Katakan Saya Islam Bukan Syafi’i, Maliki, Hanafi atau Hanbali
0 comments Posted by FAKHRU-ISMAIL at 7:09 PM
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Al-Quran menegaskan bahawa orang Islam sekalipun mereka berbeza parti, mazhab, bangsa, negara, warna kulit, bahasa, dan taraf adalah umat yang satu. Setiap umat islam perlu mematuhi Al-Quran dan hadis sahih dan tidak boleh berpecah belah sesama sendiri. Islam langsung tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan dikalangan pengikutnya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai…” [Ali 'Imran:103]
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Sudah banyak ulasan-ulasan yang diberikan berkenaan isu Kalimah Allah ini. Dari kesimpulan apa yang penulis lihat ada tiga pandangan dalam isu ini iaitu:
- Allah hanya khusus untuk Islam
- Asasnya dibolehkan kristian menggunakannya tetapi untuk menutup pintu kerosakan maka dilarang non-muslim menggunakannya
- Dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dengan beberapa syarat seperti dilarang menyebut Allah pada berhalanya, menggunakan Kalimah Allah sebagai umpan untuk mengelirukan umat islam dan sebagainya.
Perlukah Sampai Ketahap Mujtahid Untuk Berpindah Mazhab?
0 comments Posted by FAKHRU-ISMAIL at 3:47 PMOleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Ada pandangan yang menyatakan seseorang itu tidak boleh berpindah mazhab kerana syarat-syarat berpindah mazhab mestilah seorang itu sudah sampai ketahap mujtahid.Bagi mereka jika telah sampai ketahap mujtahid sahaja yang boleh berpindah mazhab kerana mereka sudah mampu untuk berijtihad seperti imam-imam yang terdahulu iaitu al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Sufyan al-Thauri, , Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain. Sedangkan syarat-syarat seorang mujtahid hendaklah memahami ilmu nahu, ilmu bahasa arab termasuk ilmu balaghah, perlu menguasai ilmu Rijal, Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq, menguasai ilmu asbab nuzul dan lain-lain syarat yang perlu dipenuhi untuk layak digelar mujtahid.
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Saban tahun kes penceraian semakin meningkat. Bukan sahaja dikalangan masyarakat biasa tetapi yang bergelar ustaz dan ustazah pun sama sahaja. Kebanyakan apa yang dilaporkan diakhbar dan media mereka hanya akan menjawab sudah tiada kesefahaman. Ini sesuatu yang pelik. Bagaimana sebelum berkahwin ada kesefahaman bila sudah berkahwin sudah tiada kesefahaman? Adakah kerana sudah tertipu disebalik perwatakan pasangan masing-masing? Itulah yang dikatakan “hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya bila berkahwin nampaklah biadapnya.Di depan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya.” Sebab itu islam menganjurkan untuk kita melakukan istikharah dalam memilih pasangan dan apa sahaja urusan.
Jika dilihat masyarakat kini juga tanpa disedari seolah-olah telah mewujudkan suatu fenomena yang baru dalam percintaan dan perkahwinan. Anda boleh lihat sendiri realiti pasangan masa kini.Dahulu (sebelum perkahwinan) apabila bercinta segala-galanya indah sahaja. Sanggup berpegang-pegang tangan,duduk bersama, bersayang-sayang, ucapannya semuanya manis-manis belaka malah dari topik kecil pun boleh jadi panjang-panjang, yang perempuan memakai yang cantik dan berwangi-wangian , yang lelaki rambutnya kemas dan berpakaian yang segak. Biasalah nak tunjuk lawa dihati pasangan. Barulah nampak bercinta namanya.
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam banyak kali menegaskan kepentingan solat berjemaah sehingga pernah merancang membakar beberapa rumah milik kaum Muslimin yang tidak mengerjakan solat berjemaah seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
" Sesungguhnya solat yang paling berat atas kaum munafiqin adalah solat ‘Isyak’ dan Fajar, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan menghadirinya meskipun dengan merangkak. Sungguh betapa ingin rasanya aku memerintahkan orang-orang untuk solat kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami mereka. Lalu aku pergi bersama beberapa orang laki-laki dengan membawa kayu bakar menjumpai orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, lalu aku bakar mereka bersama rumah-rumah mereka dengan api."(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Maka menjadi tanggungjawab mencari imam yang disukai oleh makmum dan pilihan makmum itu bukanlah terhad kepada golongan berusia sahaja tetapi mestilah yang disukai oleh remaja juga kerana itulah faktor-faktor yang mendorong remaja untuk solat berjemaah maka secara tidak langsung dapat membawa kepada satu tajdid untuk mencapai suruhan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya . Malah juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:
" Ada tiga orang yang pahala solatnya tidak naik meskipun sedikit di atas kepala (maksud ini adalah kiasan bahawa solat mereka tidak dapat diterima oleh Allah dan tidak mendapat pahala): Yang pertama adalah, solat seseorang yang mengimami solat sedangkan makmumnya membencinya………".[ H.R Ibnu Majah, "Hadis ini Hasan"]
Maka imam dalam solat semestinya dipilih daripada orang-orang yang disukai oleh makmumnya. Secara waqi’nya kebanyakan remaja hari ini meminati 'artis' idola mereka daripada imam-imam disurau mereka . Bukan mereka membenci imam disuraunya tetapi tiada daya aura tarikan untuk mereka bersama solat secara berjemaah.
