Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Politik islam adalah satu-satunya sistem yang dapat menyelesaikan segala pemasalahan rakyat.Umat terdahulu telah mengecapi kesenangan dan kenikmatan dengan adanya sistem politik islam. Tetapi kini sudah berubah dimana sistem yang berteraskan dari pemikiran manusia yang dinamakan demokrasi yang asalnya suci telah berubah kepada kucar-kacir sehingga tidak jelas tentang kedudukan politik sekarang.

Penulis pernah berbincang dengan  seorang sahabat tentang perkara tersebut dan dalam masalah ini penulis masih  keliru tentang sistem demokrasi sekarang ini. Ada yang mengatakan demokrasi ini dibolehkan kerana tiada dalil yang mengharamkannya.

Katanya lagi jika tidak sertai pilihanraya maka orang bukan islam akan mengambil alih kepimpinan Negara. Mengenai parlimen jika dilihat dalam satu kaedah islam apabila bertembung dua mudarat dalam satu waktu yang sama, maka hendaklah dielakkan mudarat yang lebih besar. Selain itu ia dapat menghilangkan lagi kezaliman sesuai kemampuannya, dan lebih baik baginya sertai dan lebih banyak maslahatnya bagi kaum muslimin, daripada jabatan tersebut diisi orang lain yang akhirnya bertambah berleluasa lagi kezaliman tersebut . Ia tidak lari juga seperti  kisah Yusuf tentang kewajiban memiliki pengetahuan politik dan cara pemerintahan dengan menghasilkan mashlahat yang dicari dan pelbagai lagi perbincangan tentang sistem demokrasi tersebut.

clip_image001

Ada juga yang mengatakan jika hendak dikatakan golongan bukan islam akan mengambil alih jika tidak sertai pilihanraya tetapi mengapa kita boleh begitu pasti sekiranya tidak ikut sertai didalam pilihanraya akan menyebabkan golongan bukan islam akan semakin berkuasa, sedangkan kita belum pernah lagi melaksanakan pemboikotan pilihanraya ini. Cuba boikot dulu dan lihat hasilnya. Jika dilihat dengan adanya pilihanraya ini suara mereka di parlimen makin bertambah lantang lagi. Apakah ini umat islam kehendaki?

Malah jika hendak dikatakan waqi' Malaysia pada hari ini, maka demokrasi dan pilihanraya merupakan satu-satunya sahaja jalan terbaik bagi menguasai pemerintahan tetapi mengapa perlukan sistem bukan islam tersebut? Adakah tidak ada jalan lain yang lebih releven yang mampu diketengahkan sehingga ada disamakan demokrasi dengan sistem syura?  Padahal Syura itu ahlinya adalah dari kalangan Ahlul Halli Wal 'aqdi iaitu orang yang cemerlang pemikirannya dan berilmu dalam urusan agama dan selainnya.

Katanya lagi didalam Islam diajar cara makan, berjual beli, berperang,dan didalam Islam diajar segala-galanya. Tetapi kenapa perlu demokrasi diketengahkan untuk meraih kekuasaan ?

Jika dilihat demokrasi adalah sistem yang berprinsip pada kebebasan berpendapat walau apapun bentuk pendapat dan tindakannya, meskipun mencaci maki Allah dan Rasul-Nya serta merosakkan agama. Boleh dilihat pada parlimen demokrasi sekarang ahli-ahlinya berbeza-beza, didalamnya ada ahli-ahli skandal seks, penyangak, ada perasuah,  ada perempuan jahiliah ada yang menolak Islam terang-terangan, ada yang liberal dan lain-lain lagi bahkan ianya dihalalkan dan dibenarkan didalam parlimen.Adakah itu demokrasi yang dikehendaki dalam islam?

Jika itu adalah alat untuk mendapatkan kekuasaan untuk menggantikannya dengan pemerintahan Islam tetapi jika lihat diparlimen tidak ada pun kertas undi untuk "Calon Perdana Menteri" yang perlu dipangkah, yang ada cuma "Calon Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)" dan "Calon Ahli Parlimen". Jadi apakah benar tujuannya menggantikan pemerintahan atau  hanya untuk mendaulatkan lagi si pembuat hukum undang-undang manusia sendiri?

Seolah-olah ini bererti bahawa yang dipertuhan, yang disembah dan yang ditaati didalam hal perundangan adalah manusia, bukan Allah.Ini adalah tindakan yang menyimpang. Allah berfirman:

"Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf:40)

Demokrasi bererti mengembalikan segala bentuk perselisihan, antara hakim dan yang dihukumi kepada rakyat, tidak kepada Allah dan rasul-Nya. Ini adalah penyelewengan dari firman Allah:

Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah.(asy-Syura:10)

Bagi penulis memang lebih setuju sepenuhnya kembali sahaja pada sistem asal islam kerana ia lebih selamat dan sejahtera berbanding demokrasi sekarang ini seperti tidak nampak hasilnya malah kucar kacir. Tapi jika hendak boikot pun perlulah dilihat dan dianalisis secara terperinci supaya tidak bertambah mudarat lagi dan sepatutnya tidak perlulah tergesa-gesa menjatuhkan sesuatu hukum itu tanpa memahami realiti, pemerhatian yang mendalam dan keadaan semasa.Jika tidak kita akan jadikan umat islam lemah dan penakut. Justeru perlulah dicari punca sebab-musababnya agar umat islam dapat keluar dari kekongan masalah ini.

Malah jika dilihat realiti keadaan umat islam kini lemah maka  sewajarnya perlu mencari formula bukan mengatakan demokrasi ini haram sedangkan kita ketahui ada kaedah-kaedah yang boleh dipakai untuk menetapkan sesuatu hukum tersebut seperti:

Perkara tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya maka perkara itu menjadi wajib

Jadi jika dilihat dari kondisi seperti inilah maka  sistem demokrasi kemungkinan ada benarnya. Ini hanya pandangan penulis sahaja.

 

Wallahua'lam.

____________________________________________________________

Muhammad Fakhruddin Ismail

0 Comments:

Post a Comment