Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
Sering kali kita mendengar apabila seseorang itu belajar dengan kitab sahaja tanpa bimbingan guru maka ia dianggap boleh jadi sesat kerana belajar tanpa guru maka yang ketiganya adalah syaitan. Itu semua hanyalah gimik belaka untuk menakut-nakutkan manusia malah tiada hadis sahih yang mengatakan belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan.Bagaimana kita boleh begitu pasti mereka kemungkinan boleh jadi sesat sedangkan apa yang kita lihat sekarang kebanyakannya yang berguru adalah yang sesat. Lihat sajalah senarai ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan oleh JAKIM kebanyakannya adalah berguru. Maka mana yang benarnya belajar dengan guru atau tanpa guru?
Adakah kerana apabila ada guru maka apabila berlaku kesilapan pada anak murid, maka guru tersebut boleh membetulkan? Itu memang tidak dapat dinafikan tapi adakah guru itu semua apa yang diperkatakannya betul? Jika dah guru itu sesat diajarnya lagi ajarannya tidak sesatkah anak muridnya? Mana anda mahu pilih guru yang hanya mengajar tanpa membawa hujjah yang kukuh atau belajar dengan satu kitab ulamak yang diketahui kejujurannya, amanahnya, ketsiqahannya dan ketinggian ilmunya?
Sebenarnya kedua-duanya adalah sama samaada berguru atau tidak tapi mestilah ada keikhlasan dan tidak ada sikap taksub pada kitab atau guru tersebut. Tapi yang berguru diberi keutamaan.Yang penting mendahulukan Al-Quran dan sunnah daripada guru. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya".(Riwayat Malik dalam Muwatha no.898 ).
Maka jelas selagi kita berpegang dan mendahulukan Al-Quran dan sunnah dari segala-galanya dalam sesuatu perkara maka Rasulullah s.a.w mengatakan "tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya".
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkara tersebut. Beliau menjawab:
"Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaidah syar'iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.
Adapun perkataan yang menyatakan: "Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya." Perkataan ini tidak benar secara mutlak, tetapi juga tidak salah secara mutlak. Jika seseorang mengambil ilmu daripada semua kitab yang dia lihat, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan banyak melakukan kesalahan. Adapun orang yang mempelajarinya bersandarkan kepada kitab-kitab orang-orang yang telah dikenal ketsiqahannya, amanahnya, dan ilmunya, maka dalam hal ini dia tidak akan banyak salah bahkan dia akan banyak benarnya dalam perkataannya.' [link]
Maka agama ini perlu dilihat dari segi hujjah kerana islam datang dengan hujjah. Hujjah mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukannya kerana dia seorang aliran agama dan tahu bahasa arab maka itu adalah hujjah. Itu semua hanyalah tipu daya syaitan untuk mengelirukan manusia. Yang penting kefahaman tentang islam dan mempunyai fakta yang kukuh seperti mana yang dikatakan oleh Dr Asri Zainul Abidin:
"Hari ini ramai profesional yang tidak bergelar ustaz tetapi lebih mantap ilmunya daripada yang bergelar ustaz. Lihat seperti moderator fikrah.net; Tuan Hasan Tuan Lah, juga Kapten Hafiz Firdaus dan lain-lain yang berkemampuan. Mereka seperti ini berhak campur tangan dalam hal ilmu kerana mereka ada fakta". Nabi s.a.w menyebut:
" Manusia bagaikan bahan galian,seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami islam"( Riwayat al-Bukahri dan Muslim)
Dalam buku Kapten Hafiz Firdaus Abdullah "7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam" beliau ada meletakkan tiga bisikan syaitan untuk menakutkan umat Islam dari menghampiri al-Qur'an dan al-Sunnah iaitu:
Bisikan Pertama:
"Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut
ilmu dengan syaitan".
Bisikan ini amat masyhur sehingga ia berjaya menakutkan ramai umat Islam dari menuntut ilmu tentang agama mereka.Bahkan ada yang menganggapnya sebagai sebuah hadis.Sebenarnya berguru memang penting dalam Islam. Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya. Cara atau sarana berguru boleh berbeza-beza seperti pembacaan, menonton program di TV, mendengar rakaman, berdialog di internet dan duduk berhadapan(face to face). Oleh itu, sebagai contoh, jika seseorang sedang membaca buku Imam al-Nawawi rahimahullah, bererti dia sedang berguru dengan beliau.
