Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://www.addeans.blogspot.com/

Artikel sahabat saya alifazman “ kenapa wanita suka mempromosi diri? ” membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut.Ini kerana kunci untuk menutup pintu fitnah berada ditangan wanita. Disini saya akan cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.

boyAllah berfirman:

Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)

Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.

Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling berat dan paling berbahaya. [Risalah untuk Wanita Mu’minah – Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy m/s 6 ]

Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:

Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari para wanita [Bukhari dan Muslim]

Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah wanita merupakan aset utama  dalam menentukan jatuh bangunnya satu bangsa.

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang tokoh aliran (free masonary)"..sebotol arak seorang binuanita dapat menghancurkan umat muhammad melebihi kekuatan seribu tank baja , peluru kendali dan senjata kimia yg canggih ..Oleh kerana itu buatlah mereka tenggelam dalam cinta dan syahwat terutama syahwat seks.. "

Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy dalam "Risalah untuk Wanita Mu’minah" menyatakan:

Barat tahu mencari kelemahan umat islam Kita bertanya, apa senjata utama orang Barat dalam menghancurkan kebudayaan Islam dan memalingkan arah akhlak Islam dari tujuannya yang utama?

Sesungguhnya senjata utama yang digunakan orang Barat untuk merealisasikan tujuannya itu ialah kaum wanita. Mereka tahu, seperti halnya kita juga tahu, bahawa fikiran kaum muslimin lebih dari 10% seperti yang mungkin dihasilkan dengan mengobarkan nafsu seksual pada mereka.


Kalau harus melakukan upaya fikiran pada mereka, maka haruslah dibangkitkan rangsangan-rangsangan nafsu berahi disekeliling mereka, dengan menggunakan kaum wanita sebagai pasukannya.

 
Kerana itulah invasi pemikiran terhadap kaum muslimin bagaimanapun bentuk dan rupanya selalu didasarkan pada unsur penting tiada lain iaitu wanita dengan segala yang mungkin untuk dieksploitasi padanya dari segi daya tarik, pengaruh dan tipu dayanya, dan menjauhkan mereka dari tanggungjawab mengasuh rumah tangga dan mendidik generasi muda .


Mengapa tokoh-tokoh invasi pemikiran itu menggunakan unsur wanita sebagai senjata dalam merealisasikan tujuan mereka, hingga kini masih saja mereka melakukan dengan penuh perhatian? Jawabnya dengan singkat, mereka selalu bertolak belakang dengan semua ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan Islam.


Diantara ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan oleh Islam, supaya mereka sentiasa memelihara diri dengan menutup auratnya, jangan sampai kecantikan dan keindahannya menggoda kaum lelaki. Maka jalan yang ditempuh mereka berusaha keras membebaskan diri mereka dari semua ikatan moral dan busana yang menutup aurat. Malah berusaha keras mendorong mereka untuk menampakkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya yang menarik dan merangsang disemua tempat, di pasar dan tempat-tempat umum. Untuk mewujudkan cita-citanya itu, mereka membawa kaum munafik yang pandai bicara, yang siap mengubah firman Allah dan hukumNya demi mendapatkan kesenangan dunia yang tiada bererti. [Risalah untuk Wanita Mu’minah–Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy ]

Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak menghasilkan buahnya.

Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama semakin membara.

NabI SAW bersabda:

Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai wanita....

Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…

Demi Allah …dalam khayalan seorang pemuda tidak melihat gadis kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya..

Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu , kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba kau fikirkan!

Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya . Tetapi perlu jelas disini kunci kepimpinan berada ditangan lelaki..Laki2 yang perlu main peranan utama berbanding wanita.Tetapi kunci untuk menutup pintu fitnah adalah ditangan wanita.

Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing, Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak “[HR. Tirmidzi : sohih]

 

Wallahua'lam

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

0 Comments:

Post a Comment