Ini kerana ciri-ciri seorang imam dalam solat berjamaah tidak hanya bacaan dan tajwid yang perlu baik tetapi juga perlu mempunyai aura tersendiri untuk menarik perhatian di kawasan penduduk mereka supaya ia dapat bergerak dan melakukan solat secara berjamaah dengan begitu ramai. Maka seorang Imam perlu memiliki tanggungjawab untuk membawa jemaahnya menghadap Allah s.w.t.
Penulis ambil contoh seperti ustaz Akhil Havy berapa ramai anak-anak muda termasuk remaja lelaki "rock", yang datang mendengar ceramahnya. Ini kerana tarikan ustaz tersebut yang memiliki keistimewaannya tersendiri menyebabkan remaja-remaja berlumba-lumba kearahnya. Bukan maksud penulis kita menukar imam yang sedia ada tetapi perlu ada seorang imam yang dapat menarik perhatian remaja-remaja sekarang.
Muhammad Fakhruddin Ismail
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Apabila zaman semakin maju, kecanggihan teknologi akan semakin kedepan dan masyarakat awam akan semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan hanya dengan satu klik. Dengan adanya kemudahan komputer dan email ini masyarakat akan terdedah dengan ancaman dan bahana video dan cerita-cerita lucah yang semakin meluas. Hampir ada pada setiap pelajar samada dikolej dan universiti termasuk yang bekerja akan mendapat kemudahan internet yang disediakan. Walaupun teknologi sebenarnya di ciptakan untuk kebaikan dan manfaat seluruh manusia, tetapi ia tidak terkecuali juga daripada dieksplotasi untuk membawa keburukan juga.
Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video-video lucah dari internet memang mudah dan aktiviti ini semakin berleluasa terutamanya yang semakin meningkat remaja tetapi sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa perbuatan itu boleh mengundang padah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang gila ataupun boleh dikatakan hilang akal menulis cerita-cerita yang berunsur lucah dan menyebarkan video-video porno hanya untuk kepuasan mereka supaya dapat ditonton dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung internet tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka itu membawa malapetaka yang berterusan.
Penulis, pengirim dan penyebar bahan lucah terutamanya yang muslim perlu sedari apabila mereka melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa disedari dosa mereka sukar diampunkan. Ini kerana jika anda sempat bertaubat insya’Allah dosa anda akan diampunkan tetapi bagaimana pula dengan perbuatan anda yang menyebarkan bahan-bahan lucah tersebut yang menyebabkan ramai manusia terdorong melakukan maksiat?. Dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan solat fardu , puasa, zakat dan sebagainya akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.
Apabila seorang sahaja yang membuka laman web tersebut maka dia akan mendapat dosanya dan penyebar lucah tersebut akan mendapat habuan dosanya juga. Tetapi realitinya bukan seorang sahaja tetapi berjuta-berjuta manusia yang membuka laman web prono tersebut.Ini kerana apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti perkara tersebut maka setiap manusia yang membuka laman web tersebut maka si penyebar dan penulis web tersebut akan mendapat dosanya tanpa kurang bagi setiap orang yang membukanya. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi.Ini sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Ertinya : "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Inilah satu malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah. Namun itulah antara punca untuk mengheret seseorang itu kepada gejala sosial atau naluri ingin tahu. Maka keberangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah tinggi. Sebab itu bagi seseorang muslim apabila timbul keinginan untuk membuka laman web sedemikian hendaklah berhati-hati dan perlu ada belas kasihan bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Ertinya :"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)
Maka sebagai seorang muslim tidak perlu terjerumus sekali kekancah tersebut bagi mengelakkan kita dan mereka mendapat dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Ini kerana setiap perkara dosa tidak boleh bagi manusia membantu dalam urusan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
'Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." (Surah Al-Maidah: 2)
Selain itu juga terdapat anasir-anasir jahat dengan menggunakan internet terutamanya laman web lucah sebagai tarikan sebelum pengunjung menjadi mangsa. Mereka akan menyerang komputer menjadi lembap atau rosak dan juga boleh menyebabkan kerugian. Senario ini telah meluas apabila ramai para pengguna internet ditipu dan mengadu bil internet dan telefon mereka terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita melayari laman web prono tersebut komputer mereka sebenarnya telah diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan internet ke talian antarabangsa. Maka sudah tentu bil telefon akan dikenakan caj tempatan dan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ketalian luar Negara.Malah perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan perkara-perkara yang kita tidak sedari boleh membawa masalah dan mengundang padah pada diri sendiri.
Muhammad Fakhruddin Ismail
Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Fiqh Waqi' diwujudkan untuk mengetahui hakikat realiti kaum muslimin masa kini, dan permasalahan-permasalahan yang timbul agar dapat membentuk dan melahirkan nilai-nilai yang positif. Maka setiap fatwa akan sentiasa berbeza mengikut masa, keadaan dan zaman.
Apabila sesuatu fatwa dikeluarkan berkenaan politik tanpa melihat kepada realiti sebenarnya, maka ia telah menyalahgunakan syariat dan secara realitinya hukum tersebut akan tersasar dari roh syariat . Maka dalam rumusan tersebut biasanya akan mengelirukan masyarakat malah akan secara tidak langsung memperketat dan mempersulitkan sesuatu pemasalahan yang sebenarnya diperbolehkan dan diperluaskan oleh Allah s.w.t.
Ini kerana apabila penetapan hukum syar'i dan pengambilan dalil tersebut walaupun kelihatan benar tetapi penetapan hukum tersebut apabila tidak direalisasikan pada sudut realitinya maka ia terpesong dari kebenaran.Bukan maksudnya bererti hukum itu tunduk kepada realiti. Tetapi realiti tersebut yang mengharuskan adanya hukum, demi terpeliharanya tujuan syariat secara umum dan terpelihara agama, jiwa, akal, harta serta keturunan. Realiti yang baik selalu menyeru kepada kebaikan dan menjauhkan dari keburukan. Sebagai contohnya isu perdamaian antara kedua-dua parti antara PAS dan UMNO yang diistilahkan sebagai kerajaan perpaduan. Penulis ada mengulas isu tersebut pada artikel lepas iaitu "Belum Masanya Membentuk Kerajaan Perpaduan". Walaupun ada pihak yang tidak setuju tetapi bagi penulis itu lebih baik daripada membentuk kerajaan perpaduan tersebut. Memang jika dilihat banyak dalil-dalil yang menyeru kepada perdamaian antara kedua-dua parti yang bertelingkah itu supaya dapat mewujudkan suatu suasana politik perdamaian tetapi dari sudut realitinya tidak sebegitu. Ini kerana perdamaian yang merampas hak-hak umat tidak dianggap suatu kebaikan melainkan perampas itu mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.
Dalam kitab "Ad-Din wa As-Siyasah: Ta'shiilun wa Raddu Syubuhat" oleh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi beliau ada menyebut dan menukilkan pandangan Ibnu Qayyim (wafat 751 H) yang telah berhasil menyingkap ‘kabut’ pemahaman tentang politik serta menjelaskan perbezaan antara politik adil dan poliltik zalim. Bentuk politik yang adil disebut sebagai sebahagian daripada syariat, tidak keluar daripada ketentuan syariat, juga bukan merupakan hal yang berlawanan dengan syariat. Ibnu Qayyim RA menyebutkan dalam kitabnya Ath-Turuq al-Hukmiyah berpendapat tentang politik yang dicetuskan oleh seorang ulamak bermazhab Hanbali yang bernama Abdul Wafa' Ibnu Aqil (wafat 513H), seorang yang menurut Ibnu Taimiyah dikatakan sebagai ‘ salah seorang yang paling cerdas di dunia’. Setiap orang yang mempelajari mengenai Ibnu Aqil akan mengerti bahawa dia adalah seoarng yang sangat cerdas, wawasannya luas dan pemikirannya bebas.
Ibnu Qayyim berkata, " Ibnu Aqil dalam AL-Funun menulis, ' Pemberlakuan as-siyasah asy-syariyah dalam suatu negara, adalah suatu kemestian dan dalam hal ini juga diperlukan seorang imam." Seorang ulama bermazhab Syafi’I berkata, " Tidak boleh ada politik, kecuali yang sesuai dengan syariat."