Akan tetapi syaitan telah masuk campur merosakkan maksud berguru. Ia membataskannya kepada berguru secara berhadapan sahaja (face to face). Syaitan mengetahui bahawa dengan pembatasan ini, ramai umat Islam tidak akan dapat menuntut ilmu. Ini kerana masing-masing sibuk dengan kuliah, kerja dan keluarga sehingga sukar untuk duduk berhadapan dengan guru kecuali untuk beberapa ketika. Selain itu sukar pula untuk mencari guru yang berilmu, amanah dan jujur untuk berguru secara face to face dengannya. Maka setelah melakukan pembatasan tersebut, syaitan menakutkan orang ramai bahawa jika mereka menuntut ilmu tanpa guru, yakni tanpa face to face dengan seorang guru, maka orang itu sedang menuntut ilmu dengannya.
Bisikan syaitan ini dapat dilawan dengan penjelasan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berjanji di dalam al-Qur'an:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
Bisikan Kedua:
"Anda perlu menguasai bahasa arab terlebih dahulu. Tidak boleh belajar agama tanpa bahasa arab."
Melalui bisikan ini syaitan sekali lagi dapat menakutkan orang ramai dari menuntut ilmu agama. Melalui bisikan ini ramai yang menggunakan masa dan tenaga yang dia miliki untuk belajar bahasa Arab. Bertahun-tahun belajar tetapi yang diketahui hanya sekadar "Aina anta?" Sebenarnya pada masa kini, penguasaan bahasa Arab tidak perlu menjadi prioriti untuk menuntut ilmu agama. Ini kerana sudah terdapat banyak buku-buku bahasa Arab yang sudah diterjemah ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Selain itu terdapat juga buku-buku dalam bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris yang dikarang oleh penulis yang menguasai bahasa Arab dengan baik. Buku ini mewakili pelbagai subjek seperti aqidah, tafsir, hadis, fiqh, akhlak dan lain-lain. Semua ini memudahkan kita menuntut ilmu agama tanpa perlu menguasai bahasa Arab.
Dalam konteks ini, orang-orang yang ingin menuntut ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
- Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab. Kumpulan ini lazimnya mengambil masa beberapa tahun belajar bahasa Arab dengan hajat ingin dapat membaca kitab-kitab klasik seperti Tafsir al-Qurtubi dan Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi. Setelah beberapa tahun, segelintir di antara mereka ada yang berjaya. Namun kebanyakan yang lain gagal. Dalam masa beberapa tahun tersebut, mereka masih jahil tentang agama dan jahil juga tentang bahasa Arab. Akhirnya mereka kecewa dan putus asa dari ingin menuntut ilmu agama.
- Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu-ilmu agama dari sumber bahasa yang mereka fahami. Dalam masa beberapa tahun, kumpulan ini sudah menguasai aqidah yang tulen, fiqh perbandingan antara empat mazhab dan akhlak yang selari dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka juga menguasai ilmu tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain. Setelah itu mereka mula memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab.
Ini kerana pada tahap awal proses menuntut ilmu, bahasa Arab tidak penting. Akan tetapi pada tahap seterusnya,bahasa Arab menjadi penting untuk mereka melanjutkan kajian kepada sumber-sumber yang belum diterjemahkan.Bahasa Arab juga menjadi penting dalam rangka menjawab orang-orang yang kononnya ahli dalam bahasa Arab tetapi sengaja mengubah terjemahan ayat al-Qur'an, hadis atau perkataan ulama' silam dalam kuliah atau tulisan mereka demi membenarkan pandangan mereka yang menyesatkan.
Oleh kerana kumpulan ini sudah memiliki penguasaan dalam sesuatu subjek, mudah untuk mereka menelaah subjek tersebut dari sebuah kitab berbahasa Arab. Sebagai contoh, sebuah kitab fiqh klasik dalam bahasa Arab akan mudah ditelaah oleh orang yang mahir dalam subjek fiqh sekali pun dia belum mahir dalam bahasa Arab. Berbeza dengan orang yang mahir dalam bahasa Arab tetapi lemah dalam subjek fiqh, dia akan mengalami kesukaran untuk menelaahnya.
