Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Ada pandangan yang menyatakan seseorang itu tidak boleh berpindah mazhab kerana syarat-syarat berpindah mazhab mestilah seorang itu sudah sampai ketahap mujtahid.Bagi mereka jika telah sampai ketahap mujtahid sahaja yang boleh berpindah mazhab kerana mereka sudah mampu untuk berijtihad seperti imam-imam yang terdahulu iaitu al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Sufyan al-Thauri, , Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain. Sedangkan syarat-syarat seorang mujtahid hendaklah memahami ilmu nahu, ilmu bahasa arab termasuk ilmu balaghah, perlu menguasai ilmu Rijal, Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq, menguasai ilmu asbab nuzul dan lain-lain syarat yang perlu dipenuhi untuk layak digelar mujtahid.

 

Read  More

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Saban tahun kes penceraian semakin meningkat. Bukan sahaja dikalangan masyarakat biasa tetapi yang bergelar ustaz dan ustazah pun sama sahaja. Kebanyakan apa yang dilaporkan diakhbar dan media mereka hanya akan menjawab sudah tiada kesefahaman. Ini sesuatu yang pelik. Bagaimana sebelum berkahwin ada kesefahaman bila sudah berkahwin sudah tiada kesefahaman?  Adakah kerana sudah tertipu disebalik perwatakan  pasangan masing-masing? Itulah yang dikatakan “hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya bila berkahwin nampaklah biadapnya.Di depan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya.” Sebab itu islam menganjurkan untuk kita melakukan istikharah dalam memilih pasangan dan apa sahaja urusan.

Jika dilihat masyarakat kini juga tanpa disedari seolah-olah telah mewujudkan suatu fenomena yang baru dalam percintaan dan perkahwinan. Anda boleh lihat sendiri realiti pasangan masa kini.Dahulu (sebelum perkahwinan) apabila bercinta segala-galanya indah sahaja. Sanggup berpegang-pegang tangan,duduk bersama, bersayang-sayang, ucapannya semuanya manis-manis belaka malah dari topik kecil pun boleh jadi panjang-panjang, yang perempuan memakai yang cantik dan berwangi-wangian , yang lelaki rambutnya kemas dan berpakaian yang segak. Biasalah nak tunjuk lawa dihati pasangan. Barulah nampak bercinta namanya.

 

Read More

 
 

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam banyak kali menegaskan kepentingan solat berjemaah sehingga pernah merancang membakar beberapa rumah milik kaum Muslimin yang tidak mengerjakan solat berjemaah seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata:  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Sesungguhnya solat yang paling berat atas kaum munafiqin adalah solat ‘Isyak’ dan Fajar, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan menghadirinya meskipun dengan merangkak. Sungguh betapa ingin rasanya aku memerintahkan orang-orang untuk solat kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami mereka. Lalu aku pergi bersama beberapa orang laki-laki dengan membawa kayu bakar menjumpai orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, lalu aku bakar mereka bersama rumah-rumah mereka dengan api."(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

akhilhayykembarasufikch8

Maka menjadi tanggungjawab mencari imam yang disukai oleh makmum dan pilihan makmum itu bukanlah terhad kepada golongan berusia sahaja tetapi mestilah yang disukai oleh remaja juga kerana itulah faktor-faktor yang mendorong remaja untuk solat berjemaah maka secara tidak langsung dapat membawa kepada satu tajdid untuk mencapai suruhan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya   . Malah juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

" Ada tiga orang yang pahala solatnya tidak naik meskipun sedikit di atas kepala (maksud ini adalah kiasan bahawa solat mereka tidak dapat diterima oleh Allah dan tidak mendapat pahala): Yang pertama adalah, solat seseorang yang mengimami solat sedangkan makmumnya membencinya………".[ H.R Ibnu Majah, "Hadis ini Hasan"]

Maka imam dalam solat semestinya dipilih daripada orang-orang yang disukai oleh makmumnya. Secara waqi’nya kebanyakan remaja hari ini meminati 'artis' idola mereka daripada imam-imam disurau mereka . Bukan mereka membenci imam disuraunya tetapi tiada daya aura tarikan untuk mereka bersama solat secara berjemaah.

Ini kerana ciri-ciri seorang imam dalam solat berjamaah tidak hanya bacaan dan tajwid yang perlu baik tetapi juga perlu mempunyai aura tersendiri untuk menarik perhatian di kawasan penduduk mereka supaya ia dapat bergerak dan melakukan solat secara berjamaah dengan begitu ramai. Maka seorang Imam perlu memiliki tanggungjawab untuk membawa jemaahnya menghadap Allah s.w.t.

Penulis ambil contoh seperti ustaz Akhil Havy berapa ramai anak-anak muda termasuk remaja lelaki "rock", yang datang mendengar ceramahnya. Ini kerana tarikan ustaz tersebut yang memiliki keistimewaannya tersendiri menyebabkan remaja-remaja berlumba-lumba kearahnya. Bukan maksud penulis kita menukar imam yang sedia ada tetapi perlu ada seorang imam yang dapat menarik perhatian remaja-remaja sekarang.

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Apabila zaman semakin maju, kecanggihan teknologi akan semakin kedepan dan masyarakat awam akan semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan hanya dengan satu klik. Dengan adanya kemudahan komputer dan email ini masyarakat akan terdedah dengan ancaman dan bahana video dan cerita-cerita lucah yang semakin meluas. Hampir ada pada setiap pelajar samada dikolej dan universiti termasuk yang bekerja akan mendapat kemudahan internet yang disediakan. Walaupun teknologi sebenarnya di ciptakan untuk kebaikan dan manfaat seluruh manusia, tetapi ia tidak terkecuali juga daripada dieksplotasi untuk membawa keburukan juga.

komputer

Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video-video lucah dari internet memang mudah dan aktiviti ini semakin berleluasa terutamanya yang semakin meningkat remaja tetapi sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa perbuatan itu boleh mengundang padah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang gila ataupun boleh dikatakan hilang akal menulis cerita-cerita yang berunsur lucah dan menyebarkan video-video porno hanya untuk kepuasan mereka supaya dapat ditonton dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung internet tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka itu membawa malapetaka yang berterusan.

Penulis, pengirim dan penyebar bahan lucah terutamanya yang muslim perlu sedari apabila mereka melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa disedari dosa mereka sukar diampunkan. Ini kerana jika anda sempat bertaubat insya’Allah dosa anda akan diampunkan tetapi bagaimana pula dengan perbuatan anda yang menyebarkan bahan-bahan lucah tersebut yang menyebabkan ramai manusia terdorong melakukan maksiat?. Dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan solat fardu , puasa, zakat dan sebagainya akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.

