tarik, pengaruh dan tipu dayanya, dan menjauhkan mereka dari tanggungjawab mengasuh rumah tangga dan mendidik generasi muda .


    Mengapa tokoh-tokoh invasi pemikiran itu menggunakan unsur wanita sebagai senjata dalam merealisasikan tujuan mereka, hingga kini masih saja mereka melakukan dengan penuh perhatian? Jawabnya dengan singkat, mereka selalu bertolak belakang dengan semua ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan Islam.


    Diantara ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan oleh Islam, supaya mereka sentiasa memelihara diri dengan menutup auratnya, jangan sampai kecantikan dan keindahannya menggoda kaum lelaki. Maka jalan yang ditempuh mereka berusaha keras membebaskan diri mereka dari semua ikatan moral dan busana yang menutup aurat. Malah berusaha keras mendorong mereka untuk menampakkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya yang menarik dan merangsang disemua tempat, di pasar dan tempat-tempat umum. Untuk mewujudkan cita-citanya itu, mereka membawa kaum munafik yang pandai bicara, yang siap mengubah firman Allah dan hukumNya demi mendapatkan kesenangan dunia yang tiada bererti. [Risalah untuk Wanita Mu’minah–Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy ]

    Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak menghasilkan buahnya.

    Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama semakin membara.

    NabI SAW bersabda:

    Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

    Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai wanita....

    Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :

    Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…

    Demi Allah …dalam khayalan seorang pemuda tidak melihat gadis kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya..

    Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

    Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu , kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba kau fikirkan!

    Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya . Tetapi perlu jelas disini kunci kepimpinan berada ditangan lelaki..Laki2 yang perlu main peranan utama berbanding wanita.Tetapi kunci untuk menutup pintu fitnah adalah ditangan wanita.

    Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.

    Rasulullah SAW bersabda:

    “Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing, Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak “[HR. Tirmidzi : sohih]

     

    Wallahua'lam

     

    Muhammad Fakhruddin Ismail

    Di dalam kekuatan hebat dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor merungkai mula meresap ke dalam kehidupan umat al Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islam ini dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ianya berlaku pada kurun 14 Hijrah (Kejatuhan Khalifah Uthmaniah). Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil. Faktor-faktor yang menjadikan demikian:

    2176897085_946b7b66b8

    1. Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan. Sedangkan Islam telah memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri dari kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian umatnya bahawa inilah faktor yang merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman, maksudnya;

    "…dan janganlan kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al Anfal :46).

    hasanalbannanu0

    Disamping itu Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan dari suka kemasyhuran dan pujian.

    2. Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan amalan tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah saw bersabda, maksudnya

    "Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali oleh kerana mereka suka bertengkar".

    3. Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Ianya berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam lebih dari apa yang berlaku kepada pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah, maksudnya;

    "Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya". (al Isra':16)

    4. Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi, Dailam (suku Kurd), Mamalik, Turki dll. Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al-Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya,

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayat- ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya". (Al Imran :118)

    5. Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah, maksudnya;

    "Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi".(Yunus:101).

    6. Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya;

    "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai" (al A'raf:179).

    7. Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar musuh. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk. Sedangkan al-Quran sangat menegah muslimin dari meniru atau menyerupai kuffar. Al-Quran terus terang memerintah supaya tidak menyerupai kuffar dan perlunya memelihara ciri-ciri identiti Islam. Firman Allah, maksudnya;

    "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang al Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman" (aL-Imran:100).

    Di ayat yang lain, maksudnya;

    "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi" (aL-Imran:149)

    Sumber:

    ANTARA SEMALAM DAN HARI INI  oleh: Imam As-syahid Hassan Al-Banna

                 Muhammad Fakhruddin Ismail

               http://www.addeans.blogspot.com/

    Oleh

    Muhammad Fakhruddin Ismail

    http://addeans.blogspot.com/

     

    Cinta kepada manusia adalah fitrah tetapi apabila sudah melampaui batas maka islam mengharamkannya.Fenomena cinta-bercinta antara lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan adalah satu lumrah. Cinta itu boleh jadi buta jika tidak didasari dengan panduan agama. Tanpa panduan agama , daripada cinta boleh jadi duka. Sebab itu syariat islam begitu menjaga persoalan pandangan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Penulis tidak menafikan bolehnya bercinta sebelum perkahwinan menurut perspektif masyarakat sekarang. Bagi mereka pasangan tersebut boleh dikenali dengan lebih rapat tentang sikapnya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.