Ringkasnya, menguasai bahasa Arab tidak menjanjikan penguasaan dalam ilmu-ilmu agama, apatah lagi penghayatannya. Syaitan telah berjaya menakut-nakutkan umat Islam dari menuntut ilmu-ilmu agama dengan meletakkan syarat penguasaan bahasa Arab terlebih dahulu. Lawanlah tipu daya syaitan ini dengan menuntut ilmu-ilmu agama dalam apa jua bahasa. Prioriti anda ialah aqidah dan asas-asas agama seperti ilmu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah. Seterusnya ia diikuti dengan ibadah dan akhlak. Kemudian apabila anda memiliki masa dan tenaga yang lebih,berilah tumpuan kepada bahasa Arab.
Bisikan Ketiga:
"Saya takut hendak membaca dari sumber terjemahan kerana mungkin terdapat kesilapan terjemahan."
Tidak ada buku yang sempurna dari kesilapan melainkan al-Qur'an. Selain al-Qur'an, kemungkinan wujudnya kesilapan memang ada. Demikian juga bagi buku-buku yang diterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Kemungkinan kesilapan memang ada. Akan tetapi kemungkinan tersebut amatlah kecil. Berdasarkan pengalaman saya membaca kitab terjemahan dan membandingkannya dengan kitab asal berbahasa Arab, berani saya katakan bahawa kemungkinan tersebut hanya sekadar 2 hingga 3 peratus. Hanya syaitan yang membesarbesarkannya kepada 20 hingga 30 peratus.
Lebih dari itu, kesilapan yang berlaku di sisi penterjemah boleh juga berlaku di sisi penterjemah yang lain. Jika anda menguasai bahasa Arab, anda juga akan membuat kesilapan ketika membaca sesebuah kitab, khasnya kitab klasik yang ditulis pada zaman awal dan pertengahan Islam.
Oleh itu lawanlah bisikan syaitan ini dengan cara menelaah sesebuah buku terjemahan dengan teliti. Jika menemui sebuah kenyataan yang memusykilkan, bertanyalah kepada orang yang mahir dalam subjek tersebut. Insya-Allah dia akan dapat menerangkan sama ada itu satu kesilapan terjemahan atau kemusykilan yang sebenarnya satu kebenaran.
Demikian tiga contoh bisikan syaitan yang masyhur dalam rangka menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu agama.Sungguh, apabila iblis berjanji di hadapan Allah: "Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya)." [al-Isra' 17:62], ia tidak sangka bahawa amatlah mudah untuk melaksanakan janjinya itu. Buktinya dapat dilihat pada masa kini dimana majority dari umat Islam amat takut untuk belajar berkenaan agama mereka. Sekali pun sebahagian dari mereka memiliki kelulusan pendidikan yang amat tinggi, mereka amat takut untuk belajar tentang Islam. Mereka mencukupkan diri dengan apa yang dipelajari di bangku sekolah.
Apabila umat Islam tetap berada dalam keadaan jahil, mudah bagi syaitan untuk mencapai objektifnya menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam penghuni neraka. Atas tipu daya syaitan ini, kita akan temui kebanyakan orang yang memiliki penghayatan agama melaksanakan penghayatan tersebut hanya dengan mengikuti orang-orang sebelum mereka atau kumpulan tertentu. Amat sedikit yang menghayati agama berdasarkan kefahaman yang jitu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih serta teladan generasi al-Salaf al-Shalih.
Bahkan tanpa ilmu agama yang sahih, iaitu ilmu yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah, mudah untuk syaitan mencapai objektifnya itu dengan melakukan tipu daya memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar. Tipu helah ini akan kita kaji seterusnya insya-Allah.
Maka kepada para pembaca sekalian, jika terlintas di hati anda perasaan takut untuk menuntut ilmu, ketahui bahawa itu adalah lintasan dari syaitan. Ucaplah "A'uzubillahi minas syaitan nirrajim" dan terus memberanikan diri anda untuk menuntut ilmu.
Wallahua'lam.
____________________________________________________________
Muhammad Fakhruddin Ismail
Jazakallah atas perkongsian, namun ana ada sedikit kekeliruan. Harap dapat beri penjelasan.
