BEER HALAL

 

 

aj1 Ahmad Jailani Abdul Ghani

1.Nampaknya heboh sehari dua ini tentang BIR HALAL atau tanpa alcohol yang dikaitkan dengan minuman malt tanpa alcohol berjenama ISTAK oleh Malaysian Iranian Corp. Sdn Bhd (MICSB). Pelbagai pandangan diberikan tentang isu ini. Kebanyakannya tak suka istilah BIR HALAL.

2. Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

halal02

3. Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna 'bir' tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula "Root Beer" yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai "halal".

4. Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

5. Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi "International Organisation of Islamic Jurists' mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

6. Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

7. Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

8. Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa "tapai" (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

 

Sumber: Ahmad Jailani Abdul Ghani

2 Comments:

  1. catatan pelbagai said...
    walau pun pendapat halal,namun ramai masyarakat islam tidak rasa jelek terhadap arak malah dapat memegang botol arak pun sudah bangga..

    yg ditakuti beer halal ini akan menjadikan masyarakat islam kini semakin mesra dan dekat dengan budaya minum arak,tambahan dari segi pembungkusan/pembotolan pun ada gaya seperti arak yg memabukkan..takut generasi kita akan datang sudah tak dapat membezakan arak yg halal dan haram,semua terus ditelan..

    wallahu aklam..
    Obie said...
    senang cite.. yg haram dh jelas , yg halal pon dh jelas..
    Jika shubhat, tinggalkan jer..
    selesai masalah.

Post a Comment