    4906385

    Setiap orang mempunyai kriteria sendiri untuk mencari pasangan hidupnya. Kriteria yang diyakini adalah memiliki kecenderungan perasaan hati terhadap pasangan dan tentu akan lebih baik jika disertai dengan kriteria utama yang dianjurkan dalam agama.

    Jika di lihat pada zaman sebegini kebanyakan bercinta hanya kerana dorongan nafsu sahaja. Daripada nafsu itu akan cenderung kepada keinginan.Daripada keinginan bermulanya pandangan, daripada pandangan terdetik perasaan ingin berkenalan, perkenalan membibit kemesraan, daripada kemesraan membawa keghairahan dan keghairahan boleh membawa pada penzinaan.

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

    Setiap anak Adam pasti terkena sebahagian dosa zina. Kerana zina mata adalah pandang, zina telinga adalah dengar, zina lidah adalah cakap, zina hati adalah niat, zina kaki adalah langkah. Sedangkan nafsu itu cenderung dan berkeinginan, tetapi hanya kemaluan sahaja yang menidakkannya. (Sahih Bukhari No. 5774)

    Sebab itu apabila bermula terdetiknya perasaan suka sama suka perlulah anda berfikir sejenak adakah perkenalan itu manfaatnya lebih besar daripada mudaratnya? Bolehkah anda dapat mengawal kenginan anda hanya dengan perkenalan yang kemungkinan hanya tidak membawa apa-apa manfaat tetapi membawa pada penyesalan . Seingat penulis  pernah membaca satu artikel menyatakan :

    Apabila sudah bercinta perasaan rindu tidak boleh dihilangkan hanyalah dengan pertemuan. Semakin kerap petemuan semakin kuat dorongan anda untuk mendekatinya kerana rindu itu hanyalah satu tekanan perasaan anda untuk mendekati padanya.

    Rindu hanya boleh dihilangkan pada perkahwinan sahaja kerana itulah ubat mujarab yang berkesan untuk menghilangkan perasaan tersebut. Rindu memerlukan sentuhan, tanpa sentuhan, rindu itu tidak dapat dihilangkan kerana sentuhanlah membawa kemanisan rindu itu. Kemanisan rindu itu hanyalah pada persetubuhan yang sah.

    Ini bertepatan dengan hadis Nabi didalam sahih muslim , No.2491 Nabi SAW pernah bersabda:

    Apabila seseorang kamu melihat seseorang perempuan lalu dia jatuh hati kepadanya, maka hendaklah dia menyetubuhi isterinya. Kerana yang demikian itu akan menghilangkan perasaan (rindu) yang ada dalam dirinya.

    Bagi pasangan yang pernah berzina rindu itu tidak dapat dikecapi dengan sepenuhnya.Apabila berzina, perasaan bersalah anda akan menyelubungi jiwa anda maka rindu itu bercampur baur antara benar dan batil.

    1189341952_81977c7e60

    Ramai yang terpedaya dengan percintaan ini kononnya bila sudah suka sama suka membuktikan bahawa itulah pasangan hidup mereka. Selalunya bercinta sebelum perkahwinan ini kebanyakan- nya hanyalah lakonan sahaja. Didepan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya. Sebab itu hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya apabila berkahwin nampaklah biadabnya.

    Di depan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya.

    Hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya bila berkahwin nampaklah biadapnya.

    Sebab itu cukuplah perkenalan biasa tetapi membawa kepada perkahwinan. Bagi lelaki memang anda perlu melihatnya supaya anda tertarik kerana sesuatu yang menarik tentunya akan menimbulkan perasaan mendalam, akhirnya membuat anda teguh untuk menikahi. Pernikahan yang diawali dengan rasa keserasian biasanya akan lebih rapat. Hal ini ditunjukkan dalam hadis oleh pengarang kitab Fathul Bari, al- Hafiz Ibnu Hajar, yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim dengan sanad hasan.

    Jika salah satu kalian akan melamar seorang wanita, jika mampu hendaklah melihat sesuatu yang boleh mendorong untuk menikahinya.

    Dalam Sunan at-Tirmidzi Kitab an-Nikah No.3183 :

    “ Cuba perhatikan wanita itu, dengan begitu akan lebih rapat hubungan kalian.”

    Ini kerana apabila melihat akan memiliki kecenderungan hati kepada wanita yang akan dinikahinya dan dapat menjadi salah satu faktor yang membawa kepada pernikahan. Tetapi hendaklah anda menjaga batas-batasnnya dan tidak perlulah anda berpanjangan dalam perkenalan tersebut kerana ia hanya akan di selubungi dosa sahaja. Pernikahan tidak akan mungkin terlaksana hanya kerana perkenalan dan percakapan melalui perantaraan telefon sahaja. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan. Firman Allah:

    Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Israa' 32).

    Maka berhati-hatilah dari segala kemaksiatan dan dosa kerana perkara tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, dan merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta azab yang membinasakan.

    Wallahua'lam

     

    Muhammad Fakhruddin Ismail

     

     

     

    Memperbaiki aqidah, ibadah, dan akhlak adalah termasuk dalam fardhu 'ain yang perlu ditanam pada setiap umat islam . Malah menjadi wajib ke atas kita untuk mengajak kaum muslimin kepada dakwah yang tulen dan bersih untuk memahamkan mereka kepada Islam yang benar dan mendidik mereka dengan tarbiyah yang benar. Apabila manusia tidak memahami manhaj sebenar Al-Quran dan Sunnah maka berlakulah fitnah-memfitnah, buruk sangka, tuduh menuduh dan pelbagai perkara yang dilarang oleh agama akan berlaku seperti mana yang berlaku pada parti-parti politik masa kini. Apabila manusia menganggap agama ini perlu dimasuki pada jalan politik sahaja maka jadilah mereka orang yang gila berpolitik.

    Penulis ingin bertanya adakah setelah anda berjaya merampas kuasa di negeri-negeri tertentu adakah rakyat-rakyat di negeri anda kebanyakannya dapat menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama dalam rujukan? Adakah mereka dapat menghindari daripada menyekutukan Allah ? Adakah mereka dapat menjaga keperibadian akhlak mereka ? Adakah Ibadah mereka benar-benar menepati Al-Quran dan Sunnah? Adakah mulut mereka dapat ditutup daripada fitnah-memfitnah ? Adakah mereka akan memakmurkan masjid-masjid Allah? Adakah mereka dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi persoalan-persoalan yang bermain difikiran penulis.

    Penulis tidak mengingkari adanya politik dalam Islam, tetapi menyibukkan sesuatu yang penting daripada sesuatu yang lebih penting adalah termasuk sebagai perkara-perkara yang memalingkan dari dakwah yang utama kerana apabila ditanamkan dahulu umat dengan akidah, akhlak dan ibadah yang tulen maka akan lahirlah umat yang sejahtera, bersikap hormat menghormati, terhindarnya fitnah memfitnah dan pelbagai lagi kebaikan yang akan dilihat dan akhirnya menjadi umat yang bersatu padu.

    Tidakkah parti-parti politik terfikir bahawa seolah-olah syaitan telah berjaya melaga-lagakan mereka dan menjadikan umat islam berpecah dan bermusuhan kerana kebanyakan daripada perpecahan yang berlaku di kalangan umat islam masa kini adalah kerana fitnah-memfitnah, berburuk sangka dan mempercayai gosip dusta yang akhirnya hanya membawa kepada keburukan sahaja. Firman Allah s.w.t:

    Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku,supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik; Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [ al-Isra’ : 53]

    Maka hendaklah kita berhati-hati daripada menyebarkan berita-berita fitnah melainkan berita yang benar dan baik sahaja serta berbaik sangkalah kita sesama umat islam.

    Bukanlah tanggunggjawab sebenar yang ingin mempertahankan islam pada jalan politik sahaja tetapi hendaklah ia membawa apa islam yang sebenar dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a kerana merekalah sebaik-baik generasi yang perlu dicontohi oleh umat sekarang. Dalam hadis Sahih Bukhari Rasulullah s.a.w bersabda:

    Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in).

    annadwi

    Dalam artikel Dr Asri Zainul Abidin beliau ada menukilkan nasihat al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin. Nasihat ini beliau rakamkan dalam risalahnya yang bertajuk: Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga memetik ungkapan-ungkapan indah risalah tersebut dalam bukunya: “Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu”.

    Kata al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin:

    Wahai ikhwan Muslimin yang mulia!

    Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya….istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera.

    Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan ALLAH. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada ALLAH. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan. Ini seperti firman ALLAH: (maksud) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 41).


    Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….”

    Katanya juga: “Wahai tuan-tuan!

    Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin ALLAH- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah ALLAH dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang ALLAH sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
    Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha ALLAH, kesemuanya pada jalan ALLAH. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. (rujukan: al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

    Wallahua'lam

     

              Muhammad Fakhruddin Ismail

                    http://addeans.blogspot.com/

      

    Jihad Ekonomi Setelah kita dihalang daripada melakukan jihad dengan mengorbankan nyawa, maka kita berkewajipan untuk melancarkan jihad ekonomi. Antara senjata yang boleh digunakan ialah dengan mengorbankan harta kita untuk membiayai pembelian senjata. Begitu juga untuk membiayai perbelanjaan perang jihad dan juga untuk para pejuang. Antara senjata yang boleh digunakan dalam jihad ekonomi juga ialah dengan melakukan boikot ekonomi. Matlamat utama daripada pemboikotan ini ialah untuk melemahkan ekonomi pihak musuh di samping menguatkan ekonomi ummat Arab dan Islam agar tidak lagi bergantung kepada pihak musuh. Dalam masa yang sama, pemboikotan ini boleh menjejaskan kepentingan ekonomi pihak musuh dan memusnahkannya dengan segala cara yang boleh dilakukan. Di samping itu, ia juga boleh menjadi alat yang mendorong pihak lain untuk tidak bekerjasama lagi dengan pihak musuh.

     

    Hukum Jihad Ekonomi

    Secara umumnya, hukum jihad ekonomi sama dengan hukum jihad itu sendiri. Ia adalah kefarduan yang ditentukan oleh syarak dan merupakan keperluan yang dituntut oleh akidah. Dalam banyak tempat dalam al-Quran, jihad ekonomi atau jihad dengan harta disebut bersekali dengan jihad nyawa. Antaranya ialah firman Allah swt ketika menggambarkan sifat-sifat orang yang beriman yang bermaksud:

    “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”  (al-Hujurat: 15)

    Allah swt berfirman lagi yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (al-Saff: 10-13)

    Rasulullah saw juga menegaskan tentang jihad dengan harta ini melalui sabdanya yang bermaksud:

    “Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah, maka sesungguhnya (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang. Sesiapa yang menggantikan pejuang ketika ketiadaannya untuk menjaga keluarganya, maka (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah saw juga pernah memberikan amaran dengan azab seksa yang pedih terhadap golongan yang keberatan dan ragu-ragu untuk berkorban harta demi membantu agama Allah. Baginda saw bersabda yang bermaksud:

    “Sesiapa yang tidak pernah berperang, dan tidak pernah mempersiapkan seorang pejuang, atau tidak pernah menggantikan pejuang untuk menguruskan keperluan keluarganya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya sebelum hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih)

    Jika orang-orang kafir, musyrik, salibi dan Yahudi sanggup membelanjakan harta mereka untuk memusuhi Islam, maka orang Islam juga wajib untuk membelanjakan harta mereka pada jalan Allah untuk menjaga keselamatan ummat Islam. Hal ini telah disebutkan secara tidak langsung oleh Allah swt yang bermaksud:

    “Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya, kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.”  (al-Anfal: 36)

    Dalam ayat yang lain, Allah swt juga menggesa ummat Islam agar membelanjakan harta pada jalan Allah. Firman Allah yang bermaksud:

    “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”  (al-Baqarah: 261)

    Ciri-ciri Kejayaan Jihad Ekonomi

    Jihad ekonomi bukanlah sebuah slogan yang hanya enak didengar sahaja. Tidak juga pidato semangat yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Tidak juga permainan terhadap istilah jihad itu sendiri. Tetapi ia adalah jihad secara praktikal yang wajib dilaksanakan agar ia dapat direalisasikan secara berkesan.

    Antara ciri kejayaannya ialah:

    a) Menyedari dengan penuh kesedaran bahawa berjihad dalam bentuk ekonomi ini adalah cubaan dan ujian terhadap jiwa manusia yang memang cintakan harta. Adakah dia sanggup mengorbankan harta ini demi agama Allah yang sepatutnya menjadi barangan paling berharga di sisi seorang muslim? Adakah dia sanggup mengorbankan harta yang disayanginya demi Allah yang juga dikasihinya? Sebenarnya ia adalah ujian terhadap jiwa manusia. Besok nanti, dia akan ditanya oleh Allah, apakah yang telah engkau berikan jika engkau tidak pernah berperang dan tidak pernah mempersiapkan seorang pejuang?

    b) Kesedaran penuh bahawa jihad ini merupakan pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada saudara-saudara kita para pejuang pada jalan Allah yang sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri demi menegakkan agama Allah. Ia adalah kefarduan syarak dan kewajipan akidah serta negara. Jika orang Israel , Amerika dan mulhid saling membantu sesama mereka, maka sebaliknya kita juga berkewajipan berbuat demikian. Dalam hal ini Allah swt berfirman yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (al-Anfal: 73)