Apabila seorang sahaja yang membuka laman web tersebut maka dia akan mendapat dosanya dan penyebar lucah tersebut akan mendapat habuan dosanya juga. Tetapi realitinya bukan seorang sahaja tetapi berjuta-berjuta manusia yang membuka laman web prono tersebut.Ini kerana apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti perkara tersebut maka setiap manusia yang membuka laman web tersebut maka si penyebar dan penulis web tersebut akan mendapat dosanya tanpa kurang bagi setiap orang yang membukanya. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi.Ini sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya : "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Inilah satu malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah. Namun itulah antara punca untuk mengheret seseorang itu kepada gejala sosial atau naluri ingin tahu. Maka keberangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah tinggi. Sebab itu bagi seseorang muslim apabila timbul keinginan untuk membuka laman web sedemikian hendaklah berhati-hati dan perlu ada belas kasihan bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya :"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

Maka sebagai seorang muslim tidak perlu terjerumus sekali kekancah tersebut bagi mengelakkan kita dan mereka mendapat dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Ini kerana setiap perkara dosa tidak boleh bagi manusia membantu dalam urusan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

'Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." (Surah Al-Maidah: 2)

Selain itu juga terdapat anasir-anasir jahat dengan menggunakan internet terutamanya laman web lucah sebagai tarikan sebelum pengunjung menjadi mangsa. Mereka akan menyerang komputer menjadi lembap atau rosak dan juga boleh menyebabkan kerugian. Senario ini telah meluas apabila ramai para pengguna internet ditipu dan mengadu bil internet dan telefon mereka terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita melayari laman web prono tersebut komputer mereka sebenarnya telah diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan internet ke talian antarabangsa. Maka sudah tentu bil telefon akan dikenakan caj tempatan dan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ketalian luar Negara.Malah perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan perkara-perkara yang kita tidak sedari boleh membawa masalah dan mengundang padah pada diri sendiri.

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Fiqh Waqi' diwujudkan untuk mengetahui hakikat realiti kaum muslimin masa kini, dan permasalahan-permasalahan yang timbul agar dapat membentuk dan melahirkan nilai-nilai yang positif. Maka setiap fatwa akan sentiasa berbeza mengikut masa, keadaan dan zaman.

Apabila sesuatu fatwa dikeluarkan berkenaan politik tanpa melihat kepada realiti sebenarnya, maka ia telah menyalahgunakan syariat dan secara realitinya hukum tersebut akan tersasar dari roh syariat . Maka dalam rumusan tersebut biasanya akan mengelirukan masyarakat malah akan secara tidak langsung memperketat dan mempersulitkan sesuatu pemasalahan yang sebenarnya diperbolehkan dan diperluaskan oleh Allah s.w.t.

Ini kerana apabila penetapan hukum syar'i dan pengambilan dalil tersebut walaupun kelihatan benar tetapi penetapan hukum tersebut apabila tidak direalisasikan pada sudut realitinya maka ia terpesong dari kebenaran.Bukan maksudnya bererti hukum itu tunduk kepada realiti. Tetapi realiti tersebut yang mengharuskan adanya hukum, demi terpeliharanya tujuan syariat secara umum dan terpelihara agama, jiwa, akal, harta serta keturunan. Realiti yang baik selalu menyeru kepada kebaikan dan menjauhkan dari keburukan. Sebagai contohnya isu perdamaian antara kedua-dua parti antara PAS dan UMNO yang diistilahkan sebagai kerajaan perpaduan. Penulis ada mengulas isu tersebut pada artikel lepas iaitu "Belum Masanya Membentuk Kerajaan Perpaduan". Walaupun ada pihak yang tidak setuju tetapi bagi penulis itu lebih baik daripada membentuk kerajaan perpaduan tersebut. Memang jika dilihat banyak dalil-dalil yang menyeru kepada perdamaian antara kedua-dua parti yang bertelingkah itu supaya dapat mewujudkan suatu suasana politik perdamaian tetapi dari sudut realitinya tidak sebegitu. Ini kerana perdamaian yang merampas hak-hak umat tidak dianggap suatu kebaikan melainkan perampas itu mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.

PAS

Dalam kitab "Ad-Din wa As-Siyasah: Ta'shiilun wa Raddu Syubuhat" oleh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi beliau ada menyebut dan menukilkan pandangan Ibnu Qayyim (wafat 751 H) yang telah berhasil menyingkap ‘kabut’ pemahaman tentang politik serta menjelaskan perbezaan antara politik adil dan poliltik zalim. Bentuk politik yang adil disebut sebagai sebahagian daripada syariat, tidak keluar daripada ketentuan syariat, juga bukan merupakan hal yang berlawanan dengan syariat. Ibnu Qayyim RA menyebutkan dalam kitabnya Ath-Turuq al-Hukmiyah berpendapat tentang politik yang dicetuskan oleh seorang ulamak bermazhab Hanbali yang bernama Abdul Wafa' Ibnu Aqil (wafat 513H), seorang yang menurut Ibnu Taimiyah dikatakan sebagai ‘ salah seorang yang paling cerdas di dunia’. Setiap orang yang mempelajari mengenai Ibnu Aqil akan mengerti bahawa dia adalah seoarng yang sangat cerdas, wawasannya luas dan pemikirannya bebas.

Ibnu Qayyim berkata, " Ibnu Aqil dalam AL-Funun menulis, ' Pemberlakuan as-siyasah asy-syariyah dalam suatu negara, adalah suatu kemestian dan dalam hal ini juga diperlukan seorang imam." Seorang ulama bermazhab Syafi’I berkata, " Tidak boleh ada politik, kecuali yang sesuai dengan syariat."

Ibnu Aqil berkomentar,"Tindakan politik yang memang menghasilkan maslahat dan tidak menimbulkan bahaya kerosakan boleh diserahkan kepada manusia, walaupun tidak ada aturan daripada Rasulullah SAW mahupun wahyu Allah SWT". Jika yang tuan maksudkan denagn perkataan 'yang sesuai dengann syariat' adalah tidak bertentangan dengan bunyi teks syariat, bererti tuan betul. Tetapi jika yang tuan maksudkan adalah tidak boleh ada politik, kecuali mesti sesuai dengan bunyi teks syariat, maka tuan salah dan bertentangan dengan apa yang dilakukan sahabat-sahabat.

