Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Kekeliruan isu penggunaan Kalimah 'Allah' oleh golongan bukan islam timbul kerana masyarakat Islam tempatan belum memahami konsep tauhid yang sebenar. Silibus pengajian akidah tempatan gagal menghuraikan konsep tauhid secara tuntas. Justeru,larangan penggunaan kalimah 'Allah' dalam terbitan agama bukan Islam memang wajar dikuatkuasakan.

Allah_Is_One

Sementara menunggu masyarakat Islam memahami konsep tauhid ini,maka larangan itu dilihat menepati kaedah sad az-zariah yang dituntut oleh Islam. Di kalangan umat Islam ada yang menolak konsep tiga tauhid ini kerana menganggapnya bidaah falsafah. Bahkan ada yang membandingkan dengan konsep 'trinity' agama Kristian semata-mata kerana persamaan angka tiga.

Konsep tiga tauhid tidak wajar dianggap bidaah kerana ia didasarkan kepada kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran dan Sunnah. Ia adalah tidak wajar membandingkan konsep yang mengEsakan satu Tuhan denagn konsep trinity yang mempercayai tiga tuhan. Persamaan bilangan tiga yang berlaku secara kebetulan tidak bermakna persamaan dari segi maksud. Takkanlah hendak disamakan enam rukun iman denagn penjuru bintang lambing Yahudi semata-semata kerana persamaan bilangan.

 

Sumber:

Sinar Harian -Jumaat 10 April 2009 oleh Dr Azwira Abdul Aziz

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

1 Comment:

  1. Balloon of Thoughts said...
    salam..ya,sy stuju..umat Islam harus memahami konsep tauhid yg sbenar.ramai umat islam yg tidak memahami malah tidak mengambil sbrg inisiatif untuk mendalami agama islam padahal ia adalah sesuatu y wajib...

Post a Comment