"Bagaimana kita boleh begitu pasti mereka kemungkinan boleh jadi sesat sedangkan apa yang kita lihat sekarang kebanyakannya yang berguru adalah yang sesat. Maka mana yang benarnya belajar dengan guru atau tanpa guru?"
Agak pelik, apa yang nak d sampaikan sebenarnya? xperlukan guru? Sayang sekali yang di lihat adalah yg minoriti. Berapa nisbah orang yang sesat berbanding yang berjaya bilamana berguru? Sebab itu dalam berguru, kita perlu selidik latar belakang dan tahap ilmu yang d miliki guru sebelum berguru. Jangan berguru dengan orang yang kita xtahu @ xkenal langsung.
"Itu memang tidak dapat dinafikan tapi adakah guru itu semua apa yang diperkatakannya betul?"
Ada ke orang yang xbuat clap n semua betul? Maaf yer, setinggi mana ilmu kita, xkan lengkap dan xkan betul semuanya. Kesilapan adalah sesuatu yang x dapat kita elak. Kalau guru pun boleh clap, orang yang berguru dengan diri sendiri lebih lagi la kan?
"Sebenarnya kedua-duanya adalah sama samaada berguru atau tidak...Tapi yang berguru diberi keutamaan."
Terima kasih untuk ayat yang terakhir tu. Sekurang2nya dapat cover ayat awal tu. Saudara betul2 pasti ianya sama?Betul2 sama?Adalah sama??? Jadi lepas ni kalau ada ceramah@ pengisian, xperlu jemput ustaz, bagi jer pada sesiapa buku saudara terangkan...lagi2 buku karangan ulama' terkenal, lebih baik dari ustaz kan??
Maaf, saya bukan mahu membidas. Namun agak terkejut membaca artikel saudara. Yer, sememangnya saya x nafikan, kadang2, dalam sesetengan perkara, kita boleh rujuk buku jer, xperlukan guru. Namun saya lebih bersetuju jika saudara huraikan tentang kebolehan belajar sendiri tanpa guru dalam aspek2 tertentu, bukan membandingkan keperluan berguru dengan tidak. Ini kerana yang membaca blog saudara kemungkinan dari banyak lapisan atau tahap ilmunya. Zaman sekarang, penuntut universiti pun ada yang xtahu solat, xtahu baca al-quran. Bayangkan jika mereka mengambil pendekatan belajar sendiri...
Apepun, jazakallah atas perkongsian. Maaf andai tersilap kata. Jika ada yang salah harap dapat perbetul. Wallahua'lam
Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka.
Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu “sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari.” Imam Syafie pula pernah menyatakan, “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam“. Para ulamak juga menyebutkan, “antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh“.
Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).
Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.
Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?
Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?
Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain.
Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.
Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.
Mungkin ada yang menyatakan, saya akan ambil yang benar, dan saya akan tinggalkan mana yang saya ragui. Saya akan ambil mana yang bersumberkan Al-quran dan hadis sahaja. Kita katakan, oleh kerana kita ini masih lagi di tahap “orang awam” dan “pelajar” maka kita sukar untuk membezakan mana yang benar mana yang salah. Takut-takut yang salah itu dikaburi dengan Alquran dan Hadis, lantas kita anggap benar. Maka jadilah kita orang yang sesat dan menyesatkan. Na’uzubillah.
Anonymous said:
Agak pelik, apa yang nak d sampaikan sebenarnya? xperlukan guru? Sayang sekali yang di lihat adalah yg minoriti. Berapa nisbah orang yang sesat berbanding yang berjaya bilamana berguru?
Dean:
Terima kasih atas respon yg baik..
Mmg x dinafikan ramai yg berjaya dgn berguru tp artikel ini bukan bermakna guru itu tidak perlu dan penulis pun da sebut. “Tapi yang berguru diberi keutamaan”.Lagi bgs da guru. Jangan salah faham..Ana pun ada guru..Cuma kebanyakannya orang menganggap belajar tanpa guru itu boleh jadi sesat..dan dorang anggap berguru mesti face to face. Jadi bagi penulis mmg tidak setuju dan sbnrnya yg diumpama bljr tanpa guru tu sbnrnya berguru.
