Tergoda dan Digoda

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk bersikap buruk sangka antara lelaki dan perempuan muslim kerana ia adalah satu dosa besar seperti Firman Allah :Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), karena sebahagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang (Al Hujuraat -12).Tetapi anggaplah artikel ini sebagai satu langkah berhati-hati dengan manusia yang bertopengkan syaitan.

2wguan8

Wahai Saudaraku,

Baru terlihat sudah tergoda . Itulah lelaki namanya. Apabila anda melonggarkan nafsu anda untuk mendekatinya maka anda akan terjerat akan kecantikan dan kelembutannya. Anda hanya melihat pada rupa bentuk dan parasnya tetapi anda tidak tahu kerosakan hatinya. Dia akan mengambil kesempatan dan kelemahan anda dengan melakonkan watak drama yang seakan-akan anda adalah jantung hatinya. Dihiasinya dengan perhiasan dan wangi-wangian yang menggoda..Ketahuilah sesungguhnya ia seperti wanita penzina..Tepatlah Sabda Nabi s.a.w Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Mungkin sebahagian dikalangan anda merasa seronok dan gembira tetapi sedarlah sesungguhnya anda sudah terjerat dengan keseronokan dan kenikmatan yang kemungkinan anda akan hidup bersama seperti anjing dan kucing. Firman Allah Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Israa' 32).Maka berhati-hatilah dari segala kemaksiatan dan dosa karena perkara tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, dan merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta azab yang membinasakan..Benarlah seperti mana Firman Allah :Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26] . Antara yang dimaksudkan dengan lelaki dan wanita yang jahat adalah mereka yang melakukan zina. Maka pasangan penzina tidak boleh dinikahkan dengan pasangan yang shalih melainkan dia bertaubat terlebih dahulu sebelum dia bernikah. Dengan taubat, dia termasuk dalam kategori orang yang baik dalam ayat di atas.

Wahai Saudariku,

Mulanya hanyalah perkenalan dan percakapan biasa melalui telefon. Seiring waktu berkembanglah pembicaraan sampai pada kisah cinta dan selok-beloknya. Dia pun kemudian mengungkapkan cintanya dan berjanji akan meminang anda. Dia meminta agar boleh melihat wajah anda, terang anda menolaknya. Dia mengancam akan memutuskan hubungan. Andapun menyerah. Maka terjadilah eksport dan import foto serta surat-surat yang begitu manis penuh rayu. Surat menyurat pun berlangsung selalu. Sampai akhirnya dia meminta untuk berjumpa dan jalan berdua dengannya. Anda menolak dengan keras. Tapi dia mengancam akan menyebarluaskan foto-foto anda serta surat-surat anda dan suara anda yang dirakamnya ketika kamu berdua berseronokan berkata-kata manis melalui telefon. Akhirnya andapun keluar pergi bersamanya dengan tekad agar boleh pulang segera secepatnya. Ya!! andapun pulang akan tetapi dengan mambawa aib dan kehinaan. Maka anda kan katakan padanya: Nikahilah aku! Sungguh ini adalah aib bagiku. Maka dia menjawab dengan segenap penghinaan, ejekan dan mentertawakan: Sesungguhnya aku tidak akan menikahi wanita pezina.[1]

Wahai Saudara dan Saudariku,

Janganlah engkau percaya bahawa pernikahan akan mungkin terlaksana hanya karana perkenalan dan percakapan melalui perantaraan telefon. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan.

Maka apabila engkau wahai saudara dan saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan dan dosa, segeralah bertaubat dengan taubatan nasuha sebelum pintu taubat tertutup dan sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Dan pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan. Allah berfirman: Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53).

Rujukan:

  1. Perpustakaan Islam dengan beberapa pengubahsuaian

-Allahu a’lam-

Muhammad Fakhruddin Bin Ismail

Bachelor In Accounting (HONS)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

0 Comments:

Post a Comment