Setiap air yang turun dari langit atau muncul dari dalam bumi hukumnya suci, boleh digunakan untuk bersuci dari hadas dan najis, meskipun warna, rasanya atau baunya telah berubah kerana tercampuri barang suci, (selama pencampuran itu tidak membuatnya berganti nama, seperti menjadi kopi, teh dan sebagainya) sebagaimana yang disabdakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya air adalah thahuur (suci dan mensucikan) tidak ada sesuatupun yang menajiskannya.” [1] dan Firman Allah s.w.t :

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُوراً

“Dan kami turunkan dari langit air yang amat bersih (suci dan mensucikan).”[2]

Sedangkan apabila salah satu karakter (warna, rasa atau baunya) berubah karena tercampuri najis maka hukumnya najis, wajib dijauhi.[3]

Pendapat yang benar dalam masalah ini adalah yang dipilih oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah iaitu, “Air tidak akan menjadi najis kecuali terjadi perubahan pada karakter (warna, rasa atau baunya) air tersebut kerana tercampur najis, sama saja apakah ia mencapai 2 kolah atau tidak. Akan tetapi apabila kadar air itu kurang dari 2 kolah maka kita harus berhati-hati apabila ada najis yang mengenainya kerana biasanya air yang kurang dari 2 kolah itu mengalami perubahan.[4]

Malah kalau kita lihat pun hampir kebanyakan punca air telah tercemar dengan pelbagai sisa  termasuk sisa industri, maka bukan setakat dua kolah, malah sebatang sungai pun telah tercemar dan tidak lagi menyucikan, contohnya air sungai Kelang.

clip_image001

Ada juga yang berpendapat apabila air sudah mencapai 2 kolah maka tidak akan berubah menjadi najis. Mereka berdasarkan dengan sebuah hadis, “Apabila air itu telah mencapai 2 kolah maka tidak akan membawa najis.”[5].

Ibn Abdil Barr dll mengatakan hadis ini mudtharib (goncang). Tapi yang lebih tepat apa yang di katakan majoriti ulamak, hadis itu sahih. Prof Hasbi Siddiqiey mengatakan kegoncangan matan yang dimaksudkan ialah mengenai sukatan sebenar dua kolah kerana ia berdasarkan sukatan lama Iraq iaitu 500 rithl. Sukatan rithl ni sudah lama ditinggalkan dan sekarang dunia memasuki era sukatan metrik, sudah tentu sukatan isipadu dua kolah ke dalam liter amatlah mengelirukan.[6]

Namun pelaksanaan sukatan dua kolah ini bercanggah dengan pegangan kaum salaf yang lain kerana kesucian air bergantung kepada kesepakatan fuqaha’ yakni sifat air itu: bau, warna dan rasanya. [7]

Jadi air tersebut tetap suci meskipun kurang dari 2 kolah, selama tidak tercampuri najis yang membuatnya mengalami perubahan salah satu sifat  (rasa, warna atau bau).[8]

Wallahu a’lam bish shawaab.

Rujukan:

  1. HR. Ahlu Sunan, sahih
  2. Al Furqaan: 48
  3. Lihat Manhajus Salikiin, hal. 33, Al Wajiz fii Fiqhi Sunnah, hal. 17
  4. Soal jawab oleh ustaz Abu Mushlih Ari Wahyudi-Status air kurang 2 kolah
  5. Diriwayatkan oleh Imam yang empat dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah
  6. Hakim dan Ibnu Hibban dll.
  7. Fiqah Islam Jld 1/38
  8. http://al-ahkam.net [Fiqh Thaharah 6- Dua Kolah]
  9. Soal jawab oleh ustaz Abu Mushlih Ari Wahyudi-Status air kurang 2 kolah
  •  

    Muhammad Fakhruddin Bin Ismail

  • 0 Comments:

    Post a Comment