Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

 

 

Rukun Islam Menurut Hindu

Hadis Bukhari Vol 1 kitab Iman hadis no 8 menyatakan : Islam itu terdiri atas 5 tiang : Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji.

  • Syahadah - Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Perkara ini sudah dibuktikan bahwa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan juga sudah pernah kita bahas sebelum ini.
  • Solat - kegiatan utama dalam solat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut "Shastang" berasal dari kata "sa' yang ertinya "dengan" ,"asht" bererti 8, "ang" bererti anggota badan jadi "Shastang" menyembah dengan 8 bahagian badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dengan 8 anggota badan, iaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam solat.
  • Zakat - Rigveda Bk. 10 Hymn 117 V. 5 iaitu berikan derma pada orang miskin kerana kau tidak tahu sekarang kaya besok siapa tahu engkahu jadi miskin. Sama seperti islam.
  • Puasa - Hindu banyak puasa salah satunya disebut dalam Manusmriti Ch. 6 ayat 24 dan Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 11 ayat 204 menyebutkan tentang puasa.
  • Haji- Dalam Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang "Ilaspad", "Tirtha" yang dinamai "Ilaspad" Ila ertinya "Allah" manakala "spad" ertinya tempat. Jadi "Ilaspad" ertinya "Baitullah". Dan juga dikatakan berada ditengah-tengah dunia "prathvi". Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah-tengah dunia. Weda menyebut dengan nama "Rumah Allah". Hal yg sama juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1 dan Rigveda Bk.3 Hymn 29 V. 11.

 

Menyembah Berhala Menurut Hindu

Menurut cendiakawan Hindu setuju bahawa menyembah berhala itu salah tapi hanya untuk konsentrasi pada Tuhan saja jadi patung itu hanya alat konsentrasi sahaja. Adakah islam ada?

Jadi mereka setuju tidak boleh menyembah patung tapi untuk konsentrasi sahaja.Kebanyakan cendiakawan Hindu mengetahui kitab-kitab Hindu bahawa Tuhan itu tidak mempunyai image menyerupai makhluk dan mereka setuju perkara tersebut, tapi apa yang mereka katakan untuk memperkukuh keyakinannya dengan menjadikan patung sebagai alat konsentrasi. Ketika kesedarannya sudah pada puncaknya patung tidak diperlukan lagi.

Jadi apabila seseorang itu sudah tidak memerlukan lagi patung kerana dia sudah sampai pada konsentrasi tinggi maka kami orang Muslim sudah sampai titik kesedaran yang tinggi hingga kami tidak perlu patung untuk berkonsentrasi.Malah jika lihat mana-mana kitab Hindu lainnya bahawa tidak ada image yang serupa dengan Tuhan . Ini dasar yang tidak boleh berubah.

Jika anda mengatakan kepada anak anda 2+2=5 , apakah anda akan mengatakan 2+2=5 hingga anak anda itu berusia 10 tahun?. Jadi yang jelas anda harus perhatikan bahawa tugas cendiakawan Hindu adalah untuk mengatakan pada umatnya, bahawa tidak ada serupa dengan Tuhan itu penting!.

Jadi mulai pada tingkat dasar harus ditekankan pada pengikut Hindu bahawa yang selama ini mereka sembah adalah salah.

 

Rujukan:

Perbentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

 

Muhammad Fakhruddin Ismail

0 Comments:

Post a Comment