Sesetengah orang berpendapat bahawa Amerika adalah sebuah negara yang kuat dan kaya. Ia juga membantu Israel tanpa batasan. Dalam masa yang sama, tekanan Yahudi terhadap pentadbiran Amerika lebih kuat berbanding tekanan negara-negara Arab dan Islam. Oleh itu, tidak ada faedah daripada pemboikotan yang dilakukan. Kita tidak boleh membiarkan Amerika hanya dipengaruhi oleh pihak musuh Zionis.

Sebagai contoh, Putera Walid bin Talal berkata kepada akhbar Kuwait ‘Arab Times’ yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada 30 April 2002 yang lalu, berkata: “Pemboikotan tidak berfaedah. Kerana antara kepentingan bangsa Arab ialah memelihara dan mengekalkan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat, kerana imbangan dagangan yang berlaku antara kita dengan negara tersebut adalah bagi kepentingan kita sendiri.” Hal yang sama diyakini oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah yang berkata: “Kita tidak boleh membiarkan Amerika dipengaruhi oleh Israel.”

boycott

Pandangan-pandangan tersebut adalah tertolak dengan berbagai-bagai alasan sebagaimana berikut:

  • Pemboikotan ekonomi telah memberikan kesannya yang positif terhadap rejim Yahudi dan terhadap kepentingan Amerika di negara-negara Arab dan Islam. Ketika pentadbiran Amerika mengetahui bahawa kepentingan mereka terancam, terutamanya kem-kem tentera, syarikat-syarikat ekonomi dan pelaburan harta benda mereka, sudah pasti ia akan membuat kajian semula. Sementara itu para peniaga Amerika akan memberikan tekanan terhadap kerajaan mereka.
  • Beberapa maklumat dan kenyataan telah disiarkan berkenaan dengan kerugian ekonomi yang dialami oleh ekonomi Zionis. Antara kenyataan tersebut menganggarkan bahawa kerugian tersebut berjumlah kira-kira 100 bilion dolar sehingga tahun 2000. Ini tidak termasuk kerugian yang dialami akibat intifadah yang menyebabkan Israel kerugian tidak kurang daripada 100 juta dolar sebulan. Sektor pelancongan di Israel juga turut terjejas teruk sehingga menanggung kerugian kira-kira 640 juta dolar pada tahun 2001. Kerugian- kerugian ini dan lainnya menyebabkan Israel berusaha bertungkus lumus meletakkan beberapa syarat untuk perjanjian damai. Antara syarat tersebut ialah penerusan mewujudkan hubungan dan membatalkan pemboikotan ekonomi. Jika benar pemboikotan ekonomi tidak memberikan sebarang kesan terhadap Israel, nescaya Israel tidak akan berkeras agar ia dibatalkan. Inilah yang dilakukan oleh Amerika dengan negara-negara Arab. Amerika menekan negara-negara Arab agar membuat hubungan ekonomi dengan Zionis dan menubuhkan apa yang dinamakan sebagai Pasaran Timur Tengah.
  • Banyak kajian menunjukkan bahawa pasaran negara Arab dan Islam merupakan antara pasaran terpenting bagi keluaran dan perkhidmatan Amerika. Negara-negara ini juga dianggap sebagai antara sumber bahan mentah yang utama dan keperluan-keperluan pekerjaan bagi industri Amerika. Ini adalah kenyataan. Oleh itu, Amerika sentiasa berusaha untuk mempengaruhi kawasan tersebut. Antara faktor pendorong kepada sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Israel ialah ia mestilah menjaga kepentingan ekonominya terutamanya di negara-negara Teluk. Berdasarkan kenyataan tersebut, pemboikotan yang dilakukan pasti akan memberikan kesan yang positif terhadap Amerika jika pemboikotan itu dilakukan dengan penuh teliti dan tersusun rapi.