Dalam kenyataan lain Ibnu Qayyim ada menyebut tentang sebahagian golongan yang perhamannya terhadap ketentuan syariat sangat dangkal. Mereka sebenarnya telah menyalahgunakan syariat, mengabaikan kebenaran, membiarkan orang-orang jahat melakukan kerosakan dan menjadikan syariat sebagai ajaran sempit yang jauh daripada maslahat umat. Mereka telah menutup dirinya dari jalan yang benar, jalan yang merupakan cara yang sudah diuji dapat digunakan untuk mencari dan melaksanakan kebenaran. Mereka menutup diri daripada realiti.Mereka juga beranggapan bahawa cara tersebut tidak sesuai dengan kaedah-kaedah syarak. Demi Allah, cara-cara tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW, walaupun kelihatan bertentangan dengan pemahaman mereka terhadap syariat.

Untuk membantah anggapan mereka, saya menjawabnya dengan tiga poin di bawah ini:

  1. Pandangan mereka adalah bukti adanya pemahaman yang dangkal terhadap syariat.
  2. Kesalahan dalam memehami realiti,
  3. Menjadikan syariat dan realiti sebagai dua hal yang bertentangan.

Pemahaman sempit terhadap syariat ini hanya akan menciptakan suasana politik buruk yang berpanjangan dan kerosakan yang benar-benar nyata. Akibat daripada pemahaman sempit ini, kekacauan pun bertebaran kesegenap penjuru dan sukar dicarikan jalan keluarnya.

Sementara golongan lain sangat berlebih-lebihan dalam memahami syariat, berbeza dengan golongan pertama, golongan ini sudah melampaui batas. Mereka berusaha menciptakan aturan yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Pandangan kedua golongan tersebut menunjukkan lemahnya pemahaman mereka terhadap ajaran Allah yang disampaikan kepada Rasul-Nya dan firman Allah yang disampaikan dalam kitab-kitab-Nya dengan tujuan agar tercipta keadilan di antara manusia. Keadilan merupakan sebab tegaknya bumi dan langit. Jika keadilan sudah tercipta, bagaimanapun cara yang digunakan, bererti syariat dan agama Allah sudah ditegakkan. Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, dan Maha Adil.Kerana itu Dia tidak menentukan suatu cara untuk menciptakan keadilan kemudian menolak cara lain yang lebih tepat dan lebih sesuai. Bahkan Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang sesuai dengan syariat adalah jika cara tersebut sesuai dengan tujuan Allah. Syariat Allah bertujuan untuk menciptakan keadilan maka cara tersebut adalah sebahagian daripada agama, dan tidak dianggap bertentangan dengan agama.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan pendapat Ibnu Qayyim adalah sangat tepat. Beliau menjelaskan bahawa letak kesalahan bukan pada syariat, tetapi terletak pada orang-orang yang menutup dengan mengatasnamakan syariat itu sendiri,semua jalan yang dapat digunakan untuk menciptakan maslahat, segala pemikiran tentang tujuan-tujuan syariat, serta segala perbahasan tentang impak yang dapat ditimbulan, keseimbangan dan skala keutamaan.

Mereka telah melakukan penyempitan sesuatu yang telah diperluaskan oleh Allah. Mereka juga menghalang umat daripada pelbagai maslahat akibat pemahaman yang keliru, kelambanan dan kejumudan mereka. Sebaliknya, ada golongan manusia yang pemahamannya melampaui batas iaitu orang-orang yang melepaskan diri dan tidak mahu menjalani ketentuan syariat. Pandangan mereka tidak mahu dibatasi oleh teks al-Quran dan hadis Nabi. Pada masa ini, ramai kita temui orang seperti itu, oarng-orang yang mengatasnamakan agama untuk memenuhi keinginan penguasa-penguasa dan pegawai-pegawai atasan. Di tangan mereka, syariat dianggap seperti adunan lunak dapat dibentuk seperti apa sahaja sesuai hasrat nafsu mereka dan keinginan tuan-tuan mereka.

Kebenaran berada diantara dua titik, penyempitan syariah yang dilakukan oleh golongan pertama dan perluasan tidak semestinya yang dilakukan oleh golongan kedua.

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

hadi-dan-najib

Penulisan ini hanya pandangan peribadi penulis. Sesiapa yang tidak setuju terpulang tetapi yang setuju maka perlulah memperbaiki semula sikap-sikap kita sesama muslim kearah perpaduan rakyat. Maka tidak perlu melabelkan parti tersebut sebagai jijik,kotor, syaitan atau sikap yang tidak membawa kepada umat dan pemerintah pada yang makruf. Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dibincangkan. Saya sendiri tidak pasti maksud sebenar Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Tapi yang pasti ia membawa kepada politik perdamaian.Bagi saya cadangan apa sahaja untuk mencari dan mencapai kemaslahatan umat dan membawa pendamaian sesama muslim maka saya sokong. Tetapi apakah bukti bagi UMNO untuk tidak mengkhianati PAS lagi?Adakah krisis perak dan ISA yang melahirkan kemarahan rakyat terhadap UMNO merupakan satu bukti mereka ingin berdamai?

 

Read More

 

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

 

Apabila rakyat menganggap pemimpin pemerintahan sebagai lawan atau musuhnya maka akan lahirnya sikap ketidakpuashatian terhadap pemerintah walaupun adakalanya perkara yang benar dilakukan oleh pemerintah maka ia akan dianggap salah oleh pihak lawannya. Apa yang dipandang oleh mereka hanyalah pada sudut keburukan sahaja walaupun mereka sendiri tidak sedari betapa banyak keburukan yang mereka telah lakukan terhadap pemerintah mereka dengan lontaran fitnahnya, memaki hamunnya, buruk sangka, mengumpat dan pelbagai perkara yang jelas dilarang dalam islam. Jika diambil kira seseorang yang mengumpat sahaja yang bukan pada jalannya dosanya lebih besar daripada yang berzina. Ini kerana dosa mengumpat hanya layak diampun oleh orang yang diumpatkan berbeza dengan zina. Ini belum dikira dosa-dosa yang lain dengan makinya dan pelbagai lagi yang tidak disedari oleh diri sendiri.                                                            

Read More

BEER HALAL

 

 

aj1 Ahmad Jailani Abdul Ghani

1.Nampaknya heboh sehari dua ini tentang BIR HALAL atau tanpa alcohol yang dikaitkan dengan minuman malt tanpa alcohol berjenama ISTAK oleh Malaysian Iranian Corp. Sdn Bhd (MICSB). Pelbagai pandangan diberikan tentang isu ini. Kebanyakannya tak suka istilah BIR HALAL.

2. Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

halal02

3. Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna 'bir' tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula "Root Beer" yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai "halal".

4. Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

5. Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi "International Organisation of Islamic Jurists' mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

6. Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

7. Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

8. Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa "tapai" (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

 

Sumber: Ahmad Jailani Abdul Ghani

 

Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan syurga oleh Allah Ta'ala. Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupaya kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap dirinya, maka ia akan mendapat rasa aman pada hari kiamat dan petunjuk didunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq hal.38)

Lalu bagaimana agar musibah dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik? Pertanyaan ini telah oleh Allah Ta'ala dalm surah al-Baqarah 156-157:

Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Rasulullah SAW juga memberikan petunjuk kepada kia apa yang harus diucapkan ketika kita ditimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirjar’.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja' dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali seliparnya. Sebab yang demikian tergolong musibah." (Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan setelah melihat adanya penguat hadis ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81)

Ummu Salamah r.a mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatil wakhluf liya khairan minhaa ( "Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik" ( HR. Muslim 3/37-38)

Tatkala Abu Salamah ( suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang dikatakan Nabi SAW. Tak lama kemudian ia menjadi isteri Rasulullah SAW, suami baru yang lebih baik daripada Abu Salamah. Siapa mengira ia mendapat suami Rasulullah SAW sementara dia sendiri pernah mengatakan: " Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku" ? (Mukhtashar Syrah Shahih Muslim, hadis no.918).

Dengan demikian semestinya tindakan seorang mukmin dalam menghadapi segala macam musibah dengan tetap dalam keadaan sabar , istiqamah dan mengharapkan pahala serta ampunan Allah. Tidak sebaliknya dengan menggerutu, menampar-nampar pipi atau menyobek-nyobek saku baju, menjerit atau tindakan lain yang tidak selayaknya diperbuat oleh seorang mukmin.

 

Sumber: Syahadah, m/s 18- Mei 2009

 

aj1

Ahmad Jailani Abdul Ghani

Apa dia nusyuz? Apa dia syiqaq? Nusyuz ialah perbuatan isteri yang derhaka kepada suami. Manakala syiqaq ialah perbalahan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan. Ramai isteri yang dianiaya suami, enggan atau dihalang keluar dari rumah mereka walaupun rumah mereka adalah azab dunia yang tidak terperi lantaran kezaliman yang dilakukan suami terhadap mereka, disebabkan takut kepada perkataan nusyuz berlaku kepada mereka

Para suami hari ini pula mungkin terlupa dan mungkin perlu diingatkan bahawa mereka akan mati dan menemui Allah SWT bersama-sama dengan semua amalan baik & jahat yang mereka lakukan di dunia ini termasuk segala sepak terajang, flying kick, helicopter kick, hantuk kepala ke dinding, tampar, tumbuk dan sebagainya yang telah mereka lakukan di dunia ini terhadap isteri-isteri mereka.

Mereka juga perlu diancam dan diperingatkan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui akan penderaan yang "invisible" yang mereka lakukan terhadap isteri mereka. Penderaan secara halus, mentally tortured, kadang-kadang jauh lebih menyeksakan berbanding penderaan fizikal. Tujuan para suami berbuat demikian kerana mereka mahu isteri mereka akan meminta cerai dan ini akan menyebabkan para isteri dipandang serong kerana meminta cerai lalu dicerca dengan perkataan "isteri yang meminta cerai takkan berbau syurga" sedangkan hakikat sebenarnya suami itu yang mahukan perceraian kerana sudah ada gadis atau janda yang tidak sabar menanti keruntuhan rumahtangga berkenaan.

Maka, si isteri tetap berada di rumah yang bagaikan neraka dunia itu walaupun mengalami trauma melampau seperti terbangun ketakutan di tengah malam hanya kerana terdengar batuk suami disebelah.

Kepada para isteri yang teraniaya, dengarlah nasihat saya ini. Islam bukanlah suatu agama yang zalim sehingga memaksa puan-puan tetap berada dalam neraka dunia. "La darara wa la dirar" (Tiada mudarat dan tidak memudaratkan) sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Malik Bin Anas di dalam Al-Muwattha'nya, menjadi satu kaedah untuk melindungi para isteri tersebut dan mereka dibenarkan keluar dari neraka dunia itu jika ia akan memudaratkan nyawa, diri atau harta benda mereka. Percayalah, kalian tidak nusyuz dan tidak berdosa jikalau kalian keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Malah dalam keadaan yang ekstrem, wajib mereka keluar dari rumah tersebut.

Itulah yang dinamakan syiqaq, perbalahan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan kepada kuasa mahkamah atau hakim untuk menjadi pemutus yang memuktamadkan hubungan antara dua insan yang dahulunya saling cinta-menyintai tetapi selepas beberapa tahun menjadi seperti anjing dan kucing, satunya pemangsa, satu lagi mangsa.

Sekian

 

Sumber: Institut al-Qayyim

 

Oleh: Hazman Hassan (ibnarawi99@yahoo.com)

Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan 'Popular Islam'

                                                                              Read More

mandi bunga


 

iconkesihatan Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

solat11 Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh."

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari

Sumber:

Institut al-Qayyim

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa empat syarikat konsesi iaitu Syabas,Konsortium Abbas Sdn Bhd,Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) mengendalikan perawatan dan penyaluran kepada pengguna di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Perjanjian,pihak pemegang konsesi akan menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus bermula 1 April tahun depan.

Ini telah menimbulkan pertikaian dengan kerajaan negeri Selangor yang kemudian menawarkan untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi itu pada harga RM5.7 billion dan menguruskan sendiri rawatan dan pembekalan air tetapi tidak dipersetujui oleh pengurusan syarikat konsesi.

                                                                         Read More 

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Kekeliruan isu penggunaan Kalimah 'Allah' oleh golongan bukan islam timbul kerana masyarakat Islam tempatan belum memahami konsep tauhid yang sebenar. Silibus pengajian akidah tempatan gagal menghuraikan konsep tauhid secara tuntas. Justeru,larangan penggunaan kalimah 'Allah' dalam terbitan agama bukan Islam memang wajar dikuatkuasakan.

