POLIGAMI

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

1. Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami. Dalam islam, poligini terhad adalah dibenarkan manakala poliandri ditegah sama sekali.

Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri?

2. Qur’an adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut, “kahwinilah seorang sahaja”. Al-Qur’an satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible isteri yang dibenarkan. Menurut kitab tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personality agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai beberapa orang isteri.

Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

67502-zakirnaik

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai tiga isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Pologini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut islam.

Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut islam. Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta Perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri labih daripada seorang.

4. Al-Qu’ran membenarkan poligini terhad.

Seperti yang telah disebutkan, Al-Qur’an satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada Kitab Suci Al-Qur’an iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu:

Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.” [An-Nisa’ 4:3]

Sebelum Qur’an diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki yang memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmanNya:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu….”[An-Nisa’ 4:129]

Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bai seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam:

a) ‘Fardu’ iatu wajib atau perlu

b) ‘Mustahab’ iaitu disyorkan atau digalakkan

c) ‘Mubah’ iaitu dibolehkan atau dibenarkan

d) ‘Makruh’ iaitu tidak disyorkan atau digalakkan

e) ‘Haram’ iatu dilarang atau tidak dibenarkan

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalh lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang hanya beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.

Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.

Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu jua janin perempuan digugurkan setiap tahun di negara tersebut, selepas jantinanyadikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.

Di Amerika Syarikat wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak satu juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada dua puluh lima juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak empat juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak lima juta. Wanita Rusia pula, kaum wanitanya melebihi lelaki sebanyak sembilan juta. Hanya Tuhan sahaja tahu jumlah wanita diseluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.

Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada tiga puluh juta wanita di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tertinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan/ atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut ,menjalani kehidupan yang mangaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.

Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalah untuk memelihara maruah wanita.

 

Sumber:

20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM- Dr Zakir Abdul-Karim Naik

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

0 Comments:

Post a Comment