Cuba lihat kenyataan Hafiz Firdaus ada sebut “Cara atau sarana berguru boleh berbeza-beza seperti pembacaan, menonton program di TV, mendengar rakaman, berdialog di internet dan duduk berhadapan(face to face). Oleh itu, sebagai contoh, jika seseorang sedang membaca buku Imam al-Nawawi rahimahullah, bererti dia sedang berguru dengan beliau.”
Penulis xjumpa lagi individu2 yg belajar melalui kitab, dialog internet dan pelbagai lagi menjadi sesat yg penulis jumpa berguru dgn syekh.
Anonymous said:
“Sebab itu dalam berguru, kita perlu selidik latar belakang dan tahap ilmu yang d miliki guru sebelum berguru. Jangan berguru dengan orang yang kita xtahu @ xkenal langsung”
Dean:
Sama juga dgn kitab, dialog internet dll..selidik dulu sapa penulis kitab tersebut. Jgn terus main belli jee..klu guru xbetul anak murid xbetul..klu kitab xbetul org yg baca pun lg xbetul..
Anonymous said:
Ada ke orang yang xbuat clap n semua betul? Maaf yer, setinggi mana ilmu kita, xkan lengkap dan xkan betul semuanya. Kesilapan adalah sesuatu yang x dapat kita elak. Kalau guru pun boleh clap, orang yang berguru dengan diri sendiri lebih lagi la kan?
Dean:
Imam Malik berkata stp pendapat blh diterima dan ditolak melainkan Nabi Muhammad SAW…
Jd jelas Imam Malik suruh jgn taksub pada sapa2 melainkan Nabi..bukannya bila kita xsetuju satu2 pandangan ulamak bermakna kita ni lbh berilmu..
Hormat pandangan ulamak tersebut tp kita perlu lbh hormat dan mengiktiraf Al-Quran dan Sunnah dari segala2nya..Spt apa yg dikatakan oleh imam al-Syafie:
“Jika didapati apa yg aku ucakan bercanggah dgn riwayat Rasulullah yg sahih,maka ia (hadisth Nabi s.a.w) itu lebih utama.Jgn kalian mengikutiku..”
( lihat al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubalak, jil 10 m/s 33)
Tidak semestinya kalau guru blh silap orang yg berguru dgn sndiri blh lg silap..Sbb tu dalam masalh ini jgn ada taksub pada guru dan kitab.
Sbg contoh ada ustaz tu kata: bila berzikir kena memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya..
Ana balik rujuk kitab ulamk.. Dia kata dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru..
Kmdn dia bg dalil2nya dan pa ulamk syarahkan..Jd dlm konteks ini lihat dari segi dalil dan hujah.. Jadi mana nk ikut? Yg xberdalil atau berdalil.
Sedangkan si ustaz tu belajar xyah cakap laa..mmg tggi pendidikannya..fasih lg arab pulak tu..
Klu lihat disurau,penulis perasan ada sesetengah penceramah terus bg hukum padahal tiada dalil pun..Jd seolah2 si ustaz tu mewajibkan apa yg x diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya..
Anonymous said:
Terima kasih untuk ayat yang terakhir tu. Sekurang2nya dapat cover ayat awal tu. Saudara betul2 pasti ianya sama?Betul2 sama?Adalah sama??? Jadi lepas ni kalau ada ceramah@ pengisian, xperlu jemput ustaz, bagi jer pada sesiapa buku saudara terangkan...lagi2 buku karangan ulama' terkenal, lebih baik dari ustaz kan??
Dean:
Bg penulis mmg boleh jadi sama jika tidak da sikap taksub dan kita lihat dari segi dalil dan hujahnya..tp dia perlu berusaha lbh drpd yg berguru face to face tu..Tapi guru diberi kautamaan kerana dia lbh berilmu dan penulis da sebut guru tu xsemestinya face to face..
Bukannya klu nk buat ceramah xperlu bawa guru..klu mcm tu mmg xramai la di masjid tu..lihat la prioritynya..Cuma bila nk bawa ustaz ceramah tu bawalah yg betul2..bukan main israilyat dan hadis palsu ..
Jika lihat kebanyakannya xminat membaca jd bawa guru ke surau lg lbh berpriority..Tidakkah kita lihat hadis Nabi SAW ttg kelebihan diadakan majlis ilmu?