Allah_Is_One

Sementara menunggu masyarakat Islam memahami konsep tauhid ini,maka larangan itu dilihat menepati kaedah sad az-zariah yang dituntut oleh Islam. Di kalangan umat Islam ada yang menolak konsep tiga tauhid ini kerana menganggapnya bidaah falsafah. Bahkan ada yang membandingkan dengan konsep 'trinity' agama Kristian semata-mata kerana persamaan angka tiga.

Konsep tiga tauhid tidak wajar dianggap bidaah kerana ia didasarkan kepada kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran dan Sunnah. Ia adalah tidak wajar membandingkan konsep yang mengEsakan satu Tuhan denagn konsep trinity yang mempercayai tiga tuhan. Persamaan bilangan tiga yang berlaku secara kebetulan tidak bermakna persamaan dari segi maksud. Takkanlah hendak disamakan enam rukun iman denagn penjuru bintang lambing Yahudi semata-semata kerana persamaan bilangan.

 

Sumber:

Sinar Harian -Jumaat 10 April 2009 oleh Dr Azwira Abdul Aziz

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Antara persoalan yang diutarakan: 

 

Apakah semua agama itu sama?

  • Kalau kita setuju semua agama itu sama kenapa orang Kristian berdakwah? Apakah dia akan meninggalkan kepercayaannya kemudian berpindah jadi Muslim? Apakah orang Muslim berdakwah tentang islam , mengajak jadi Hindu? Apakah orang Hindu berdakwah mengajak jadi kristian? Jawapannya "Tidak".
  • Kalau semua agama sama, tidak akan ada orang yang berdakwah untuk agamanya. Bahkan semua orang tidak akan keberatan untuk berpindah agama sebulan sekali misalnya. Tapi kenyataannya tidak mudah bagi seseorang untuk berpindah agama, termasuk mereka yang sering berteriak menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Hanya mereka yang benar-benar telah menemukan alasan yg benar kuat secara pribadilah yang mampu melakukannya.
  • Mengatakan semua agama sama seperti seorang siswa bertanya kepada gurunya 2+2 = berapa? apakah 3, 4 atau 5?, lalu ada orang yang menjawab bahawa semuanya jawapannya benar boleh 3,4, dan 5. Jawapan seperti ini sudah tentu saja tidak benar. Dari sekian banyak agama pasti ada yang satu 100% firman Tuhan. Orang Hindu tidak keberatan kerana menurutnya Weda 100% firman Tuhan. Orang Muslim tidak keberatan kerana menurutnya al-Quran 100% firman Tuhan. Tidak masalah mana yang seorang percayai kalau ia yakin pilihannya adalah 100% benar, kerana itu adalah haknya. Tapi perbezaan itu pasti ada, cara terbaik mengetahui mana yang paling baik dan paling benar, adalah dengan mengumpulkan semua kitab suci agama dan mempelajarinya, kemudian memilih yang paling baik dan paling benar diantaranya.
  • Cari hal yang bertautan atau yang berhubungan secara umum.Ajaran agama semua dikumpulkan dengan cara itu orang akan setidaknya mempunyai satu pilihan terutama yang mana Firman Allah dan tidak ada orang keberatan mempraktikkannya kerana setiap orang dengan kitab sucinya.Teknik ini disebut dalam Al-Quran iatu surah Ali 'Imran C.3 V.64 "Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu." Perbezaan dalam agama pasti ada .Saya (Dr Zakir Naik) tidak memberi ceramah tentang perbezaan tetapi berbicara KESAMAAN antara Islam dan Hindu.

 

Adakah Hindu Itu Ahli Kitab?

 

Telah saya(Dr Zakir Naik) katakan bahawa kata ahli kitab itu tertuju pada pemegang kitab suci secara khusus untuk Yahudi dan Kristian. Maka Ahli kitab khusus untuk Yahudi dan Kristian.

Nabi Muhammad diramalkan dalam Weda dan kitab-kitab Hindu yang lain.Jadi dapatkah kita menyimpulkan kitab Hindu itu firman Tuhan? Dan dapatkah kita menyebut mereka ahli kitab? .Allah berfirman dalam surah Ar Ra'd C. 13 V.38

Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).

Tapi hanya 4 yang disebut dalam al-Quran. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS, Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS, Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS dan AL-Quran wahyu terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Wahyu-wahyu Allah ini diturunkan pada orang-orang pada saat itu. Semua kitab sebelum al-Quran hanya untuk orang-orang pada waktu itu sahaja.Sedangkan al-Quran diturunkan untuk semua umat manusia. Kerana Weda tidak disebut dalam al-Quran ,saya (Dr Zakir Naik) tidak yakin bahawa Weda firman Tuhan, apa yang boleh saya katakana hanya "MUNGKIN" firman Tuhan . Jika anda bertanya apakah Rama dan Kresna mereka utusan Allah? Allah katakan tiap kaum telah Allah kirim utusan.Kerana Weda tidak tercantum dalam al-Quran sebagai firman Tuhan, maka saya hanya boleh katakan "MUNGKIN". Saya tidak yakin benar sama halnya dengan Rama dan Kresna.Saya (Dr Zakir Naik) boleh katakan "KEMUNGKINAN" mereka itu Nabi sebab mereka tidak disebutkan dalam al-Quran saya boleh katakan "mungkin sahaja".

Tapi kalaupun mereka itu utusan Allah mereka hanya untuk tempoh untuk orang terdahulu.Sekarang anda harus mengikuti firman Allah yang terakhir iaitu al-Quran dan harus mengikuti Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.Ini tercantum dalam kitab Hindu Atem Authar.

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

 

Rukun Islam Menurut Hindu

Hadis Bukhari Vol 1 kitab Iman hadis no 8 menyatakan : Islam itu terdiri atas 5 tiang : Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji.

  • Syahadah - Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Perkara ini sudah dibuktikan bahwa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan juga sudah pernah kita bahas sebelum ini.
  • Solat - kegiatan utama dalam solat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut "Shastang" berasal dari kata "sa' yang ertinya "dengan" ,"asht" bererti 8, "ang" bererti anggota badan jadi "Shastang" menyembah dengan 8 bahagian badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dengan 8 anggota badan, iaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam solat.
  • Zakat - Rigveda Bk. 10 Hymn 117 V. 5 iaitu berikan derma pada orang miskin kerana kau tidak tahu sekarang kaya besok siapa tahu engkahu jadi miskin. Sama seperti islam.
  • Puasa - Hindu banyak puasa salah satunya disebut dalam Manusmriti Ch. 6 ayat 24 dan Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 11 ayat 204 menyebutkan tentang puasa.
  • Haji- Dalam Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang "Ilaspad", "Tirtha" yang dinamai "Ilaspad" Ila ertinya "Allah" manakala "spad" ertinya tempat. Jadi "Ilaspad" ertinya "Baitullah". Dan juga dikatakan berada ditengah-tengah dunia "prathvi". Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah-tengah dunia. Weda menyebut dengan nama "Rumah Allah". Hal yg sama juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1 dan Rigveda Bk.3 Hymn 29 V. 11.

