NIAT BELI KERANA HADIAH

Sering kali kita mendengar atau terlihat ada beberapa pasaraya yang memasang iklan atau di iklankan di media massa dengan menjanjikan hadiah yang lumayan seperti motor, voucher , melancong dan pelbagai lagi dengan syarat hendaklah membeli barangan dagangan mereka di tempat tertentu dan ada juga syarat pembelian mesti dengan target tertentu untuk melayakkan anda mendapatkan hadiah tersebut. Dengan iklan itu pihak penjual menjanjikan hadiah untuk orang yang mahu membeli barangan mereka. Tentu perkara ini akan menggoda sebahagian orang untuk membeli barangan dari pasaraya tersebut. Sementara tempat belanja lainnya menjadi tidak diminati. Boleh juga perkara itu membuat seseorang akan membeli barangan yang sebenarnya tidak diminatinya tetapi kerana hadiah tersebut mereka sanggup keluarkan wang asalkan dapat.Itu jika dapat kalau tidak dapat apakah kesannya pada diri anda sendiri yang hanya membuang wang tersebut kepada perkara tidak berfaedah yang anda sendiri tidak mahu barangan tersebut. Akibat  terpengaruh  dari iklan tersebut menyebabkan seseorang itu terkejar-kejar untuk mendapatkan hadiah tersebut.

11115qb

Jika anda membeli barangan tertentu hanya sekadar keperluan hidup atau apa sahaja itu memang diharuskan tanpa dibezakan anda dapat hadiah atau tidak tetapi bagaimana pula seseorang yang membeli barangan tertentu hanya kerana terkejar-kejarkan hadiah yang lumayan tersebut?

Secara logik masyarakat umum akan tertarik dengan hadiah yang ditawarkan. Akibatnya semangat belanja pun kembali berkobar-kobar. Bukan sekadar ingin memenuhi keperluan hidupnya namun ada dorongan nafsu untuk mendapatkan hadiah yang kadang–kadang memang menggoda dan tergerak hati untuk anda mendapatkan hadiah tersebut. Siapa yang tidak ingin membeli minuman tertentu dengan berhadiahkan sebuah motor atau voucher beratus-ratus ribu ringgit.Tetapi tidak semua pembeli akan mendapatkan hadiah tersebut. Hanya sepertiga atau mungkin kurang daripada itu hadiah tersebut akan dapat pada pembeli yang bertuah sahaja, kerana memenuhi syarat-syarat yang memang anda layak mendapatkannya.Semakin banyak nilai belanja anda semakin besar kemungkinan anda mendapatkan hadiah tersebut.

Cuba anda bezakan dengan hukum Multi Level Marketing (MLM) dimana Syeikh Salim Al-Hilali mengeluarkan fatwa bahawa Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, antaranya:

  1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.” [1]

Dan fatwa dari Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193 tentang MLM antaranya:

  1. Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram. [2]

Kalau lihat dari fatwa tersebut boleh saya katakan bahawa pembelian barangan tersebut hanya kerana inginkan atau niat utamanya hanya kerana hadiah tersebut maka ia seperti judi. Seolah-olah transaksi tersebut penjual hanya ingin produknya laris dengan menawarkan hadiah lumayan supaya orang ramai akan terkejar-kejar hadiah tersebut dan bukan semua hadiah akan dapat kepada semua pembeli dan secara tidak langsung membawa seperti perbuatan memakan harta orang lain secara batil serta ada unsur seperti penipuan.Firman Allah s.w.t:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.[3]

Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja dan terbuka kepada pembincangan kepada sesiapa sahaja.

Sumber:

1. www.zaharuddin.net  [Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM ]

2. www.zaharuddin.net  [Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM ]

3. An Nisaa' 29

 

      Muhammad Fakhruddin Ismail

            http://addeans.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment