Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

Antara persoalan yang diutarakan: 

 

Apakah semua agama itu sama?

  • Kalau kita setuju semua agama itu sama kenapa orang Kristian berdakwah? Apakah dia akan meninggalkan kepercayaannya kemudian berpindah jadi Muslim? Apakah orang Muslim berdakwah tentang islam , mengajak jadi Hindu? Apakah orang Hindu berdakwah mengajak jadi kristian? Jawapannya "Tidak".
  • Kalau semua agama sama, tidak akan ada orang yang berdakwah untuk agamanya. Bahkan semua orang tidak akan keberatan untuk berpindah agama sebulan sekali misalnya. Tapi kenyataannya tidak mudah bagi seseorang untuk berpindah agama, termasuk mereka yang sering berteriak menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Hanya mereka yang benar-benar telah menemukan alasan yg benar kuat secara pribadilah yang mampu melakukannya.
  • Mengatakan semua agama sama seperti seorang siswa bertanya kepada gurunya 2+2 = berapa? apakah 3, 4 atau 5?, lalu ada orang yang menjawab bahawa semuanya jawapannya benar boleh 3,4, dan 5. Jawapan seperti ini sudah tentu saja tidak benar. Dari sekian banyak agama pasti ada yang satu 100% firman Tuhan. Orang Hindu tidak keberatan kerana menurutnya Weda 100% firman Tuhan. Orang Muslim tidak keberatan kerana menurutnya al-Quran 100% firman Tuhan. Tidak masalah mana yang seorang percayai kalau ia yakin pilihannya adalah 100% benar, kerana itu adalah haknya. Tapi perbezaan itu pasti ada, cara terbaik mengetahui mana yang paling baik dan paling benar, adalah dengan mengumpulkan semua kitab suci agama dan mempelajarinya, kemudian memilih yang paling baik dan paling benar diantaranya.
  • Cari hal yang bertautan atau yang berhubungan secara umum.Ajaran agama semua dikumpulkan dengan cara itu orang akan setidaknya mempunyai satu pilihan terutama yang mana Firman Allah dan tidak ada orang keberatan mempraktikkannya kerana setiap orang dengan kitab sucinya.Teknik ini disebut dalam Al-Quran iatu surah Ali 'Imran C.3 V.64 "Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu." Perbezaan dalam agama pasti ada .Saya (Dr Zakir Naik) tidak memberi ceramah tentang perbezaan tetapi berbicara KESAMAAN antara Islam dan Hindu.

 

Adakah Hindu Itu Ahli Kitab?

 

Telah saya(Dr Zakir Naik) katakan bahawa kata ahli kitab itu tertuju pada pemegang kitab suci secara khusus untuk Yahudi dan Kristian. Maka Ahli kitab khusus untuk Yahudi dan Kristian.

Nabi Muhammad diramalkan dalam Weda dan kitab-kitab Hindu yang lain.Jadi dapatkah kita menyimpulkan kitab Hindu itu firman Tuhan? Dan dapatkah kita menyebut mereka ahli kitab? .Allah berfirman dalam surah Ar Ra'd C. 13 V.38

Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).

Tapi hanya 4 yang disebut dalam al-Quran. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS, Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS, Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS dan AL-Quran wahyu terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Wahyu-wahyu Allah ini diturunkan pada orang-orang pada saat itu. Semua kitab sebelum al-Quran hanya untuk orang-orang pada waktu itu sahaja.Sedangkan al-Quran diturunkan untuk semua umat manusia. Kerana Weda tidak disebut dalam al-Quran ,saya (Dr Zakir Naik) tidak yakin bahawa Weda firman Tuhan, apa yang boleh saya katakana hanya "MUNGKIN" firman Tuhan . Jika anda bertanya apakah Rama dan Kresna mereka utusan Allah? Allah katakan tiap kaum telah Allah kirim utusan.Kerana Weda tidak tercantum dalam al-Quran sebagai firman Tuhan, maka saya hanya boleh katakan "MUNGKIN". Saya tidak yakin benar sama halnya dengan Rama dan Kresna.Saya (Dr Zakir Naik) boleh katakan "KEMUNGKINAN" mereka itu Nabi sebab mereka tidak disebutkan dalam al-Quran saya boleh katakan "mungkin sahaja".

Tapi kalaupun mereka itu utusan Allah mereka hanya untuk tempoh untuk orang terdahulu.Sekarang anda harus mengikuti firman Allah yang terakhir iaitu al-Quran dan harus mengikuti Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.Ini tercantum dalam kitab Hindu Atem Authar.

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

3 Comments:

  1. indera said...
    Ups, itu bagian mana dari weda yang ada ramalan mengenai nabi muhammad?
    DIN said...
    Ramalan2 nabi muhammad telah disebut dalam part 3..

    lebih lanjut blh lihat videonya:
    http://www.youtube.com/watch?v=AseZ5kg41W0
    DIN said...
    Blh lihat part 2 juga

Post a Comment