Anonymous said:
Namun saya lebih bersetuju jika saudara huraikan tentang kebolehan belajar sendiri tanpa guru dalam aspek2 tertentu, bukan membandingkan keperluan berguru dengan tidak. Ini kerana yang membaca blog saudara kemungkinan dari banyak lapisan atau tahap ilmunya. Zaman sekarang, penuntut universiti pun ada yang xtahu solat, xtahu baca al-quran. Bayangkan jika mereka mengambil pendekatan belajar sendiri...
Dean:
Bukan xnk huraikan tp artikel ini cuma nk mnjwab bbrp kekeliruan ttg belajar tanpa guru betulke blh sesat? Sbb kebanyakannya menganggap guru tu mesti face to face..klu lihat saja diblog mane2 ramai kata bljr tanpa guru maka sesat..Sdgkn kita lihat saja senarai ajarn2 sesat yg diwartakan oleh JAKIM semuanya berguru..Jd artikel ini menjelaskan konsep guru tu umum samada face to face,kitab,internet dll.
Tp terpulanglah kpd saudara klu xsetuju xpalah..Ini hanya sekadar pandangan saja bknnya fatwa..lgpun ini bkn pandangan ana sorang tp ada ulamak yg menyokongnya spt Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin..
Wallahua'lam
Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka.
Dean :
Betulla tu tp xblh taksub spt mana Imam al-Syafie pernah berkata:
“Jika didapati apa yg aku ucakan bercanggah dgn riwayat Rasulullah yg sahih,maka ia (hadisth Nabi s.a.w) itu lebih utama.Jgn kalian mengikutiku..”
( lihat al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubalak, jil 10 m/s 33)
Tu imam Syafie yg diberi gelaran nasir al-Sunnah tu pu kata jgn ikut dia jika ucapannya bercanggah dgn hadis sahih..
Jd yg kita ni bermazhab al-Syafie ikutlah kata2 dia ..
Tp pa yg anta nk maksudkan dgn artikel ana ni?
Busyralana said:
Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu “sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari.” Imam Syafie pula pernah menyatakan, “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam“. Para ulamak juga menyebutkan, “antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh“.
Dean :
Itu pun betul..tapi ana sudah katakan belajar tanpa guru itu bukan hanya pada face to face sahaja..Manfaatkan teknologi…Jadi yg dikatakan xda guru tu sbnrnya berguru..
“Ssgghnya ilmu itu didapati dgn dipelajari”..
jika lihat ianya umum samaada dgn pelajari dgn guru atau apa jua cara.
Spt penulis ambil kos accounting..kdg2 cbuk..yg jumpanya lecture akaun je..bila xda masa gunalah internet..blh soal jawab melalui internet. Cuma bila nk tanya perlulah selidik dulu sapakah dia..Jadi itu pun belajar juga.
Perkataan imam syafie tu klu hanya rujuk kitab saja..skrg ni bkn kitab saja malah blh belajar dgn mggunakan teknologi spt soal jawab melalui internet dan jika kita lihat pun realiti pada zaman beliau lain drpd zaman skrg..jauh berbeza.imam al-Syafie menyatakan xsah akad jual beli tanpa sebut ijab dan qabul..adakh zaman skrg ni sesuai? Sbb tu imam syafie kata:
“Jika didapati apa yg aku ucakan bercanggah dgn riwayat Rasulullah yg sahih,maka ia (hadisth Nabi s.a.w) itu lebih utama.Jgn kalian mengikutiku..”
Jd jelas al-Imam al-Syafie pun suruh taksub dgn Al-Quran dan sunnah ..Jika tidak menjadi satu kebiadapan kerana seolah2 tidak mengiktiraf Al-Quran dan sunnah.Padahal Al-Quran dan sunnah tulah yg paling perlu diutamakan.
Skrg ni bukan kitab saja tp berbagai cara blh digunakan utk bljr bukan hanya terhad face to face dgn guru saja..
Lihat skrg cbuk dgn keje-keje-keje..nk gi surau harap surau dioffice je..blk umah dah penat..gi solat tp mmg xgi la pun dgr ceramah di surau tu..skrg nk dapat info hanya klik dihujung jari je bkn pd zaman dulu sukar..ceramah2 di internet berlambak2..jd manfaat kan..buku2 skrg mudah difahami..jd tu pun konsep berguru..menurut kaedah fiqh:
“Perkara xsempurna perkara wajib melainkan dgnnya maka perkara itu wajib.”