  • Harta simpanan negara-negara Arab dan Islam dalam bank-bank Amerika, Eropah dan Yahudi berjumlah tidak kurang daripada 1000 bilion dolar. Ancaman untuk menarik balik kesemua atau sebahagiannya akan menyebabkan bank-bank tersebut terjejas teruk. Suatu kenyataan telah disiarkan dalam internet: “Kebanyakan bank di Amerika dimiliki oleh orang Yahudi, atau mereka mempunyai saham yang besar di dalamnya. Keuntungan sebenarnya tidak diperolehi oleh Amerika (yakni faedah daripada penyimpanan harta ummat Islam di bank-bank Amerika) sahaja, tetapi bahkan juga oleh orang-orang Yahudi secara langsung yang memberikan sokongan padu kepada Israel. Israel dapat berdiri hasil daripada wang yang diperolehi daripada komuniti Yahudi di Amerika dan tempat-tempat lain. Komuniti inilah yang mewakili lobi Zionis melalui harta dan media yang dimiliki mereka. Beberapa perangkaan menunjukkan bahawa jumlah harta ini mencapai angka 870 bilion dolar. Orang-orang Arab hanya memperolehi faedah sebanyak 1.55% daripadanya. Harta itu kemudiannya dipinjamkan kepada negara- negara Arab miskin dengan kadar faedah kadang-kadang mencecah 17%. Perbezaan tersebut iaitu sebanyak 15.45% masuk terus ke dalam poket orang- orang Zionis dan Amerika.
  • Penarikan balik harta-harta ini atau kadar 50% daripadanya sudah cukup untuk menyebabkan sistem perbankan Amerika mengalami kelumpuhan yang teruk. Bahkan mungkin beberapa bank di sana boleh diisytiharkan sebagai muflis akibatnya.
  • Jarudi, seorang pemikir Islam berpendapat bahawa ekonomi adalah noktah kelemahan Amerika Syarikat. Beliau berpendapat kita hendaklah membebaskan diri daripada kongkongan Amerika yang boleh dilakukan melalui tiga noktah asasi berikut:
    1. Memboikot segala barangan dan perjanjian persenjataan dengan Amerika.
    2. Mengelakkan daripada berlaku peperangan antara negara, kerana jika peperangan berlaku, ia dianggap sebagai salah satu cara menyelamatkan ekonomi Amerika.
    3. Menuntut kerajaan agar menarik diri daripada pertubuhan-pertubuhan kewangan antarabangsa yang dikuasai oleh Amerika.
  • Pendapat Putera al-Walid bin Talal dan Putera Mahkota Raja Abdullah adalah juga tertolak daripada sudut bahawa Amerika tidak akan mengubah pendiriannya kecuali jika ia yakin bahawa kepentingannya di Timur Tengah terancam. Manakala slogan persahabatan dan hubungan lama yang telah teguh tertanam, maka ia hanya umpama buih yang boleh hilang begitu sahaja. Lagipun, sampai bilakah Amerika akan terus menguasai dunia? Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada Raja Faisal yang telah mengisytiharkan dengan jelas melalui kata-katanya: “Beta bersedia untuk kembali ke khemah- khemah, memakan tamar dan meminum susu unta demi untuk membebaskan Masjid al-Aqsa.” Bagindalah yang melakukan inisiatif untuk menggunakan minyak sebagai senjata pada tahun 1973. Semoga Allah merahmati baginda.

Kesimpulan: Pemboikotan ekonomi pasti akan menyebabkan kerugian terhadap ekonomi Zionis dan ekonomi Amerika. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan penuh perancangan dan tersusun agar hanya memberikan kerugian yang paling mininum kepada ekonomi negara-negara Arab dan ummat Islam di samping memberikan kerugian yang paling maksimum kepada pihak musuh. Pemboikotan itu juga hendaklah diprogramkan dan diselaraskan pada peringkat negara dan kerajaan.

Sumber:

Jihad Ekonomi "Kefarduan Syarak dan Tuntutan Iman "oleh Dr Husain Shahatah

 

         Muhammad Fakhruddin Ismail

               http://addeans.blogspot.com/

 

0 Comments:

Post a Comment