 

Menyembah Berhala Menurut Hindu

Menurut cendiakawan Hindu setuju bahawa menyembah berhala itu salah tapi hanya untuk konsentrasi pada Tuhan saja jadi patung itu hanya alat konsentrasi sahaja. Adakah islam ada?

Jadi mereka setuju tidak boleh menyembah patung tapi untuk konsentrasi sahaja.Kebanyakan cendiakawan Hindu mengetahui kitab-kitab Hindu bahawa Tuhan itu tidak mempunyai image menyerupai makhluk dan mereka setuju perkara tersebut, tapi apa yang mereka katakan untuk memperkukuh keyakinannya dengan menjadikan patung sebagai alat konsentrasi. Ketika kesedarannya sudah pada puncaknya patung tidak diperlukan lagi.

Jadi apabila seseorang itu sudah tidak memerlukan lagi patung kerana dia sudah sampai pada konsentrasi tinggi maka kami orang Muslim sudah sampai titik kesedaran yang tinggi hingga kami tidak perlu patung untuk berkonsentrasi.Malah jika lihat mana-mana kitab Hindu lainnya bahawa tidak ada image yang serupa dengan Tuhan . Ini dasar yang tidak boleh berubah.

Jika anda mengatakan kepada anak anda 2+2=5 , apakah anda akan mengatakan 2+2=5 hingga anak anda itu berusia 10 tahun?. Jadi yang jelas anda harus perhatikan bahawa tugas cendiakawan Hindu adalah untuk mengatakan pada umatnya, bahawa tidak ada serupa dengan Tuhan itu penting!.

Jadi mulai pada tingkat dasar harus ditekankan pada pengikut Hindu bahawa yang selama ini mereka sembah adalah salah.

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

 

Judi,arak ,ramalan dan sogok dalam Islam dan Hindu

 

Menurut Islam:

  • QS. Al-Maidah(5) : 90 "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan".
  • Al Baqarah(2): 188 "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."

Menurut Hindu :

  • Dalam kitab Manusmriti Ch. 9 V. 235,orang-orang yang terbiasa meminum minuman keras dan sesiapa sahaja yang tidur ditempat tidur isteri seorang guru dan orang yang mencuri semua digolongkan termasuk dosa besar.
  • Manusmriti Ch. 9 V. 238: Semua pelaku kejahatan ini harus dihukum, mereka harus pergi dari desa,harus keluar dari jemaah , dan tidak boleh mengajak mereka bicara. Hukumnya lebih banyak disbanding dengan islam.
  • Manusmriti Ch. 11 V. 55, Manusmriti Ch. 9 V. 255 dan banyak lagi dilarang meminum alcohol.
  • Manusmriti Ch. 7 V. 50, dilarang meminum alcohol dan main perempuan.
  • Manusmriti Ch. 9 V. 258, bahawa segala yang berhubung dengan ramalan adalah dosa.Sogok menyogok itu berdosa besar.
  • Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3.
  • Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13

 

Poligami dalam Hindu dan Islam

 

Menurut Islam:

Dalam surah An-Nisa' ayat 3. Allah berfirman:

"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Menurut Hindu:

  • Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama punya 4 isteri
  • Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 isteri.
  • Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai istrei berapapun ia mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang-undang perkahwinan pada tahun 1996 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
  • Dalam data pemerintah India, terdapat data poligami dari seluruh penduduk India, bahawa dalam kurun waktu 10 tahun dari tahun 1961 - 1971 orang muslim yang berpoligami sebanyak 4.31% dari jumlah komunitasnya, sedangkan orang Hindu yg poligami adalah sebanyak 5.06% dari jumlah komunitasnya.

 

Jihad dalam Hindu dan Islam

 

Menurut Islam:

Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam bab Jihad, hadis ke 45 yang bermaksud:

"Allah menjamin akan memasukkan seorang mujahid(perjuang di jalan Allah) ke dalam syurga jika dia terbunuh didalam medan peperangan,ataupun dia akan pulang dengan selamat bersama ganjaran dan harta rampasan perang".

Menurut Hindu:

  • Hindu juga punya konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang atau berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 37 ada dinyatakan kisah Tuhan agama Hindu mengatakan kepada Arjun, "Wahai Arjun, pergilah berperang.Jika kamu terbunuh di dalamnya, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi jika kamu hidup,kamu akan mendapat kemenanagn di atas muka bumi."
  • Kalau di Al-Qur'an terdapat kisah-kisah tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yang berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
  • Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 - Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa).
  • Bhagavat GitaCh. 2 : 2 - Krisna berkata, "Oh Arjuna kenapa fikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk syurga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu."
  • Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 - Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk syurga, mereka tidak.

 

Konsep aurat dalam Islam dan Hindu

 

Menurut islam:

Allah berfirman:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An Nuur:31) .

Menurut Hindu:

  • Didalam Rigveda buku ke-8 Hymn ke-33 ayat-19 bahawa Brahma,Tuhan Hindu telah menjadikan kamu seorang wanita. Maka tundukkanlah pandanganmu dan hendaklah kamu memakai tudung.
  • Rigveda buku ke-10 Hymm ke-85 ayat 30 dinyatakan bahawa seorang perempuan tidak boleh memakai pakaian seorang lelaki dan seorang lelaki tidak boleh memakai pakaian perempuan.