Jd menuntut ilmu itu wajib maka jika cbuk dgn tugasan hgga kurang masa untuk dgr ceramh di surau atau pe2 je la maka manfaat teknologi skrg..
Hafiz Firdaus kata:
“bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berjanji di dalam al-Qur’an:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
Busyralana said:
Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).
Dean:
Sudah dijelaskan kenyataan diatas. “Ssgghnya ilmu itu didapati dgn dipelajari”..tu umum maknanya samada guru tau apa jua cara sekalipun asalkan tahu sapa mereka.Jd untuk mghukum sesuatu perkara perlu dalil yg khusus..
Busyralana said:
Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.
Dean:
Sbb tu bila tak faham tanyalah yg lebih mengetahui samada face to face tau internet dan sbgnya..
Busyralana said:
Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?
Dean:
Yeke? Buktikan? Yg bukti skrg lihat saja kenyataan yg diwartakan oleh jakim berguru tau x? semuanya berguru..sbbnya salah pilih guru..
Busyralana said:
Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?
Dean:
Buktikan dulu..ana lbh sokong kenyataan Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:
“Adapun orang yang mempelajarinya bersandarkan kepada kitab-kitab orang-orang yang telah dikenal ketsiqahannya, amanahnya, dan ilmunya, maka dalam hal ini dia tidak akan banyak salah bahkan dia akan banyak benarnya dalam perkataannya.”
Busyralana said:
Mungkin ada yang menyatakan, saya akan ambil yang benar, dan saya akan tinggalkan mana yang saya ragui. Saya akan ambil mana yang bersumberkan Al-quran dan hadis sahaja. Kita katakan, oleh kerana kita ini masih lagi di tahap “orang awam” dan “pelajar” maka kita sukar untuk membezakan mana yang benar mana yang salah. Takut-takut yang salah itu dikaburi dengan Alquran dan Hadis, lantas kita anggap benar. Maka jadilah kita orang yang sesat dan menyesatkan. Na’uzubillah.
Dean:
Tu semua tipu daya syaitan untuk menakut-nakutkan manusia..malah xdapat dibuktikan..
Yg jd sesat bila tak follow al-quran dan sunnah..Tu kenyataan yg xblh ditolak spt sabda Nabi SAW.
Rasanya kenyataan akhi ni mcm pernah baca..
Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).
Dean:
Satu lagi tertinggal. tu bukan hadis Nabi SAW..Jika anda kata maknanya tu boleh diterima perlu dibuktikan..Tidak boleh menyandarkn sesuatu yg bukan perkataan Nabi SAW utk mghukum sesuatu perkara . Utk menyatakan bhw Rasulullah SAW bahawa perkara tu salah perlu dibukti dgn hadis yg sahih jika tidak anda mghukum sesuatu perkara yg tidak dikatakn sendiri oleh Rasululah SAW sedangkan perkara tu pada dasarnya dibolehkan dgn syarat2 tertentu..
Malah jika lihat dari matannya mmg tidak diterima oleh al-Quran, sunnah dan akal yg waras..mana mgkin nk kata blh sesat melainkan mmg kitab yg dibelajar dah xbetul..sedangkan kita lihat sendiri kesesatan yg diwartakan oleh JAKIM yg berguru kesemuanya..Sedangkan Allah berfirman yg bermaksud:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
spt mana yg dikatakan hafiz firdaus:sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Rasulullah bersabda:
“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Qur‘an) dan sunnah RasulNya”.( Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63)
Jd taksub pada al-Quran dan sunnah bkn guru,bkn kitab dan sbaginya..
Al-Imam Ibn Jauzi pernah menyebut:
Apabila engkau melihat sesebuah hadis menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-quran) dan bertentangan dgn usul-usul islam, maka ketahuilah bahawa ianya hadis palsu.( al-Suyuti, tadrib al-Rawi m/s 182)
Yg perlu diambil perhatian ialah dari mana sumber2 tu kita ambil samada daripada guru face to face , kitab dan sbgainya.
1.Tidak seseorang itu menjadi sesat hanya dengan belajar dengan berpandukan kitab berdasarkan dengan ilmu asas yang ada pada diri seseorang itu,dengan kemampuannya mena'kul dan mengkaji bukan dengan satu kitab semata-mata
2. Walaubagaimanapun,belajar dengan guru adalah terutama dan aula,afdhal lagi menepati sunnah.
3. Guru amat penting dalam pengajian,namun pemilihan guru juga teramat penting sama dengan pemilihan kitab yang dikaji.
Yang lain-lain hanyalah kesamaran dalam gaya bahasa penulisan penulis yang mungkin agak memberikan kekeliruan kepada sesetengah individu.Allahu a'lam.
cuma ana nk bertanya,artikel itu akhi dean enta copy atau enta taip sendiri..kalau copy pastikan sumber asalny juga..lagi satu kenapa enta suka gunakan pendapat Syeikh Soleh Uthaimin??kan banyak lagi ulama muktabar yang lebih jelas pendapatnya..pastikan artikel anda tidak menimbulkan kekeliruan.
dean said:
Yeke? Buktikan? Yg bukti skrg lihat saja kenyataan yg diwartakan oleh jakim berguru tau x? semuanya berguru..sbbnya salah pilih guru..
busyralana said:
yang diwartakan jakim adalah guru ajaran sesat..kalau enta ada bukti boleh listkan untuk ana senarai nama orang yg sesat dan guru yg sesat tersebut..
Dean said:
Tu semua tipu daya syaitan untuk menakut-nakutkan manusia..malah xdapat dibuktikan..
Yg jd sesat bila tak follow al-quran dan sunnah..Tu kenyataan yg xblh ditolak spt sabda Nabi SAW.
Rasanya kenyataan akhi ni mcm pernah baca..
busyralana said:
ye..mmg pernah baca..sbb ni kalam guru ana sendiri
Semua2 kenyataan ni ana tulis sendiri dan pandangan2 ni pun bukannya dari pandangan ana sorang tapi Kapten Hafiz Firdaus, Dr Asri dan Syekh Soleh tersebut.. Ana xlihat siapa mereka tu tetapi dari fakta2 yg dikemukan ana setuju..Dunia realiti sekarang ni bkn macam dulu..Skrg ada email. blog, dll. Blh dimanfaat sepenuhnya..Klu xfaham blh tanya je ustaz yg mana2 anta kenal melaui email dan sebagainya..zaman dulu mana da email jadi dorang terpaksa bersusah payah mencari ilmu. Kecuali fatwa Syekh Soleh tersebut ana copy kerana tiada kitabnya. Tetapi ana tahu mmg wujud pun fatwa tersebut. Jadi ana letak sumber itu dari web soal jawab.
Dalam web soal jawab tu walaupun ana xkenal secara detail siapa identiti penulisnya tetapi ana tau siapa dia sebenarnya.
2] Mana buktinya ana banyak ambil pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin? Setahu ana ana lebih rujuk pandangan Dr.Yusuf Al-Qaradhawi..Cuba lihat article ana sebelum2 ini.Klu betul pun ada masalah ke? Tetapi sebaliknya bkn sebegitu.
3] Anta kata yg sesat tu gurunya..Syeikh... cuba anta tgk ajaran sesat sekarang ni seperti ayah pin, Rasul Melayu pembohong tu ramai pengikut2nya..Masih taksub lagi.. Tu dah jelas.Ana xsuka kata pengikut2nya sesat tapi sudah hampir pun menjerumus kepada kesesatan..
SEBAHAGIAN Glgn2 tarikat yg menyelewengkan ramai pengikut2nya..Nk juga mempertahankan syekh2nya..Lihat saja la pandgan ulamk2 muktabar sekarang seperti Al-Qaradhawi dll ttg glgn tarikat ini.. Dr Wahbah Zuhaily dalam fatwa2 semasa mengatakan zikir2 menari yg dilakukan oleh glgn2 tarikat kesufian itu adalah bid'ah yang mungkar..Takwilan2 yg merka kemukakan tu semuanya salah..Bukan ana kata tapi Wahbah Zuhaili.Anta blh rujuk kitab tersebut.Klu xda ana ada.
4] Anta kata tu kalam guru anta kenapa x letak sumber darinya?