Ibnu Aqil berkomentar,"Tindakan politik yang memang menghasilkan maslahat dan tidak menimbulkan bahaya kerosakan boleh diserahkan kepada manusia, walaupun tidak ada aturan daripada Rasulullah SAW mahupun wahyu Allah SWT". Jika yang tuan maksudkan denagn perkataan 'yang sesuai dengann syariat' adalah tidak bertentangan dengan bunyi teks syariat, bererti tuan betul. Tetapi jika yang tuan maksudkan adalah tidak boleh ada politik, kecuali mesti sesuai dengan bunyi teks syariat, maka tuan salah dan bertentangan dengan apa yang dilakukan sahabat-sahabat.
Dalam kenyataan lain Ibnu Qayyim ada menyebut tentang sebahagian golongan yang perhamannya terhadap ketentuan syariat sangat dangkal. Mereka sebenarnya telah menyalahgunakan syariat, mengabaikan kebenaran, membiarkan orang-orang jahat melakukan kerosakan dan menjadikan syariat sebagai ajaran sempit yang jauh daripada maslahat umat. Mereka telah menutup dirinya dari jalan yang benar, jalan yang merupakan cara yang sudah diuji dapat digunakan untuk mencari dan melaksanakan kebenaran. Mereka menutup diri daripada realiti.Mereka juga beranggapan bahawa cara tersebut tidak sesuai dengan kaedah-kaedah syarak. Demi Allah, cara-cara tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW, walaupun kelihatan bertentangan dengan pemahaman mereka terhadap syariat.
Untuk membantah anggapan mereka, saya menjawabnya dengan tiga poin di bawah ini:
- Pandangan mereka adalah bukti adanya pemahaman yang dangkal terhadap syariat.
- Kesalahan dalam memehami realiti,
- Menjadikan syariat dan realiti sebagai dua hal yang bertentangan.
Pemahaman sempit terhadap syariat ini hanya akan menciptakan suasana politik buruk yang berpanjangan dan kerosakan yang benar-benar nyata. Akibat daripada pemahaman sempit ini, kekacauan pun bertebaran kesegenap penjuru dan sukar dicarikan jalan keluarnya.
Sementara golongan lain sangat berlebih-lebihan dalam memahami syariat, berbeza dengan golongan pertama, golongan ini sudah melampaui batas. Mereka berusaha menciptakan aturan yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Pandangan kedua golongan tersebut menunjukkan lemahnya pemahaman mereka terhadap ajaran Allah yang disampaikan kepada Rasul-Nya dan firman Allah yang disampaikan dalam kitab-kitab-Nya dengan tujuan agar tercipta keadilan di antara manusia. Keadilan merupakan sebab tegaknya bumi dan langit. Jika keadilan sudah tercipta, bagaimanapun cara yang digunakan, bererti syariat dan agama Allah sudah ditegakkan. Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, dan Maha Adil.Kerana itu Dia tidak menentukan suatu cara untuk menciptakan keadilan kemudian menolak cara lain yang lebih tepat dan lebih sesuai. Bahkan Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang sesuai dengan syariat adalah jika cara tersebut sesuai dengan tujuan Allah. Syariat Allah bertujuan untuk menciptakan keadilan maka cara tersebut adalah sebahagian daripada agama, dan tidak dianggap bertentangan dengan agama.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan pendapat Ibnu Qayyim adalah sangat tepat. Beliau menjelaskan bahawa letak kesalahan bukan pada syariat, tetapi terletak pada orang-orang yang menutup dengan mengatasnamakan syariat itu sendiri,semua jalan yang dapat digunakan untuk menciptakan maslahat, segala pemikiran tentang tujuan-tujuan syariat, serta segala perbahasan tentang impak yang dapat ditimbulan, keseimbangan dan skala keutamaan.
Mereka telah melakukan penyempitan sesuatu yang telah diperluaskan oleh Allah. Mereka juga menghalang umat daripada pelbagai maslahat akibat pemahaman yang keliru, kelambanan dan kejumudan mereka. Sebaliknya, ada golongan manusia yang pemahamannya melampaui batas iaitu orang-orang yang melepaskan diri dan tidak mahu menjalani ketentuan syariat. Pandangan mereka tidak mahu dibatasi oleh teks al-Quran dan hadis Nabi. Pada masa ini, ramai kita temui orang seperti itu, oarng-orang yang mengatasnamakan agama untuk memenuhi keinginan penguasa-penguasa dan pegawai-pegawai atasan. Di tangan mereka, syariat dianggap seperti adunan lunak dapat dibentuk seperti apa sahaja sesuai hasrat nafsu mereka dan keinginan tuan-tuan mereka.
Kebenaran berada diantara dua titik, penyempitan syariah yang dilakukan oleh golongan pertama dan perluasan tidak semestinya yang dilakukan oleh golongan kedua.
Muhammad Fakhruddin Ismail