Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Artikel ini pernah ditulis oleh penulis pada tahun yang lepas dan beberapa penambahan pada artikel ini sudah ditambah dan diubah .

 

      Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh kaum liberal sekarang. Dengan sombong dan sikap jauh dari adab mereka mengatakan al-Quran bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah :

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki.
  2. Kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki.
  3. Wanita harus taat suami, tapi suami tidak harus taat pada isteri, talak pun terletak di tangan suami.
  4. Untuk keluar rumah seorang wanita perlu izin suaminya, tapi tidak untuk sebaliknya.
  5. Wanita dibebani tugas mengandung dan melahirkan anak.
  6. Kaum wanita berkurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak untuk lelaki. [1]
  7. Tidak sebebas wanita barat, tidak boleh menentukan sendiri siapa suaminya.
  8. Hak warisnya hanya sebahagian dari warisan lelaki dan tidak boleh menjadi imam atau pemimpin.

Suara-suara mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang memuliakan mereka. Dengan pelbagai slogan seperti “BEBASKAN WANITA” seakan-akan merekalah hak perjuangan wanita. Mereka seperti lupa, siapakah yang membebaskan mereka dari penindasan dan kezaliman  wanita?

Benarkah alasan-alasan mereka membela hak kaum hawa itu benar ? Mereka seperti melawan ayat yang mulia dari Allah s.w.t. Disini saya akan kemukakan beberapa perkara bahawa islamlah yang memuliakan dan mengangkat mereka lebih daripada kaum lelaki:

  • Bagi penulis benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah sangatlah tinggi.
  • Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana dia lelaki tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Apakah seorang pekerja bawahan mempunyai kekuasaan melebihi seorang pengurus syarikat tersebut? Sudah tentu tidak. Bagitu juga dalam urusan runah tangga.
  • Suami yang laki-laki itu harus memperhatikan ketaatannya pada ibu tiga kali lebih dibanding pada ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.
  • Wanita menerima warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki yang menerima warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri dan anak-anaknya.
  • Wanita perlu bersusah payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.
  • Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda: "Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)
  • Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah. [2]
  • Dalam persoalan kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki ia bukanlah mengenepikan wanita tetapi perkara ini melibatkan tanggungjawab melaksanakan perintah dengan menerangkan dan membawa bukti kepada dihadapan hakim bukannya persoalan hak yang perlu dituntut. Dalam persoalan hudud dan qisas ia bertentangan dengan fitrah dan perasaan  wanita kerana ia melibatkan tubuh, nyawa dan sebagainya.Maka islam itu adil. Ia hanya membenarkan persaksian wanita dalam perkara yang tertentu sahaja.
  • Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan perkahwinannya dan Malaysia memang banyak menggunakan pandangan mazhab Malik dalam soal perkahwinanan ini.Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi maka si isteri ada hak untuk membubarkan perkahwinanannya.[3].
  • Jika mereka menyatakan Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki ada sebuah hadis yang menyebut:

· إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim) [4]

  • Kalau anda lihat hadis tersebut, wanitalah yang lebih mudah mendapat pahala berbanding lelaki kerana keletihan dan kesukaran kaum hawa untuk mengandung, melahirkan anak, jaga aurat dan pelbagai lagi yang tidak ada pada kaum Adam.
  • Islam tidak menyekat kebebasan wanita tetapi hanya menetapkan beberapa garis panduan dalam kehidupan mereka seperti batasan-batasan pergaulan dan aurat muslimah itu. Ini dapatkan disaksikan sendiri kemajuan wanita zaman ini dimana mereka maju kehadapan berbanding kaum lelaki dan islam juga tidak melarang kaum wanita memilih bakal suaminya sendiri kerana mereka ada hak untuk memilih bakal suaminya.
  • Dan yang terakhir mereka menyatakan wanita tidak boleh menjadi imam atau pemimpin. Ini adalah suatu tuduhan melulu dan gopah. Memang ada ulamak yang melarang wanita menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang bagaimana? Perkara ini adalah masalah khilafiah iaitu perbezaan pandangan. Ada ulamak yang membenarkan wanita menjadi pemimpin melainkan pemimpin nombor satu iaitu pemerintah negara malah ada yang membenarkan juga. Boleh lihat sendiri seperti pernigaan kecantikan wanita pemimpinnya adalah seorang wanita.Malah banyak lagi perkara dalam kepimpinan ramainya wanita yang menjadi pemimpin.Tiada pula syariat islam melarangnya. Tetapi dalam urusan keluarga pemimpin mestilah kaum lelaki. Ini kerana bebarapa sebab yang munasabah seperti emosi kaum wanita yang tidak menentu dan beberapa sebab yang lain. Jika tidak akan berlaku kekacauan dalam rumah tangga.

Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu sendiri.

__________________________________________________________

Rujukan:

  1. Majalah Fatawa Vol.III/No.04 dengan sedikit perubahan
  2. Majalah Fatawa Vol.III/No.04 dengan sedikit perubahan
  3. Kuliah Dr Juanda Jaya
  4. http://zaharuddin.net “Aurat Wanita Lebih : Adilkah ? "

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

          Al-Quran menegaskan bahawa orang Islam sekalipun mereka berbeza parti, mazhab, bangsa, negara, warna kulit, bahasa, dan taraf adalah umat yang satu. Setiap umat islam perlu mematuhi Al-Quran dan hadis sahih dan tidak boleh berpecah belah sesama sendiri. Islam langsung tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan dikalangan pengikutnya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai…” [Ali 'Imran:103]

 

Read More