 

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Perbahasan Rukun Iman iaitu percaya kehidupan setelah mati dan percaya akan adanya hari akhirat

 

Konsep kehidupan setelah mati menurut Hindu

Kebanyakan penganut Hindu percaya pada perputaran " Lahir, mati dan terlahir kembali" yang dinamakan "Samsara", iaitu teori "Reinkarnasi".Teori ini memandang bahawa Allah telah mencipta manusia dengan berbeza-beza iaitu ada yang kaya dan miskin, ada sihat ada yang cacat. Kenapa Allah tidak adil dengan menjadikan manusia berbeza-beza? Ia terjawab dengan teori Samsara/Inkarnasi atau perpindahan roh berdasarkan Bhagavad Gita Ch.4 V.22 iaitu ketika orang ganti pakaian dia mengenakan pakaian baru. Seperti itulah pergantian roh pada jasad .Percaya pada teori karma iaitu jika perbuatan baik berpahala didunia ini mahupun akhirat dan perbuatan jelek ada hukumannya. Ada teori Darma iaitu bahawa orang harus hidup denagn aturan Allah jika baik karmanya maka baiklah darmanya kemudian keimanan pada Moksa iaitu terbebasnya manusia dari perputaran lahir-mati dan terlahir kembali. Ini memberi penjelasan pada teori perpindahan roh atau Samsara. Ini ternyata tiada dalam Weda.

Yang disebutkan Weda hanya "Punarjanam" atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati dan terlahir kembali ke-dunia Para cendekiawan Hindu menyatakan bahwa tidak pernah ada konsep perpindahan roh / reinkarnasi dalam Weda.Dalam Weda:

  • Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 - 5 berbicara mengenai kehidupan setelah mati, bukan berbicara mengenai "mati kemudian hidup kembali".
  • Dalam Weda juga terdapat konsep syurga dan neraka yang mirip dengan konsep dalam Islam. Syurga digambarkan sebagai tempat yg sangat indah, banyak mengalir sungai-sungai susu, buah-buahan bermacam-macam, tempatnya indah, dll. Neraka juga digambarkan mirip dengan konsep dalam Islam, dimana neraka digambarkan dengan gambaran api, dimana di neraka orang akan mengalami penderitaan.

 

Konsep kehidupan setelah mati menurut Islam

 

  • Allah berfirman: QS. Al-Baqarah(2) : 28 "Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"
  • QS. Al-Mulk(67) : 2 'Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
  • QS. Ali-Imran (3) : 185. 'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
  • QS. Al-Baqarah (2) : 24 "Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir"

Dalam konsep Islam, manusia lahir ada yang kaya, miskin, sihat,lahir cacat, semua adalah ujian bagi manusia. Dan kerana ujian yang berbeza-beza itulah pada setiap orang maka kehidupan boleh berlangsung.

 

Rukun Iman yang ke-6

Rukun iman yang ke-6 iaitu percaya pada Qadho dan Qadar . Allah berfirman bahawa segala sesuatu itu Allah telah rancang. Contoh bila anak itu lahir,bila dia mati,dimana dia akan lahir,bagaimana kita akan hidup dll.

Konsep ini hampir sama dengan apa yang terdapat dalam kitab Hindu bahawasanya Tuhan telah menetapkan rancangan-Nya, bagaimana manusia akan hidup dll.

Rujukan:

  Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Kalky Autar

 

Disebutkan dalam Nashpropesy, nabi Muhammad diramalkan dengan nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Diantara ayat-ayat yang menyebutkan adalah :

  • Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia, yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik dan menonjol. Dia akan diberi tanda-tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kendaraan yg cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.
  • Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash.Yang dimaksudkan adalah Valkikalki.
  • Dalam Kalki Purana (2) : 4 disebutkan bahwa di rumah Visnuyash pemimpin kampung Ambala akan lahir DI Kalki Avtar
  • Dalam Kalki Purana (2) : 5 disebutkan bahwa dia akan datang bersama para sahabatnya mengalahkan orang-orang jahat
  • Dalam Kalki Purana (2) : 7 disebutkan bahwa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang.
  • Dalam Kalki Purana (2) : 11 disebutkan bahwa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalki Autar akan lahir
  • Dalam Kalki Purana (2) : 15 disebutkan bahawa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop

Semua ramalan yang disebut diatas merujuk kepada baginda nabi Muhammad SAW. Penjelasannya demikian :

  • Dilahirkan dirumah Visnuyash ertinya ayahnya Visnuyash.Visnuyash ertinya pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yang ertinya adalah pengikut Allah yang maha agong (pengikut Tuhan).
  • Summati dalam bahasa sansekerta ertinya adalah orang yg sangat setia. Sedangkan ibunda nabi Muhammad adalah bernama Aminah yg dalam bahasa arab artinya juga orang yg setia.
  • Sambara bahasa arabnya adalah tempat yg aman & damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yg terkenal dengan nama "Darul Aman" yaitu tempat yang aman dan damai. Akan lahir diantara kepala suku Sambala, ertinya bahawa nabi akan lahir diantara di rumah Makkah.
  • Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal.
  • Kalki Avtar akan menjadi Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi-nabi yg dikirim Tuhan sebagai mana tercantum dalam QS. Al- Ahzab : 40.
  • Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur ertinya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.
  • Dia akan memiliki sifat-sifat yang sangat mulia. Persis seperti nabi Muhammad spt terdapat pada QS. Al-Qalam : 4 "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur".
  • Kalki Autar akan diberi 8 kemampuan spiritual, iaitu : bijaksana, punya kendali diri, keturunan yg terhormat, punyai pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya 8 sifat ini adalah sifat-sifat yg dimiliki oleh nabi Muhammad.
  • Dia akan diberi kendaraan yg sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi buraq yg sangat cepat oleh Allah yang membawanya ke langit dalam peristiwa Mi'raj.
  • Dia akan naik kuda putih dengan tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bahagian dalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang dengan tangan kanannya.
  • Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahwa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
  • Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar. Nabi Muhammad hidup pada zaman jahiliyah yang membawa manusia dari penuh kegelapan ke jalan yang terang benderang.
  • Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita ketahui ada 4 orang khalifah sahabat nabi iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.
  • Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah seperti tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 : "Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga niscaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda'. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi "... sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yg datang berturut-turut."Ramalan ini tidak diragukan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

 

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Rukun Iman

1) Beriman pada Allah

"God" itu bukan terjemahan yang tepat untuk kata bahasa Arab Allah dan Allah ini disebutkan dalam semua kitab suci termasuk dalam kitab Hindu.

  • Dalam Rigveda buku no.2 Hym no.1 V.11 menyebutkan baik dengan istilah "illah" atau Allah yang ertinya "Tuhan".

 

  • Rigveda buku no.9 Hym no.67 V.30 menyebutkan dengan jelas kalimah Allah dalam beberapa ayat dalam Weda.

 

2) Beriman pada Malaikat

Sepanjang pengetahuan orang Hindu tidak ada konsep yang khusus dalam ajaran Hindu, tapi dalam Hindu ada konsep manusia "super" yang bekerja diluar kebiasaan manusia pada umumnya.