    Dalam ayat yang lain, Allah meminta orang-orang yang beriman agar saling membantu antara satu sama lain. FirmanNya yang bermaksud:

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain.” (al-Anfal: 72)

    c) Berkeyakinan bahawa jihad ekonomi merupakan peringkat keimanan yang paling rendah bagi sesiapa yang tidak mampu berjihad dengan nyawanya. Ketika para pemimpin bangsa Arab dan ummat Islam berada dalam kelemahan dan dalam keadaan para pemuda, orang tua dan wanita tidak dibenarkan pergi ke Palestin untuk berjihad bersama saudara-saudara mereka di sana , maka apa yang boleh dilakukan hanyalah peringkat keimanan yang paling lemah iaitu berjihad dengan harta dan melakukan pemboikotan ekonomi serta menjejaskan kepentingan ekonomi pihak musuh. Musuh yang paling utama dalam hal ini ialah Israel dan Amerika serta pihak yang seumpama mereka. Di samping itu, ia juga adalah peluang keemasan untuk memperolehi pahala para pejuang pada jalan Allah, meskipun dia hanya duduk di rumahnya.

    d) Kita hendaklah percaya bahawa saudara kita para pejuang di Palestin dan di tempat-tempat lain juga sebenarnya mengorbankan dengan segala apa yang mereka miliki demi memelihara akidah mereka. Pertarungan yang berlaku antara kita dengan Yahudi sebenarnya adalah pertarungan berbentuk akidah. Saudara-saudara kita di Palestin membunuh dan dibunuh kerana mahu membebaskan bumi Islam dan menyucikan Masjid al-Aqsa bukan kerana nasionalisme atau untuk memperolehi kebanggaan dan menunjuk-nunjuk. Jika kita tidak memberikan pertolongan yang termampu kita lakukan, sebenarnya kita telah mengkhianati Allah dan RasulNya.

    e) Jihad ekonomi dianggap sebagai salah satu kewajipan agama dan negara. Jika sesuatu kewajipan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna melainkan dengan dilaksanakan suatu perkara, maka perkara itu juga turut menjadi wajib dilakukan. Dalam hal ini, Dr Yusuf al-Qaradawi berkata:

    Antara perkara wajib menurut syarak, orang-orang Islam hendaklah sentiasa memboikot Israel dan mana-mana pihak yang memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada Israel , terutamanya Amerika. Kerana setiap dirham atau dinar yang sampai kepada mereka akan bertukar akhirnya menjadi peluru yang dihalakan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Kita hendaklah mengangkat slogan yang berbunyi: “Setiap sen yang digunakan bagi membeli barangan yang diperbuat di Israel atau Amerika akan bertukar menjadi peluru yang dihalakan kepada tubuh kanak-kanak Islam.”

    f) Kita juga hendaklah percaya bahawa pembebasan bumi Palestin bererti membebaskan diri dan tanah air kita sendiri. Sementara pembebasan Masjid al-Aqsa merupakan pembebasan tanah suci kita sendiri. Kita juga hendaklah percaya bahawa kelemahan, kecuaian, putus asa dan menyerah kalah adalah pengkhianatan terbesar. Seorang muslim tidak sepatutnya takut melainkan kepada Allah swt sahaja. Ini merupakan salah satu sifat jiwa yang beriman yang disifatkan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:

    Mereka juga ialah orang yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”, maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).” Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia daripada Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. (Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (Ali ‘Imran: 173-174)

    g) Kita hendaklah beriman dan percaya bahawa kemenangan terhadap pihak musuh bukanlah dengan sebab kita mempunyai peralatan dan bilangan yang banyak sahaja, bahkan ia boleh berlaku dengan nilai-nilai keimanan yang dimiliki. Allah swt berfirman:

    “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 249)

    Inilah beberapa petanda yang menunjukkan kewajipan mengaktifkan jihad ekonomi serta beberapa asas yang boleh menjayakannya. Jihad ini bertitik tolak daripada kewajipan agama dengan menganggapnya sebagai salah satu daripada asas jihad dengan nyawa yang difardukan oleh Allah swt. Islam tanpa jihad samalah seperti pokok tanpa buah, juga umpama jasad tanpa ruh.

     

    Sumber:

    Jihad Ekonomi "Kefarduan Syarak dan Tuntutan Iman "oleh Dr Husain Shahatah

     

             Muhammad Fakhruddin Ismail

                   http://addeans.blogspot.com/