Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Judi,arak ,ramalan dan sogok dalam Islam dan Hindu
Menurut Islam:
- QS. Al-Maidah(5) : 90 "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan".
- Al Baqarah(2): 188 "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."
Menurut Hindu :
- Dalam kitab Manusmriti Ch. 9 V. 235,orang-orang yang terbiasa meminum minuman keras dan sesiapa sahaja yang tidur ditempat tidur isteri seorang guru dan orang yang mencuri semua digolongkan termasuk dosa besar.
- Manusmriti Ch. 9 V. 238: Semua pelaku kejahatan ini harus dihukum, mereka harus pergi dari desa,harus keluar dari jemaah , dan tidak boleh mengajak mereka bicara. Hukumnya lebih banyak disbanding dengan islam.
- Manusmriti Ch. 11 V. 55, Manusmriti Ch. 9 V. 255 dan banyak lagi dilarang meminum alcohol.
- Manusmriti Ch. 7 V. 50, dilarang meminum alcohol dan main perempuan.
- Manusmriti Ch. 9 V. 258, bahawa segala yang berhubung dengan ramalan adalah dosa.Sogok menyogok itu berdosa besar.
- Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3.
- Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13
Poligami dalam Hindu dan Islam
Menurut Islam:
Dalam surah An-Nisa' ayat 3. Allah berfirman:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Menurut Hindu:
- Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama punya 4 isteri
- Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 isteri.
- Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai istrei berapapun ia mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang-undang perkahwinan pada tahun 1996 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
- Dalam data pemerintah India, terdapat data poligami dari seluruh penduduk India, bahawa dalam kurun waktu 10 tahun dari tahun 1961 - 1971 orang muslim yang berpoligami sebanyak 4.31% dari jumlah komunitasnya, sedangkan orang Hindu yg poligami adalah sebanyak 5.06% dari jumlah komunitasnya.
Jihad dalam Hindu dan Islam
Menurut Islam:
Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam bab Jihad, hadis ke 45 yang bermaksud:
"Allah menjamin akan memasukkan seorang mujahid(perjuang di jalan Allah) ke dalam syurga jika dia terbunuh didalam medan peperangan,ataupun dia akan pulang dengan selamat bersama ganjaran dan harta rampasan perang".
Menurut Hindu:
- Hindu juga punya konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang atau berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 37 ada dinyatakan kisah Tuhan agama Hindu mengatakan kepada Arjun, "Wahai Arjun, pergilah berperang.Jika kamu terbunuh di dalamnya, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi jika kamu hidup,kamu akan mendapat kemenanagn di atas muka bumi."
- Kalau di Al-Qur'an terdapat kisah-kisah tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yang berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
- Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 - Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa).
- Bhagavat GitaCh. 2 : 2 - Krisna berkata, "Oh Arjuna kenapa fikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk syurga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu."
- Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 - Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk syurga, mereka tidak.
Konsep aurat dalam Islam dan Hindu
Menurut islam:
Allah berfirman:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An Nuur:31) .
Menurut Hindu:
- Didalam Rigveda buku ke-8 Hymn ke-33 ayat-19 bahawa Brahma,Tuhan Hindu telah menjadikan kamu seorang wanita. Maka tundukkanlah pandanganmu dan hendaklah kamu memakai tudung.
- Rigveda buku ke-10 Hymm ke-85 ayat 30 dinyatakan bahawa seorang perempuan tidak boleh memakai pakaian seorang lelaki dan seorang lelaki tidak boleh memakai pakaian perempuan.
Rujukan:
Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".
Muhammad Fakhruddin Ismail