 

3) Beriman pada Kitab

Kitab-kitab Hindu suci terbahagi pada 2 kategori iaitu "Shruti" dan "Smiriti".

  • Shruti iaitu sesuatu yang diturunkan yang didengar yang dirasakan dan yang difahami. Kitab ini diyakini oleh cendiakawan Hindu sebagai wahyu dari Tuhan. Sruti terbahagi dua iaitu : Weda dan Upanishad.

Veda diambil dari kata sansekerta "ved" yang ertinya : pengetahuan. Jadi Weda ertinya : pengetahuan yang sangat mulia.

Veda terbahagi kepada :

  • Rigveda - inti weda
  • Yajurveda - tentang mantra
  • Samaveda - tentang melodi
  • Atharva veda - formula magis

Veda dianggap paling dijamin keasliannya & paling di kramatkan, serta dianggap bernilai wahyu dari Tuhan. Usia yang pasti dari kitab ini tidak ada yang ketahui, ada bermacam-macam pendapat. Dari yang bilang sudah 1310 juta tahun, sampai ada juga yang mengatakan hanya sekitar 400 tahun sahaja. Siapa yang menulis, diturunkan pada siapa, bila pertama kali diturunkan, tidak ada yang ketahui.

Kitab "kelas dua" setelah Sriti adalah Smriti. Smriti ertinya ingatan. "sm" bererti mengingat. Cendekiawan Hindu mengatakan kitab ini bukan dari Tuhan, tapi buatan manusia sebagai petunjuk hidup sehari-hari. Ada juga kitab itihas - epik, ada 2 epik besar iaitu : Ramayana & Mahabarata yang mengisahkan tentang peperangan.

 

Konsep utusan Allah dalam ajaran Hindu

 

Kebanyakan orang Hindu punyai konsep sebagai berikut:

  • Mereka percaya "Avtar". 'Av' ertinya turun. 'tr' ertinya melewati.Jadi Avtar " diturunkan atau diutuskan untuk turun". Menurut kamus oxford menurut mytology hindu iaitu " Tuhan/Dewa yang turun" atau "Ruh yang keluar turun kebumi dalam bentuk manusia".
  • Kebanyakan orang Hindu percaya Avtar Allah SWT yang turun kedunia sebagai manusia dan konsep ini tertulis dalam Bhagavad Gita Ch.4: V.7-8 iaitu ketika agama telah rosak dan bangkitnay kebatilan maka saya akan menjelmakan diri untuk melindungi kebenaran dan menghancurkan kejahatan dan menegakkan yang benar. Saya akan lahir pada setiap zaman.
  • Ia juga disebut dalam Bhagavata Purana Khand 9 Adhyay 24 Shloka 56 iaitu ketika kebenaran itu telah hancur dan perbuatan dosa telah bermaharajalela, saya kan menjelmakan diri.
  •  Tapi dalam konsep Avtar ini seperti kebanyakan orang Hindu percayai tak ada sedikitpun didalam Weda padahal Weda adalah kitab yang paling suci dan diagungkan.Sebab itu para cendiakawan Weda mengatakan bahawa konsep Avtar yang dipercayai kebanyakan Hindu berbeza kerana Avtar adalah kata yang melambangkan pemilikan Tuhan. Itu tidak bererti bahawa Tuhan itu yang turun tapi menunjukkan pada orang yang diutuskan Allah.
  • Tidak ada konsep Avtar dalam Weda tapi Weda mengatakan manusia biasa.Maka yang paling tepat adalah seperti konsep islam bahawa Allah memilih manusia di antara sekian banyak manusia.

 

Ramalan kedatangan nabi Muhammad

 

Disebutkan dalam Bhavisa Purana iaitu dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shaloka 10 to 27 :

"Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. 'Agama kebenaran' akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil "Musalaman" (perantara kedamaian)."

Kalau anda baca tulisan diatas dg baik, maka anda akan melihat bahwa cirri-ciri dari pengikut agama kebenaran yg disebutkan adalah cirri-ciri yg umum terdapat pada pengikut umat Muhammad.

Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yg mengisyaratkan bahwa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.

Mantra 1 mengatakan : Dia akan disebut Narasangsa. Dia akan disebut Kaurama.Dia akan dilindungi dari musuh yang berjumlah 60,090 orang.Narasangka dalam bahasa sangsekerta "Nars" artinya orang, "sangsa" artinya "yg terpuji". Jadi Narasangsa artinya : orang yg terpuji. Kata "Muhammad" dalam bahasa arab juga berarti : orang yg terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figur yg sama dg nabi Muhammad. Ia akan disebut "Kaurama" yg bisa berarti : pangeran kedamaian, dan bisa berarti : orang yg pindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yg hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yg akan dikalahkannya yg berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup yaitu sekitar 60.000 orang.

Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yang naik unta. Ini bererti ia bukan seorang bangsawan India, karena dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahwa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing.

Mantra 3 mengatakan : ia adalah "Mama Rishi" atau resi agung. Ini cocok dengan nabi agung umat Islam yaitu nabi Muhammad SAW.

Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) ertinya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yg juga dipanggil dg nama Ahmad adalah berarti juga "orang yang terpuji" yang terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.

 

Beberapa ramalan lainnya :

 

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di sana disebutkan dengan istilah : "akkaru" yang ertinya : "yang mendapat pujian". Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yg mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bererti seorang yatim atau seorang yg mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yg seorang yatim sejak lahir dan arti kata Muhammad/Ahmad yang bererti yang terpuji, yang akan mengalahkan kepala-suku-suku dari suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dengan sebutan "Suslama" yang ertinya lagi-lagi adalah : orang yang terpuji yang merupakan erti dari nama Muhammad.

Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama dengan nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugrahi undang-undang abadi, yang jelas  pada nabi Muhammad yg akan dianugreahi kitab suci Al-Qur'an. Tapi kerana orang India yg berbahasa sansekerta tidak faham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi "a" dan "mahdi" iaitu "saya sendiri", jadi diertikan "saya sendiri yg menerima undang-undang abadi". Padahal seharusnya "Muhammad sendiri yang dianugrahi undang-undang abadi".

Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian dalam kitab-kitab Weda. Juga diramalkan pada tidak kurang dari 16 tempat yg berbeza dalam kitab weda dengan nama Narasangsa ertinya adalah sama dengan erti dari nama Muhammad, iaitu "yang terpuji".

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

 

Muhammad Fakhruddin Ismail