Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

hadi-dan-najib

Penulisan ini hanya pandangan peribadi penulis. Sesiapa yang tidak setuju terpulang tetapi yang setuju maka perlulah memperbaiki semula sikap-sikap kita sesama muslim kearah perpaduan rakyat. Maka tidak perlu melabelkan parti tersebut sebagai jijik,kotor, syaitan atau sikap yang tidak membawa kepada umat dan pemerintah pada yang makruf. Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dibincangkan. Saya sendiri tidak pasti maksud sebenar Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Tapi yang pasti ia membawa kepada politik perdamaian.Bagi saya cadangan apa sahaja untuk mencari dan mencapai kemaslahatan umat dan membawa pendamaian sesama muslim maka saya sokong. Tetapi apakah bukti bagi UMNO untuk tidak mengkhianati PAS lagi?Adakah krisis perak dan ISA yang melahirkan kemarahan rakyat terhadap UMNO merupakan satu bukti mereka ingin berdamai?

 

Read More

 

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Apabila rakyat menganggap pemimpin pemerintahan sebagai lawan atau musuhnya maka akan lahirnya sikap ketidakpuashatian terhadap pemerintah walaupun adakalanya perkara yang benar dilakukan oleh pemerintah maka ia akan dianggap salah oleh pihak lawannya. Apa yang dipandang oleh mereka hanyalah pada sudut keburukan sahaja walaupun mereka sendiri tidak sedari betapa banyak keburukan yang mereka telah lakukan terhadap pemerintah mereka dengan lontaran fitnahnya, memaki hamunnya, buruk sangka, mengumpat dan pelbagai perkara yang jelas dilarang dalam islam. Jika diambil kira seseorang yang mengumpat sahaja yang bukan pada jalannya dosanya lebih besar daripada yang berzina. Ini kerana dosa mengumpat hanya layak diampun oleh orang yang diumpatkan berbeza dengan zina. Ini belum dikira dosa-dosa yang lain dengan makinya dan pelbagai lagi yang tidak disedari oleh diri sendiri.                                                            

Read More

BEER HALAL

 

 

aj1 Ahmad Jailani Abdul Ghani

1.Nampaknya heboh sehari dua ini tentang BIR HALAL atau tanpa alcohol yang dikaitkan dengan minuman malt tanpa alcohol berjenama ISTAK oleh Malaysian Iranian Corp. Sdn Bhd (MICSB). Pelbagai pandangan diberikan tentang isu ini. Kebanyakannya tak suka istilah BIR HALAL.

2. Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

halal02

3. Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna 'bir' tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula "Root Beer" yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai "halal".

4. Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

5. Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi "International Organisation of Islamic Jurists' mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

6. Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

7. Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

8. Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa "tapai" (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

 

Sumber: Ahmad Jailani Abdul Ghani

 

Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan syurga oleh Allah Ta'ala. Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupaya kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap dirinya, maka ia akan mendapat rasa aman pada hari kiamat dan petunjuk didunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq hal.38)

Lalu bagaimana agar musibah dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik? Pertanyaan ini telah oleh Allah Ta'ala dalm surah al-Baqarah 156-157:

Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Rasulullah SAW juga memberikan petunjuk kepada kia apa yang harus diucapkan ketika kita ditimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirjar’.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja' dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali seliparnya. Sebab yang demikian tergolong musibah." (Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan setelah melihat adanya penguat hadis ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81)

Ummu Salamah r.a mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatil wakhluf liya khairan minhaa ( "Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik" ( HR. Muslim 3/37-38)

Tatkala Abu Salamah ( suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang dikatakan Nabi SAW. Tak lama kemudian ia menjadi isteri Rasulullah SAW, suami baru yang lebih baik daripada Abu Salamah. Siapa mengira ia mendapat suami Rasulullah SAW sementara dia sendiri pernah mengatakan: " Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku" ? (Mukhtashar Syrah Shahih Muslim, hadis no.918).

Dengan demikian semestinya tindakan seorang mukmin dalam menghadapi segala macam musibah dengan tetap dalam keadaan sabar , istiqamah dan mengharapkan pahala serta ampunan Allah. Tidak sebaliknya dengan menggerutu, menampar-nampar pipi atau menyobek-nyobek saku baju, menjerit atau tindakan lain yang tidak selayaknya diperbuat oleh seorang mukmin.

 

Sumber: Syahadah, m/s 18- Mei 2009