masjid bahrin2

Ada sebahagian daripada masjid-masjid di jadikan seolah-olah tempat untuk mencari rezeki. Walaupun niat mereka ikhlas tetapi perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan syarak. Seperti ustaz yang berceramah ada di antara mereka mempromosikan barangan dan mungkin akan berkata bahawa sebahagian duit tersebut akan di sedekahkan pada anak yatim. Itu sebahagian saja di mana yang selebihnya? Adakah untuk anak yatim juga? Seolah-olah mereka gunakan masjid dan jenama ustaz tersebut untuk melariskan perniagaan mereka. Masjid tidak sepatutnya ada sebarang unsur kepentingan diri sendiri yang akhirnya hanya merosakkan identiti dan menjatuhkan kemuliaan tempat ibadah masjid tersebut.

Malah ada juga masjid yang mempamerkan barangan yang hilang . Untuk apa dilakukan? Adakah supaya pemilik tersebut dapat dikembalikan barangannya? Penulis ingin bertanya adakah masjid digunakan untuk kepentingan dunia atau fungsi sebenar masjid tersebut seperti diperuntukkan untuk zikir, solat, dan membaca Al-Qur'an, menyampaikan ilmu Islam dan pelbagai lagi ?

Untuk itu penulis akan membawa hadith yang menceritakan tentang perkara yang menjadi sandaran para ulama’ dalam membina hukum di dalam masalah seperti ini. Hadith tersebut diriwayatkan oleh dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Apabila kalian melihat orang yang jual beli didalam masjid maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu ! (HR Tirmidzi 1321, Ad-Darimi 1408, Ibnu Khuzaimah 1305, Ibnu Hibban dalam Shahihnya 312, Ibnu Jarud 562, Ibnu Sunni dalam Amal Yaum Wa Lailah 153, Hakim 2/56, dan dia berkata: Shahih menurut syarat Imam Muslim, dan disetujui oleh Adz-Zahabi. Al-Albani menshahihkan dalam Al-Irwa 1295).

Imam As-Shan'ani berkata: "Hadits ini menunjukkan haramnya jual beli di dalam masjid, dan wajib bagi orang yang melihatnya untuk berkata kepada penjual dan pembeli semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu ! sebagai peringatan kepadanya" (Subulus Salam 1/321). (Lihat pula An-Nail 1/455 Ats-Tsamar 2/696)

Bahkan kita dilarang mencari barang yang hilang di masjid, berdasarkan hadits:
"Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: Barang siapa yang mendengar seseorang mencari barang yang hilang di dalam masjid maka katakanlah padanya: semoga Allah tidak mengembalikan kepadamu! sebab masjid-masjid itu dibangun bukan untuk itu. (HR. Muslim 568, Tirmidzi 1321, Abu Dawud 473, Ibnu Majah 767 dan Ad-Darimi 1408).

Perkara ini juga telah disebut secara terperinci oleh Abdul Rahman Al-Jaziri dalam kitab feqahnya dengan memberikan perincian-perincian tersendiri terhadap setiap pandangan-pandangan ulama’ mazahab. ( rujuk al fiqh ala mazahib arba’ah jld 1 m/s 260 ).

Akhirnya mereka berpendapat bahawa berjual beli dan pinjam meminjam dalam masjid adalah haram, sekiranya ianya terjadi maka akadnya batal (tidak sah) tetapi akad nikah adalah disunatkan dalam masjid. ( rujuk al fiqh ala mazahib arba’ah )

Dalam kita menangani persoalan yang sama, adalah lebih penting bagi kita berusaha sedaya upaya untuk menjaga kemuliaan masjid dengan baik dan hidupkan masjid dengan fungsi yang sebenarnya bukan untuk tujuan kepentingan diri sendiri.

wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rujukan:

http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/13618

http://www.geocities.com/collegePark/Campus/8690/artikel/jualbeli.htm

        Muhammad Fakhruddin Ismail

             http://addeans.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment